Antara salah satu perkara terpenting dalam bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat ialah MEREFORMASIKAN PDRM DENGAN MENGALIHKAN SUMBER KEWANGAN DAN TENAGA MANUSIA KEPADA PEMBANTERASAN JENAYAH.
Sekali dengar, macam molek sangatlah usul berkenaan. Namun hakikatnya, ia sudah cukup mencerminkan kebencian Pakatan Rakyat kepada PDRM yang telah banyak menyekat dan mengurangkan aliran masuk wang kepada Pakatan Rakyat menerusi sumber-sumber yang tidak soheh dan bersifat jenayah seperti kegiatan maksiat, perjudian dan dadah.
Apa sebenarnya yang dibenci sangat oleh Pakatan Rakyat terhadap PDRM?
Sudah tentulah kerana PDRM begitu peka terhadap kempen-kempen hasutan yang cuba mengucar-ngacirkan negara ini dan meletakkan negara ini berada dalam kedudukan mudah dijajah dan dikuasai oleh pihak asing. Kewujudan PDRM dan iltizam yang ditunjukkan oleh PDRM dalam usaha-usaha berkenaan, membuatkan Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim begitu membenci dan mendendami pasukan keselamatan itu.
Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan, PDRM telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini. Keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh setiap orang rakyat di negara ini, banyak disumbangkan oleh PDRM yang menjaga dan memantau keselamatan dalam negeri. Bergandingan dengan Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa bersiap siaga mempertahankan negara dalam peperangan yang bersifat konvensional mahupun perang risikan, kedua-dua pasukan berkenaan sentiasa dicemburui oleh pihak asing, khususnya dari negara Seberang Tambak.
Untuk menjajah negara ini, teras utama yang perlu diruntuhkan adalah kepolisian. Cubaan mengganggu Angkatan Tentera Malaysia, hanya mengundang risiko yang lebih besar berba! nding ga ngguan terhadap PDRM.
Dek kerana itulah, Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah dan kempen mereka akan memastikan PDRM akan dicaci dan diperlekehkan termasuklah melabelkan PDRM sebagai ANJING UMNO sepertimana yang mereka sedang lakukan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya sekarang ini.
Read more...
No comments:
Post a Comment