Ini artikel yang sangat bagus yang mesti dibaca oleh semua ahlul PAS! Ada masa lagi ni, kome semua boleh bertobat sebelum terlambat! Bacalah artikel ini sampai habis dan renung-renungkanlah!
Memang heboh di kalangan umat Islam di negara ini apabila begitu meriah bercerita mengenai doa adik Nik Aziz Nik Mat yang dikenali sebagai Nik Razi Nik Mat di Muktamar PAS kali ke-58 baru-baru ini yang mendoakan kehancuran UMNO secara keseluruhannya.
Bersungguh-sungguh sekali doa yang dilafazkan Nik Razi di majlis solat hajat di Stadium Kota Bharu itu bagi memohon Allah SWT untuk menjahanamkan UMNO, sebuah parti yang 95 peratus disertai oleh bangsa Melayu beragama Islam.
Saya tidak tahu tentang reaksi dari mereka yang lain, namun boleh dikatakan semua maklum balas dari rakan-rakan saya yang beragama Islam masing-masing menggeleng-gelengkan kepala apabila menonton rakaman video doa adik Mursyidul Am PAS itu.
Malah rakan-rakan saya yang tidak beragama Islam sendiri mencebik bibir menyatakan bahawa meskipun mereka merupakan golongan bukan Islam, mereka sendiri tidak pernah dan tidak tergamak berdoa begitu di depan Tuhan mereka.
Sungguh memalukan akhlak puak-puak PAS pada muktamar parti itu kali ini dan pada saya sikap itu langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Saya ingin bertanya kepada puak-puak PAS yang mempertahankan doa tidak bermoral itu, apakah Rasulullah SAW mengajar mereka untuk menjahanamkan saudara seagama mereka sendiri?
Apakah Islam mengajar umatnya untuk memohon Allah SWT untuk menghancurkan saudara seagama yang mengucap dua kalimah syahadah, bersolat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji sebagaimana merek! a amalka n dalam kehidupan mereka?
Rasulullah ajar begitukah kepada umatnya?
Sekiranya mereka berhujah dengan membawa contoh insiden sahabat Rasulullah SAW iaitu Saad ibnu Abi Waqqas Radhiallahu Anhu, ia adalah satu hujah yang sangat bertentangan dari apa yang mereka lakukan.
Dalam insiden Saad RA, beliau mendoakan kepada rakyatnya yang menuduh beliau dengan perkara-perkara yang tidak benar dan dalam konteks ini, apakah puak-puak PAS itu merupakan pemimpin negara yang memimpin Datuk Seri Najib?
Sekiranya mereka mahu mencari contoh, mereka sepatutnya mengaitkan contoh dari Rasulullah SAW sendiri yang terkenal dengan akhlak dan menjadi indication insan terulung yang diktiraf dunia sehingga kini.
Misalnya, mereka perlu mengambil contoh Rasulullah SAW yang mengunjungi kota Thaif di mana Baginda SAW dicerca, dihina, dilempar batu sehingga menyebabkan kekasih Allah itu cedera dan berdarah.
Namun, meskipun Jibrail AS datang dan mahu meminta kebenaran Rasulullah SAW untuk menghempaskan bukit dan gunung-ganang ke atas para penduduk kafir di Thaif itu, Rasulullah SAW melarangnya untuk berbuat demikian.
Malah Baginda SAW bersabar dan mendoakan agar Allah SAW memberikan hidayahNya kepada para penduduk kota Thaif. Itulah contoh akhlak terbaik! Bukannya berdoa yang membawa kehancuran, malah sepatutnya PAS mendoakan kebaikan kepada umat Islam lain walau berlainan fahaman politik.
Saya sangat hairan melihat kebobrokan PAS. Di saat mereka bermuktamar tempohari, Zionis Yahudi Israel laknatullahi alaihim telah menceroboh Palestine dan menyerang umat Islam di sana sehingga menyebabkan kematian yang menyayat hati.
Tapi, tidak mengambil iktibar atau bersimpati dengan mereka, PAS langsung tidak diberik hidayah oleh Allah SWT untuk melakukan solat hajat di muktamar tersebut dan berdoa bersungguh-sungguh agar Zionis Yahudi Israel itu dihancurkan.
Apakah PAS takut untuk berdoa menjahanamkan Israel kerana negara Yahudi itu adalah merupakan kroni Anwar dan Ketua! mereka itu membawa wang berkoyan-koyan untuk digunakan pada PRU ke-13 kali ini?
PAS takut elaunnya dipotong Anwar? Atau PAS takut Anwar berkecil hati dan tak mahu lagi menyediakan dana serta peruntukan kewangan untuk PAS di seluruh Malaysia kali ini?
Sampai begitu terusk sekali PAS sekarang berbanding PAS dulu. PAS dulu tidak boleh dibeli, tapi PAS kini sanggup menjahanamkan saudara seagama sendiri asalkan mereka dapat sumbangan dari agen Zionis Yahudi Israel itu? Islam jenis apakah PAS ini?
Sumber: Perak Today
No comments:
Post a Comment