MISI BANTUAN SYRIA! BAS SUKARELAWAN DISERANG PUAK PEMBERONTAK!

Menjelang petang hari kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Perang Syria, para sukarelawan mula bergerak ke kem yang menempatkan ribuan mangsa pergolakan di negara terbabit.

Sesampai sahaja di kem yang terletak di Zarqa iaitu sempadan Syria dan Jordan, pada mulanya bas yang dinaiki oleh para sukarelawan diterima dengan baik sama ada oleh pihak berkuasa mahupun pelarian yang tinggal di kawasan itu.

Selepas beberapa ketika, kumpulan media telah diberi amaran oleh pihak berkuasa untuk tidak mengambil gambar namun group Peraktoday.com telah mengambil langkah initiatif lain.

Keadaan pada mulanya agak terkawal, dimana kedatangan twenty-three sukarelawan disambut dengan baik malah, kanak-kanak Syria yang menetap di kawasan itu kelihatan begitu teruja untuk menerima bantuan.

Bagaimanapun, keadaan berubah dimana mangsa pelarian di kem tersebut mula bertindak agresif dengan mengerumuni bas yang dinaiki sukarelawan Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) dan kumpulan media.

Read more...

Untuk galeri gambar penuh di Jordan, KLIK SINI

No comments: