Isu AES ni memang panas dan menarik perhatian pelabagai pihak, aku suka dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Zambry tentang isu ini, kat bawah ni petikan dari Perak Today:
Kerajaan Pusat harus mengkaji secara mendalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ia dipasang atau dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Kajian tersebut katanya, bertujuan mengenalpasti matlamat utama pemasangan sistem tersebut di seluruh rangkaian jalan raya di negara ini.
Menurut beliau lagi, pelaksanaan sistem tersebut mula dipersoalkan oleh rakyat yang menganggap ia sebagai satu perniagaan yang berasaskan keuntungan semata-mata.
Saya rasa ia (sistem AES) perlu dibuat penelitian secara mendalam seperti apakah matlamat kita perkenalkan AES ini untuk keuntungan sesebuah syarika, soalnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri salah satu module walkabout di Masjid Jeliang, dekat Kuala Kangsar, hari ini.
Katanya, jika kajian tersebut mampu membuktikan pelaksanaan AES mampu mengurangkan kadar kemalangan dalam negara, maka ia sewajarnya dipraktikan dalam sistem undang-undang jalan raya.
Ia sekurang-kurangnya dapat mendidik pengguna jalan raya, tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai bulletin pembangkang yang ingin menganjurkan perhimpunan membantah pelaksanaan AES pada 9 November ini, Zambry berkata, ia sudah menjadi lumrah buat pihak berkenaan mensensasikan sesuatu isu yang dilihat mampu menarik dan meraih sokongan rakyat.
Pembangkang adalah pembangkang. Mereka tahu isu ini adalah isu yang menarik dan mereka akan guna apa sahaja bagi menarik perhatian dan sokongan rakyat.
Mereka mahu menjadi jurucakap dan hero di kalangan rakyat, tegasnya lagi.
Katanya, isu pemasangan sistem AES tersebut bukanlah isu pembangkang semata-mata kerana di peringkat kerajaan negeri dan Pemuda UMNO juga telah meny! uarakan pandangan supaya pemasangan kamera AES itu dapat diteliti semula oleh kerajaan Pusat.
Kita di pihak Barisan Nasional (BN) juga kita bercakap soal ini tapi kita bercakap secara berkhemah dan lebih rasional, ujarnya.
Beliau juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti semula kawasan-kawasan pemasangan kamera AES bagi mengenal pasti tahap kesesuaiannya supaya ia tidak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.
House PK: Itu pandangan Dr Zambry yang aku respek, dia berani bersuara walau joke pahit. Aku nak kongsi dengan kroang sebuah blog baru khas menceritakan pasal AES. KLIK SINI
Sedikit petikan dari blog AES ni:
Kami tidak pernah menyatakan had laju tidak perlu, kami kata biarlah masuk akal. Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES:
Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini? Boleh JPJ jelaskan kepada kami?
Untuk artikel pa! nas bera pi..KLIK SINI
No comments:
Post a Comment