Kewangan Islam Mencari Matlamat?

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat. Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran.

APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini. Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam. Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam.

Kebrentakan kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Spain juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian. Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa.

Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri. Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah. Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan 'Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam' ini tidak mampu dicapai.

Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini.
Umumnya Kewangan Islam difahami sebagai satu 'industri berorientasi pencegahan' atau 'prohibition-oriented industry'. Kewangan Islam lazimnya diertikan dengan mencegah Riba, Gharar (Penipuan) dan Masyir (spekulasi) dalam transaksi serta kontrak dan ! mengelak kan dari terlibat dalam pelaburan serta pembiayaan sektor dan perniagaan 'haram'.

Lebih khususnya lagi, sisi-sisi pandang mengikut kerjaya dan pengkhususan juga turut mewarnai kefahaman dan persepsi tentang Kewangan Islam. Seorang pengamal undang-undang, seorang ahli ekonomi, seorang 'regulator' dan seorang penasihat Syari'ah punya perspektif masing-masing.

Justeru amat mustahak untuk ummat ditegaskan kembali 'Apa itu Kewangan Islam'? Lebih penting, 'Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara'?

Penulis juga akhirnya akan memaparkan bagaimana, dalam usaha penguasa dan pemerintah menaja Kewangan Islam, amalan tadbir-urus dalam negara tampak semakin mengalami percanggahan dengan prinsip-prinsip Syari'ah dan tadbir-urus Islam dengan laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan pelbagai skandal kewangan.

Wajar ditegaskan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan spekulasi. Sudah sampai waktunya Kewangan Islam ini kembali diletakkan berperanan untuk sentiasa mencapai 'Maqasid Syari'ah' itu sendiri khasnya 'Pemeliharaan Harta' atau Hifzul Maal. Malah lebih fundamental dan luas dari itu Kewangan Islam mesti juga diletakkan berperanan dalam kerangka untuk mencapai 'Maqasid Syariah' atau Matlamat-Matlamat Syariah yang lebih luas yakni 'Keadilan (Justice), Kemakmuran (Prosperity) dan Kelestarian (Sustainability).

Sudah sampai waktunya satu 'penilaian kritikal' dibuat terhadap matlamat yang seharusnya dicapai oleh perlaksanaan Kewangan Islam ini di segi kayu ukur kemakmuran rakyat dan tadbir-urus yang menjadi lebih bersih, beretika, bebas rasuah serta salahguna kuasa.

Syariat Islam terbahagi kepada dua jenis hukum hakam yang bersifat Kekal (Thawabit) dan Berubah (Mutaghyyirat). Muamalat tergolong dalam hal perkara yang bersifat "Mutaghayyirat". Meniliti perkembangan Kewangan Islam menyerlahkan betapa Syariat Islam itu adalah sangat anj! al (flex ible) dan berdaya-maju (dyamics).

Dengan gandingan pelbagai pihak serta penubuhan beberapa badan penting terkini seperti MIFC (Malaysian International Islamic Financial Cetre), ISRA (BNM), ASAS (Association of Syariah Advisors), pacuan pengembangan Kewangan Islam terus diterokai.

Ini mengizinkan pembangunan produk-produk kewangan Islam secara inovatif dan agresif dalam dekad-dekad mutakhir. Pengukuhan amalan perbankan, pasaran kewangan dan pelaburan Islam berlaku ketika wujudnya pelbagai produk yang mampu memenuhi pelbagai keperluan instrumen pelaburan dan kecairan (liquidity). Permintaan yang meluas serta produk yang diterima di peringkat global dengan peraturan yang kukuh juga turut menstabilkan pasaran keseluruhannya.

Justeru, perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan adalah sangat pesat samada dalam produk sector perbankan, insuran, pasaran saham, pasaran wang termasuk terkini derivatif yang "Patuh-Syariah" atau "Syariah-Compliant".

Pun begitu, kelangsungan perkembangan kewangan Islam terkekang dengan pelbagai faktor. Antara yang menghalang kepesatannya ialah kewujudan modal insan yang terlatih dan berkepakaran learned human capital.
Penjanaan produk baru adalah satu usaha menuntut sumber yang lebih besar dari kewangan konvensional. Adalah diakui pelbagai pihak pengamal Kewangan Islam sendiri, bahawa ketika Institusi Perbankan Islam (IPI) ini terpaksa juga menggunakan pakar institusi perbankan kovensional, produk-produk yang terhasil tidak dapat tidak adalah sebahagian besarnya 'Syariah-Compliant' dan bukan sebenar-benarnya produk Syariah.

Ini membawa kita kepada contoh produk Sukuk Bai' Bithaman Ajil (BBA) yang diizinkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau Syariah Advisory Council (SAC), Bank Negara Malaysia. Namun Sukuk BBA ini adalah tidak diterima dan tidak diluluskan (prohibited) oleh badan "Accounting and Auditing Organisation for Islamic Finance Istitutions (AAOIFI) justeru kerana 'aqadnya'.

Badan ini mengenalpasti bahawa 'Aqad' atau 'C! ontract' yang melandasi Sukuk BBA itu adalah aqad "Bai Al-Inah" yang sifat kewangannya ialah "Ribawi" atau 'riba-based financing'. Pembelian semula item oleh cotohnya pihak mudharib semasa matang sukuk tersebut pada harga nominal, mengandungi unsur ribawi.

Amat mustahak bagi pengamal Kewangan Islam, berbeza dengan kewangan konvensional, yang mesti meletakkan pelbagai langkah-langkah kawalan dan pemantauan supaya ia tidak terdedah kepada salah-laku mereka yang mahu memanipulasi pasaran kewangan dan sebagainya.

Ini membawa kepada topik yang terakhir dalam penulisan ringkas ini.
Sesungguhnya, Kewangan Islam adalah satu juzuk penting dalam mengatursusun kehidupan ummat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Kewangan Islam juga berpaksikan nilai moral Islam yang tinggi sebagai 'Moral Compass' yang bertanggungjawab membenteras segala tabiat yang curang dan khianat.

Penghayatan Etika yang murni ini akan dapat menangani amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, pembolotan kekayaan di kalangan segelintir manusia rakus dengan cara monopoli, kronisme dan pengepungan (kartel) dan pengherotan pasaran.

Wajar bagi ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya, membuat penilaian secara kritis, ikhlas, terbuka dan berani, supaya tadbir-urus kewangan dan pembangunan ekonomi di negara dilakukan dalam etika dan semangat ruh syariat Islam.
Ataukah sebaliknya, sementara kita ghairah memacu pengembangan amalan Kewangan Islam, negara ini semakin tercabar kewibawaan dan integritinya kerana kebejatan rasuah dan salah guna kuasa yang endemik atau semacam tidak dapat dibendung lagi. Kejatuhan kedudukan dalam 'Indeks Persepsi Rasuah' (CPI) negara di peringkat antarabangsa adalah petanda buruk bagi kita.

Hakikat wujudnya kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar dan pembolotan kekayaan negara yang juga semakin terserlah, mengesahkan bahawa Matlamat murni Kewangan Islam dan Ekonomi Islam itu masih jauh untuk direalisasi dan didayakan. Jangan hanya sukuk atau bon yang diterbitkan s! ahaja 'k omplian-syariah' atau Patuhi Syariah, tetapi amalan dan tadbri-urusnya bobrok dan melanggari good-governance atau tadbir-urus Syariah seumpama yang mencetuskan skandal kes PKFZ dan berhubung kegagalan pengurusan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung oleh Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd dan Bindforce Sdn Bhd.

Selama skandal NFC menjadi 'lambang penularan tadbir-urus buruk' yang dilakukan oleh golongan yang memilikki kuasa dan PKFZ sebagai mercu-tanda keberanian 'perkongsian rompakan pihak penguasa politik pemerintah', maka cita-cita da Matlamat Kewangan Islam untuk membangunkan negara dan rakyat yang makmur dan sejahtera akan terus dicabar dan tersudut.
Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Like this:

Be the first to similar to this.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: