PANAS BERAPI! KEBODOHAN MAHFUZ MEMBUATKAN NEELOFA NAK TERMUNTAH!

SAYA berpendapat, tentu ramai yang semakin menyampah terhadap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar), yang seolah-olah kehabisan modal untuk menyerang UMNO sehingga menyalahkan parti kerajaan itu dalam semua hal.

Terbaru, Mahfuz ketika ditanya media mengenai kenyataan Ngeh Koo Ham di laman sosial Twitter yang jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW, dia sekali lagi menyalahkan UMNO.

Katanya, UMNO bertanggungjawab mengajar golongan bukan Islam untuk menghina Islam dan mengaitkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, mengenai isu janggut Rasulullah SAW dan pisau cukur gillete.

Sebenarnya, sekiranya diberi peluang, mahu saja saya meluku kepala Naib Presiden PAS itu sekuat-kuat hati bila dikenangkan kebebalannya.

Semua kesalahan di negara ini akan dikatakan salah UMNO.

Ngeh keluarkan kenyataan menghina Islam, Mahfuz kata salah UMNO. Mungkinkah kalau dia digigit nyamuk pun nanti dikatakan salah UMNO juga?

Tidakkah Mahfuz fikir bahawa setiap individu itu bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dilakukan sama ada diajar atau pun tidak diajar?

Misalnya, jika seorang murid diajar untuk mecuri oleh gurunya, apakah murid itu perlu mengikut ajaran gurunya itu untuk mencuri?

Atau, sekiranya seseorang muslim diajar untuk menghina Islam oleh rakan Yahudinya, apakah dia tidak boleh berfikir dengan waras untuk tidak melakukan sedemikian?

Saya tidak rasa begitu memandangkan setiap individu itu dikurniakan Allah dengan otak dan akal untuk berfikir secara rasional serta bijak memilih untuk melakukan kesalahan atau membetulkan keadaan dengan tidak melakukan perkara yang salah.

Samalah juga dengan Ngeh.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments: