AMANAT PENGARAH PRU 13 - TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Sebagai jeneral atau pengarah pilihanraya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya cukup masak helah musuh selepas 17 kali ke gelanggang pilihanraya kecil dalam tempoh tiga tahun.

Malah, ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di PWTC, petang Sabtu, Timbalan Presiden UMNO memberi arahan macam seorang jeneral bagi memastikan angota parti mencapai kejayaan dalam PRU 13.

Kukuhkan infantri...bergerak sederap dan patuhi tujuh rukun itu intipati pesanan Muhyiddin kerapa pilihanraya akan datang lebih besar cabarannya..

"Semua infantri kita iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pimpinan di peringkat bahagian dan negeri perlu bergerak secara sederap dalam setiap langkah yang kita ambil untuk menentukan jangan ada perbalahan," tegasnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tujuh rukun itu akan di sebarkan supaya dapat diteliti di semua peringkat pemimpin dan anggota parti di seluruh negara untuk menentukan kejayaan.

"Kita mahu menentukan kubu-kubu kuat kita dipertahankan agar kawasan yang kalah dapat kita tebus kembali," katanya.

Tujuh rukun yang digariskan beliau adalah patuh kepada pemimpin, mengatur strategi tepat, fahami peranan serta tanggungjawab, kenali musuh, kejapkan perpaduan, siapsiaga dan berjuang habis-habisan.

Muhyiddin berkata, Umno perlu mengatur strategi yang tepat untuk mempertahan kekuatan yang ada dengan menentukan kawasan dan negeri yang telah menang dalam pilihan raya lalu terus kekal di tangan BN.
Selain itu, BN kena merampas semula kawasan dan negeri yang kalah, supaya memperoleh kejayaan yang lebih besar pada PRU-13.

"Oleh itu adalah amat mustahak pimpinan negeri, bahagian dan cawangan, apa ! sahaja p erkara yang diputuskan di peringkat pusat dan negeri diterjemah dan dilaksanakan dengan berkesan untuk meraih sokongan yangbesar daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata, anggota parti perlu memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksana dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berhadapan dengan cabaran daripada parti pembangkang.

Menurut Muhyiddin, selain mengenali 'musuh' parti iaitu PAS, DAP dan PKR, anggota UMNO perlu mengetahui gerakan yang dilakukan pembangkang di peringkat nasional, bahagian dan cawangan.

Disamping itu katanya, setiap saat itu penting dan anggota parti perlu memastikan persediaan fizikal, mental dan rohani untuk menghadapi cabaran 'peperangan' yang amat hebat.

Beliau mengarahkan bilik gerakan yang dibentuk di peringkat negeri dan bahagian serta pihak yang dipertanggungjawabkan digerak sepenuhnya mulai hari ini sampai waktu hari pilihan raya diumumkan oleh presiden parti.

"Kita kena berjuang habis-habisan. Jangan panji-panji UMNO dan BN tersungkur," tegasnya.

Katanya, patah sayap, bertongkap paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku...biar putih tulang, jangan putih mata.

Perkara lain menarik dalam ucapannya, beliau meminta anggota UMNO bekerja kuat mencontohi Presiden parti yang kerap 'turun padang'.

Presiden telah membakar semangat kita untuk bekerja lebih gigih agar matlamat perjuangan kita untuk rakyat dan negara tercapai," katanya. -1/12/2012

OLEH ROSLAN BIAN - Agenda Daily


Sent by Maxis from my BlackBerry smartphone


No comments: