KUALA LUMPUR 6 November: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz didesak menjawab kemewahan anaknya yang ditanggung Michael Chia, usahawan balak dari Sabah yang merupakan individu utama dalam skandal penyeludupan RM40 juta.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Nazri perlu menghuraikan secara terperinci kerana beliau dilihat bermati-matian mempertahan Chia sejak isu penyeludupan wang RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman didedah kepada umum.
"Dengan kemewahan luar biasa seperti itu, ditambah pula jawapan Nazri yang acuh tak acuh, ia seolah-olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa anak menteri dihalalkan untuk mengaut keuntungan tak kira dengan cara apa sekalipun," katanya ketika dihubungi.
Beliau menempelak pemimpin Umno yang bermewah, sedangkan rakyat di bawah semakin ditindas.
"Dari mana sumber kemewahan seperti itu? Nazri perlu menjelaskannya dan jika gagal, beliau perlu letak jawatan serta merta, sama seperti Shahrizat Jalil," tegasnya.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Parlimen 11 Oktober lalu, Nazri menyatakan elemen rasuah (melibatkan Chia) tidak dibuktikan.
"Jabatan Peguam Negara meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan o! leh Suru hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memutuskan, elemen rasuah tidak dibuktikan," katanya.
Beliau juga menyatakan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan rasuah itu berdasarkan siasatan SPRM.
Pada 18 Oktober, Nazri menyatakan tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima 'sumbangan' RM40 juta daripada Chia.
"Ia bukan kesalahan. Kalau nak jadikan kesalahan, kita kena buat undang-undang," katanya dalam jawapan lisan di Parlimen.
Katanya, tiada kesalahan dengan transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang menghalang sumbangan kepada parti politik.
Nazri pada twenty-two Oktober turut menyatakan Chia tidak pernah ditangkap ICAC.
Beliau berkata, RM40 juta yang dirampas itu tidak berada dalam milikan Chia, sebaliknya dipindahkan secara elektronik.
Pada 2008, Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia kemudian memberitahu ICAC bahawa wang itu untuk Musa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan wang itu adalah sumbangan politik kepada Umno Sabah, tanpa mendedahkan penyumbangnya
Anak lelaki Nazri terbukti menikmati manfaat terus dari Chia apabila KEADILAN bongkar penggunaan kenderaan mewah, Hummer bernilai lebih RM459,000.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Nedim menggunakan kenderaan milik usahawan Sabah yang sedang disiasat SPRM, dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan itu dilihat kerap dipandu pemandu peribadi keluarga Nedim yang berulang alik antara Clearwater Residence dan kedai milik mereka di Bangsar Shopping Complex.
Bagaimanapun, tidak diketahui berapa lama anak menteri itu sudah menggunakan kenderaan berkenaan.
Nedim turut mendiami kondominium elit di Clearwater Residence, Damansara Height dianggar bernilai RM2.4 juta.
Antara ciri-ciri m! ewah kon do itu ialah kolam mandi khas di luar rumah berdepan dengan ruang tamu, selain pemilik berpeluang menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Terbaru, tersebar di internet gambar Nedim memakai jam tangan mewah bernilai hampir RM700,000 berjenama Richard Mille.
www.keadilandaily.com/
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment