Bapak Presiden RI BJ Habibie: Dua Pendangan

10hb. Disember, 2012

Bapak Presiden RI BJ Habibie: Dua Pendangan

Pertama oleh Mohd Sayuti Omar (07-12-12)

habibie

Sebelah pagi tadi dalam keadaan selesema sempat juga saya menyempatkan diri hadir di majlis pidato oleh bekas presiden Indonesia Bapak Prof Ir Bacharuddin Jusuf Habibie di Universiti Industeri Selangor (Unisel).

Saya pergi kerana ingin sangat mendengar pandangan beliau khasnya mengenai politik dan demokrasi kerana selalunya politik bangsa Indonesia itu lebih matang bersifat ilmiah dan rencam berani berbanding dengan politik Malaysia.

Dari beliau juga diharap dapat mendengar bicara mengenai sejarah saat-saat kebangkitan rakyat Indonesia menentang oder baru di bawah pimpinan Seoharto di mana beliau juga turut menjadi pendokong Suharto. Diharap sangat bekas presiden itu memberi sedikit point-point atau joke rempah ratus bagaimana untuk rakyat Malayisa ikut sama berbuat demikian menyuluh dengan jelas wajah politik mereka sambil membuat perbandingan dengan siasah Indonesia.

Ini perlu dirasakan kerana dalam memahami politik dan demokrasi sebenarnya, kita masih lagi terikat dengan fahaman yang usang dan kolot lebih sentimen menurut acuan kita sendiri.

Juga diharap Habibie akan mencuplikkan sedikit mengenai tempoh pemerintahannya sebagai presiden, cubaan dan cabaran atau beberapa kesempatan yang beliau berjaya melakukan sebagai presiden berdasarkan aspriasi dirinya atau berdasarkan perwatakan beliau sebagai tokoh terkemuka dalam bidang teknologi dan engineering di Indonesia dan juga kehebatan dan kejayaannya dalam mengikut individu cendekiawan Indonesia menerusi NGO bernama Ikatan Muslim Cendekiawan Indonesia (ICMI).

Saya pe rcaya itulah juga diharapkan oleh orang-orang seperti saya dan sebahagian yang lain orang politik yang hadir termasuk, pemimpin gerakan Islam dan tokoh kemasyarakatan yang lain. Namun agak mengecewakan sedikit bukan itu yang dibawa oleh Habibie dalam bicaranya, toh soal-soal yang terseleweng dari itu dengan memasukkan sejarah peribadinya yang muncul sebagai seorang ahli teknologi terhebat di Indonesia yang berjaya menciptakan pesawat eksekutif buat Indonesia.

Begitu pun, apa yang sempat diluah dalam masa relatif singkat itu, kira-kira 1 jam fifteen minit sangat berguna dan bermanfaat khasnya kepada mereka yang ingin membina diri untuk berjaya dalam apa jua bidang ditempohi. Boleh saya sifatkan pidato Habibie tadi mengenai pengukuhan diri, jati diri dan bukan pidato politik yang diharapkan, sebenarnya saya yg mengharapkan.Pidato motivasi untuk melakar dunia jaya.

Apa yang dapat saya kutipkan dari pidato beliau tadi, Habibie cuba membawa kesedaran kepada umum bahawa pintu kejayaan itu masih luas terbuka, ada ada rahsia untuk mencapainya. Sebagai seorang pengamal dan atau Islamis yang kuat, beliau tidak meninggalkan Tuhan Allah, mengatakan bahawa Tuhan memberi peluang sama banyak untuk manusia menciptajayakan kehidupan masing-masing. Di sini beliau cuba menjelaskan prinsip keterbukaan dan keadilan Allah s.w.t.

Misal tegasnya Tuhan memberi kita masa twenty-four jam sehari kepada semua tanpa kurang dan tanpa lebih. Dalam tempoh itu semua manusia menggunakan masa itu untuk melakukan apa saja mengenai dirnya. Tetapi apa yang cuba ditarik dan difikirkan, kenapa dalam tempoh yang sama itu, kejayaan atau kemampuan manusia menguruskan masa itu tidak sama nilainya. Dan kenapa keberhasilannya tidak sama?

Seorang itu hanya baru saja memikirkan soal sesuatu itu, manakala yang lain sudah memula menguruskannya dan yang seorang lagi mungkin tidak mengetahui bahkan dia melakukan perkara lain yang berbeza sama sekali. Bahkan ada yang sudah lama berjaya dan mencipta sejarah. Di sinilah menurut! nya iany a terserah atas kebijaksanaan dan kepanjangan akal seseorang memanfaatkan masa atau modal yang diberikan sama banyak itu.

Mengenai keunggulan seseorang manusia, dalam konteks ini pemimpin, Habibie meletakkan tiga asas atau syarat utama untuk mencapai itu. Pertama, seseorang itu harus ada budaya, kedua memiliki anutan dan pegangan agama yang kemas. Dan ketiga tahu atau berilmu dan pandai menggunaan dan mengembangkannya.

Menurutnya budaya adalah sangat penting di dalam hidup, bahkan budaya itu sendiri lebih tua dan lama berbanding dengan agama. Budaya sudah berusia 200 ribu tahun berbanding dengan agama yang baru berusia lima ribu tahun. Mengenai Islam sangat menarik bagi saya, beliau menyebut Islam bukan boleh setakat enak berfilsafat, tetapi apa yang penting Islam itu perlu yakin di mana di sini menuntut beriman dan bertakwaan. Islam tidak boleh dianuti menerusi akal sebaliknya keyakinan, spiritual. (Mso).

Dalam kesempatan itu beliau ada menyentuh perihal pluralisme (tanpa menyebut dalam aspek apa) sepintas lalu. Katanya pluralisme adalah kekuatan dan bukan perpecahan. Barang kali beliau terdengar ada pihak yang mempertikaikan soal pluralisme mengenai Islam yang tersebut di negara ini dalam kekaburan, maka beliau turut menyentuhnya. Namun beliau tidak memanjangkannya.

Mungkin beliau sengaja menegaskan bahawa pluralisme itu agar mereka yang kabur mengenainya atau prejudis terhadap mauduk itu tetapi ingin mencalitkan kotor kepada seseorang dengan istilah itu, memahami perkara itu sebelum bercakap mengenainya. Saya rasa elok mana-mana kumpulan atau NGO dan juga individu berjubah lusuh berdepan dengan Habibie untuk mendapat pencerahan bak bulan dan menteri mengenai isu ini darinya.

Dalam masa sedikit itu banyak yang menarik, kandati bukan politik yang diidamkan. Semasa beliau menceritakan mengenai sejarah hidupnya dipaparkan dalam sebuah akhbar asing semasa berlaku pemilihan presiden Amerika Syarikat di antara Barack Obama dengan Mitt Romney, secara tidak langsung Habi! bie ingi n menunjukkan atau memberi pandauan menerusi pemaparan kisahnya itu bagaimana untuk memilih dan mencari seorang pemimpin negara yang baik dan berkualiti.

Dalam penjelasan secara lelucon dan ringkas itu dapat saya kutip, pemimpin itu mestilah yang berilmu, yang tahu melakukan perubahan dan komited dengan ilmu dan agamanya. Ertinya untuk mengangkat seseorang pemimpin bukan berdasarkan populis, keturunan (nepotisme) tetapi yang tahu dan mengerti untuk mentadbir dan memerintah serta sangat mempedulikan rakyat.

Secara jujur saya tidak pernah khatam mengenai biografi Habibie seperti mana saya mengulang-ulangi membaca biografi Suharto dan Sukarno, tetapi dari apa yang dicerminkan pagi tadi, mengenalkan saya kepada beliau seorang yang sedarhana, berprinsip, menghormati hak kebebasan manusia, sangat mempedulikan rakyat serta mengasihi keluarganya. Saya mengenali dan mengkagumi kehebatannya membina kapal terbang eksekutif sejak tahun 1982 lagi semasa berkelana mencari ilmu di Indonesia.

Peri tingginya keprihatinan kepada soal hak asasi dan keadilan, justeru itu sebaik saja selepas angkat sumpah memegang jawatan presiden, beliau mengarah pembebasan ribuan tahanan politik yang dibuat di zaman Suharto dan memberi kebenaran untuk menerbitkan SIP Surat Izin Penerbitan, atau KDN kalau di sini, untuk menerbit akhbar.

Sedikit mengecewakan majlis pagi tadi (kerana masa), menyebabkan beliau tidak bercerita panjang mengenai politik, demokrasi dan pemerintah khasnya satu perbandingan ringkas di anatara Malaysia dan Indonesia. Apa joke tanggapan negatif kita kepada Indoensia dalam beberapa perkara, namun bak perjuangan, nasionalis Indonesia adalah sifu kepada bangsa Melayu di sini.

Saya percaya bukan saja saya yang datang dengan beberapa soalan politik akhirnya pulang dengan persoalan tidak terungkai, tetapi tetamu lain juga mempunyai soalan sama untuk dikongsi dan dijawab oleh Pak Habibie tetapi hampa. Di harap lain kali ada pihak-pihak tertentu akan membawa lagi tokoh atau sosok seper! ti Habib ie untuk kita berkonsultasi dan berintraksi dalam mengembangkan ilmu apa saja terutamanya teknologi dan politik, kerana dia relatif sudah merupakan seorang yang hebat.

Seperkara terkesan kepada saya, kurangnya kalangan ahli politik yang hadir pada majlis pagi tadi. Sepatutnya majlis itu bukan saja diramai mahasiaswa, pemimpin NGO tetapi orang politik juga, terutamanya mereka yang kini sedang belajar membuntang baju kot untuk menjadi menteri. Mereka harus mampir menimba ilmu politik dari pengalaman dan sejarah seorang yang tersohor seperti Habibie itu.

Tampaknya perkara ini tidak dititik beratkan oleh ahli politik kita. Itu sebablah kebanyakan ahli politik kita terus telor diatas pentas dan kekeringan dengan idea-idea dan input politik yang berbobok dan mengkagumkan. Sikap dan sifat malas menimba ilmu ini seharusnya dinyahkan dari diri mereka yang ingin menjadi ahli politik.

Antara ahli politik yang tersambar di mata saya tadi ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, Ahli Exco Selangor, Yaakob Sapawi, Elizebeth Wong serta kawan seperjalanan saya Mohd Sobere Shafii. Tiada kepimpinan pemuda PAS yang hadir. Manakala MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim hadir bertindak jadi pengucap alu-aluan manakala Anwar Ibrahim pula berucap memperkenalkan Habibie.

Sebaris mengenalkan saya kepada Habibie seperti disebut Anwar; sosok itu adalah seorangSayuti Omar yang kuat beragama, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, mampu berenang sejam sehari dan seorang pencinta wanita isterinya Ainun.

Dan sebaris amanat ayah Habibie kepadanya; sekira kamu mahu jadi pemimpin kamu jadilah seperti mata air yang boleh memberi kesuburan kepada bumi, mengembangkan bunga-bunga dan makhluk seluruhnya, dan jangan sesekali kamu jadi seperti mata air yang kotor dan beracun kerana ia akan mematikan semua oran! g dan ma khluk.

Terima kasih kepada Unisel dan juga pihak pejabat Menteri Besar Selangor yang menganjurkan majlis berkenaan. msomelayu.blogspot.com

Kedua oleh Zainuddin Maidin (10-12-12)

Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia pale tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini.Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).

Zam2Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30hb. Ogos 1999.

Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi presiden sejak 20hb. Oktober 1999.Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.

Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada mereka maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara kedua-dua negara.

Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi saya terpegun merenung persamaan watak, tugas dan nasib y! ang sama kedua-dua bekas pemimpin besar itu.

Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah "dipungut" daripada ABIM.

Bagaimana joke Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia.

Apakah tujuan Anwar menjemput "pengkhinat" bangsa Indonesia ini ke Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.

Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu termasuk Dr Mahathir terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi presiden). Barangkali Dr Ismail Ibrahim, kekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini.

Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan "aku lebih besar" dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr Mahathir tetap menunggu dengan setia.

Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali ini joke untuk tujuan menunjukkan "kami berdua masih besar."

Habibie as well as Anwar Ibrahim

Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya.

Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism". Utusan Malaysia

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: