Makin lama makin nampak belang Anwar ni, dah la PKR dibawah Kahlid Ibrahim tak menghormati Tuanku Sultan Selangor dengan tidak mengajak Tuanku, pastu Anwar berlagak seolah-olah dialah Sultan pada malam tu, siap baca ikrar tak angkat tangan wei. Tengok video kat bawah ni:
Dan kalau korang nak tau apa peranan Tuanku sebenar dan peranan MB kat Selangor ni dalam Majlis rasmi, bawah ni ada petikan dari blog Dr Khir Toyo, beliau menjelaskan dengan terperinci semuanya:
1. Banyak sahabat dan pemberita bertanyakan saya mengenai kontroversi sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Selangor yang ke-55 pada 31 Ogos lalu. Kontroversi ini berlaku kerana Kerajaan Negeri tidak menjemput Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara utama kerajaan negeri ini.
2. Jawapan saya ialah, kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional sentiasa menjemput Tuanku Sultan Selangor ke acara-acara kebesaran negeri termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri. Tuanku sebagai tunggak pemerintahan negeri tidak wajar diketepikan atau dilupakan. Selain itu, Barisan Nasional juga amat menghargai dan menghormati sumbangan para Sultan termasuk susur galur Tuanku Sultan Selangor yang banyak menyumbang dan menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.
3. Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri merupakan antara acara utama kepada negeri Selangor. Tuanku Sultan Selangor akan dijemput menghadiri Bacaan Yassin dan Tahlil sempena hari Kemerdekaan, ini diikuti dengan sambutan Ambang Kemerdekaan pada malam thirty Ogos dan akhirnya acara kemuncak Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada pagi 31 Ogos. Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.
4. Lazimnya Tuanku Sultan akan menghadiri bacaan Yassin dan Tahlil dan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Manakala bagi sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalu! nya Tuan ku Sultan hanya mewakilkan Menteri Besar.
5. Saya difahamkan kerajaan negeri tidak mengadakan mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada pagi 31 Ogos seperti kelazimannya. Sebaliknya, perbarisan tersebut diadakan pada malam thirty Ogos 2012. Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.
Read more...
No comments:
Post a Comment