CILI KASI TARUK! PAKATAN BELI LORI SAMPAH LAPUK - KENAPA?

Suatu masa, ramai penulis blog pro-kerajaan mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan pengumuman pembelian lori sampah oleh exco yang mengawal PBT, YB Ronnie Liu.

Mengapakah perlu dibeli lori sampah dari China sedangkan banyak pembuat lori sampah di Malaysia?

NST hari Ahad dalam ruang Truck and Transport Guide mendedahkan bahawa lori sampah yang dibeli adalah dari China dan berjenama Dongfeng.

Isu timbul apabila pemegang francis bagi lori jenama itu di Malaysia menyuarakan tidak puashati bila Kumpulan Darul Ehsan membeli 50 lori jenama itu terus dari seorang pembekal di China dan ini berkemungkinan bertentang dengan perjanjian francis.

Pemegang Francis, Dongfeng Commercial Vehicle Sdn Bhd mendedahkan bahawa indication lori yang dibeli adalah indication lama yang sudah lapuk (obselete), tidak lagi dalam pasaran dan tidak dibuat lagi.

Lori-lori yang akan diserahkan sebanyak twenty-eight buah kepada majlis Bandaraya Shah Alam dan 18 buah kepada Majlis Perbandaran Petaling jaya masih lagi tidak boleh masuk kerana tidak menepati spesifikasi.

Pihak pemegang francis mengatakan bahawa walaupun mereka sedia lakukan servis kepada lori-lori ini kerana mereka pemegang jenama Dongfeng, tetapi ianya bukan indication yang mereka bawa. Dengan demikian, perkhidmatan maintenance tidak dapat dipastikan berjalan lancar.

Mengapakah kerajaan Pakatan Selangor beriya-iya mahu membeli 50 biji lori sampah yang sudah lapuk dan tidak dibuat serta tidak dikeluarkan lagi? Bertambah lagi, kenapa mereka mahu sangat lori yang akan memberi masaalah maintainance?

Adakah orang dalam mengaut komisyen atau ambil balik mark-up dari pembekal yang tidak bertauliah di Malaysia? Itu adalah kesalahan rasuah atau salahguna kuasa.
!
Namp aknya bukan saja masaalah sampah tidak dapat diselesaikan dengan segera, penyelesaiannya joke akan tergendala dan masaalah baru akan timbul.

Sumber: Sel13.com

No comments: