Oleh:Malaysiacrisis
Di dalam siri Dinasti Azlan Shah, penulis telah menceritakan secara ringkas sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik di blogentryDinasti Azlan Shahdan seterusnya di dalam blogentryDinasti Azlan Shah Bahagian IImenceritakan mengenai perang saudara dan perebutan takhta Kesultanan Perak yang berlaku sejak beratus tahun dahulu. Kini, takhta Kesultanan Perak tidak sunyi daripada tuntutan oleh pihak-pihak yang mengaku sebagai waris yang lebih layak untuk menduduki takhta.
Antara contoh yang diberikan di dalam kedua-dua blogentrysebelum ini ialahRaja Noor January Shahyang mendakwa keturunan Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmaddin (Sultan Perak ke-18) dan menuntut takhta Kesultanan Melaka.
Raja Ahmad Nasiryang merupakan keturunan Raja Kulop Muhammad Kramat Ibni Sultan Muda Raja Ahmad pula mendakwa waris yang lebih layak menduduki takhta Kesultanan Perak adalah daripada keturunan Raja Kulop Muhammad Kramat yang merupakan abang kepada ! Sultan I dris Shah we (Sultan Perak ke-28), tetapi tidak dilantik menjadi Sultan. Dikatakan kerana merajuk maka diharamkan 7 keturunannya untuk menuntut takhta Kesultanan Perak.
Turut didedahkan sebelum ini ialah mengenai kisahSultan Ismail atau dikenali sebagai Marhum Sekudai(Sultan Perak ke-25) yang dilupakan. Cabang pewarisan takhtanya telah lama terhenti kerana menentang British. Walaupun sehingga hari ni waris Sultan Ismail hanya mendiamkan diri dan tiada yang menuntut takhta, tetapi mungkin suatu hari nanti mereka akan muncul untuk merancakkan siri perebutan takhta Kesultanan Perak.
Uncleseekers III
Baru-baru ini muncul pula sebuah blog yang diberikan namaUncleseekers IIIdengan siri-siri Misteri Sultan Azlan Shah dan tuntutan takhta Kesultanan Perak oleh seorang individu yang bernamaTengku Amran Mohammad Shah(atau sesekali ditulis pula sebagai Raja Amran Mohammad Shah).Beliau mendakwa adalah merupakan cucu kepada Sultan Abdul Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah Ibni Sultan Idris we dan Sharipah Malini.
Kisah Tengku Amran Mohammad Shah ini pertama kali dibaca oleh penulis sekitar tahun 2006 di akhbar Kosmo dengan artikel bertajukDakwa cucu Sultan Abdul Jalil, Sultan Perak Ketiga tuntut Elaun dan Pencen.
Terdapat banyak tanda-tanya mengenai kisah Tengku Amran. Lebih menjadi tanda-tanya kerana tujuan utama kemunculan Tengku Amran adalah untukmenuntut elaun dan pencen.
Soalan-soalan untu! k Uncles eekers III dan Tengku AmranMungkin Uncleseekers III dapat merungkai persoalan-persoalan berikut:
1.Mengapa Tengku Amran mengatakan Sultan Abdul Jalil Nasruddin Mukhtaram Shah adalah merupakan Sultan Perak ke-3?Bukankah Sultan Abdul Jalil merupakan Sultan Perak ke-29 yang menjadi Sultan dari tahun 1916-1918 mengantikan ayahandanya Sultan Idris Shah I?
2.Salasilah Kesultanan Perak menunjukkan Sultan Abdul Jalil pernah berkahwin sebanyak 4 kali di mana isteri-isteri baginda adalah:Tengku Permaisuri Yong Sofiah Binti Muhammad Yunus, Raja Perempuan Nuteh Jahrah Binti Sultan Ali(anakanda kepada Sultan Perak ke-24),Raja Mardhiah BintiRaja Kulop Muhammad Kramat(sepupu baginda iaitu anak kepada bapa saudaranya)danHajah Noriah.Mengikut catatan di dalam blog Uncleseekers III disebut,
"Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh."
Tiada disebut di dalam salasilah Sultan Abdul Jalil memperisterikan seorang wanita bernama Sharipah Malini.Mungkin Tengku Amran boleh menerangkan salasilah keluarganya di dalam satu post di blog Uncleseeke! rs III, siapakah gerangan nendanya yang bernama Sharipah Malini serta siapakah ibu dan bapanya?
Juga menjadi tanda-tanya apabila Tengku Amran mendakwa isteri pertama Sultan Abdul Jalil iaitu Tengku Permaisuri Yong Sofiah meninggal dunia di Acheh.Sejarah Kesultanan Perak menunjukkan Tengku Permaisuri meninggal dunia di Istana Negara Kuala Kangsarpada 8 Oktober 1917.3.Diharap Uncleseekers III dan Tengku Amran dapat menerangkanmengapa gelaran nama beliau adalah"Tengku"dan bukan"Raja"seperti anak-anak raja Perak yang lain.Umum mengetahui gelaran"Tengku"(atau"Tunku"di Johor dan Kedah) digunakan oleh anak-anak raja dari negeri-negeri beraja yang berasal dari keturunan Bendahara, Temenggung dan pembesar lain seperti Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan dan lain-lain. Sebagai contoh gelaran"Tun"yang merujuk kepada keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang menjadi raja, nama gelaran keturunannya kemudian ditukar menjadi"Engku"dan"Tengku". Begitu juga Kelantan dengan nama gelaran"Long" kemudiannya ditukar kepada "Engku"dan"Tengku". Kebiasaannya hanya kerabat diraja Perak menggunakan nama gelaran"Raja".Mohon pencerahan mengapa ingin dikenali sebagai Tengku Amran?
4.Petikan daripada artikel bertajukSultan Azlan Shah Mystery (Part 1)bertarikh 7 September 2012,
< /div> Sultan Perak (Sultan Idris Shah II), Raja Muda (Raja Musa Ibni Sultan Abdul Aziz), Raja Dihilir (Raja Ekram Ibni Sultan Yusuf Izzudin), Raja Kechil Besar (Raja Lope Nur Rashid Ibni Raja Abdul Rahman Ibni Sultan Abdullah) Raja Kechil Sulung (Raja Ahmad Hisham Ibni Raja Abdul Malik Ibni Sultan Abdullah),Raja Kechil Tengah (Raja Azlan Shah), Raja Kechil Bongsu (Raja Izzuddin Ibni Sultan Idris Shah II) Gelaran Raja Puan Besar kerana berdarah raja di sebelah ibu?
- mediaperak Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Dakwaan bahawa Raja Azlan Shah melangkah sebanyak 5 tangga bagi mengantikan Almarhum Sultan Idris sebagai Sultan Perak adalah tidak benar.Semasa Almarhum Sultan Idris mangkat pada tahun 1984, Raja Azlan Shah adalah merupakan Raja Muda Perak.
Sila rujuk penerangan yang diberikan di dalam artikelDinasti Azlan Shah.Ditunjukkan secara ringkas tangga-tangga Raja Bergelar yang dinaiki oleh Sultan Azlan Shah hingga bergelar Sultan Perak.
Gambar di atas menunjukkan Raja-raja Bergelar Negeri Perak pada tahun 1963 semasa Sultan Idris Shah II menaiki takhta Kesultanan Perak. Semua Raja-raja Bergelar memakai persalinan dan destar Raja Bergelar.Sebagai contoh, destar yang dipakai oleh Raja Muda dinamakan"Ayam Patah Kepak", manakala destar yang dipakai oleh Raja Kechil Sulung dinamakan"Lang Sioh". Daripada persalinan dan des! tar suda h ketahui jawatan Raja Bergelar yang dipegang oleh seseorang itu.
Sultan Azlan Shah mula dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu pada tahun 1962 semasa pemerintahan ayahandanya, Sultan Yusuf Izzudin.Apabila Sultan Idris Shah II menaiki takhta pada tahun 1963, Sultan Azlan dilantik menjadi Raja Kechil Tengah; dan seterusnya Raja Kechil Besar pada tahun 1978 apabila kekandanya Raja Dihilir Ekram meninggal dunia. Baginda melangkau satu tangga menjadi Raja Muda pada tahun 1983 kerana Raja Dihilir Ahmad Hisham memberi laluan kerana masalah kesihatan.
Jadi, tidak timbul disini soal Raja Azlan Shah melangkau terus 5 tangga untuk menjadi Sultan Perak. Mohon penulis Uncleseekers III untuk membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.
5.Petikan daripada blogentryUncleseekers III bertarikh 10 September 2012 bertajukSultan Azlan Shah Mystery (Part 4)yang berbunyi,
Suka penulis untuk membetulkan satu lagi kenyataan yang tidak tepat oleh penulis Uncleseekers III. Sebenarnya terdapat 2 gelaran bagi isteri kepada seseorang Sultan iaitugelaranRaja Perempuan bagi isteri Sultan yang mempunyai darah raja.Sebagai contoh, Raja Mazwin Binti Raja Arif Shah Ibni Raja Kechil Sulung Harun Ar-Rashid Ibni Sultan Idris Shah we yang merupakan isteri Almarhum Sultan Idris Shah II digelar Raja Perempuan kerana beliau adalah berdarah raja.Contoh lain adalah seperti Raja Pe! rempuan Ta'ayah Binti Raja Abdul Hamid (isteri Sultan Yusuf Izzudin), Raja Perempuan Khadijah Binti Sultan Idris we (isteri Sultan Abdul Aziz), Raja Perempuan Nuteh Jahrah Binti Sultan Ali (isteri Sultan Abdul Jalil).
Bagi isteri Sultan yang bukan berdarah raja, gelaran yang diberikan ialah Raja Permaisuri atau Tengku Permaisuri.Di dalam konteks ini Tuanku Bainun diberikan gelaran Raja Permaisuri.
Begitu juga bagi isteri kepada Raja Muda Perak akan digelar Raja Puan Besar bagi yang berdarah raja dan Cik Puan Besar bagi yang bukan berdarah Raja.Tuanku Zara Salim diberikan gelaran Raja Puan Besar kerana mempunyai darah raja daripada moyangnya Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke-24). Walaupun darah raja itu hanya di sebelah ibu tetapi gelaran itu tetap diberikan.Bagi isteri Raja Dihilir Perak pula digelar Raja Puan Muda Perak bagi yang berdarah raja dan Cik Puan Muda Perak bagi yang bukan berdarah raja.
Jadi, tidak timbul isu Tuanku Bainun diberikan nama gelaran"Raja"kepadanya. Ianya adalah merupakan satu gelaran yang dikurnikan oleh Sultan kepada isterinya. Sejarah Kesultanan Perak menunjukkan gelaran Raja Permaisuri bagi isteri Sultan yang bukan berdarah Raja memang pernah diberikan oleh beberapa Sultan Perak sebelum itu. Sekali lagi penulis Uncleseekers III perlu membuat sedikit kajian sebelum membuat sebarang dakwaan.
6.Dalam laporan polis yang dibuat oleh Amran Bin Muhammad atau ingin dikenali sebagai Tengku Amra! n, belia u telah menulis seperti berikut (sila rujukSultan Azlan Shah Mystery (Part 5) Laporan polis terhadap Sultan Azlan Shah) ada dinyatakan seperti berikut,
Di dalam proses pertabalan, bakal Sultan Perak perlu melalui istiadat tabal pusaka (dahulunya dikenali sebagai tabal jin). Istiadat yang berlangsung pada waktu malam ini termasuk istiadat bersiram tabal. Air siram adalah air daripada 7 kuala Sungai Perak.Sultan Azlan Shah melaksanakan proses bersiram tabal ini seperti yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar berikut. Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Bainun berangkat ke Balai Panca Persada dengan nobat dipalu (gambar kiri) dan Balai Panca Persada (gambar kanan) Istiadat bersiram tabal Istiadat bersiran tabal tel! ah disem purnakan
Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh Tengku Amran bahawa Sultan Azlan tidak ditabal mengikut adat istiadat diraja seperti mandi bersiram? Adat bersiram apa lagi yang perlu dilaksanakan? Mohon pencerahan oleh Uncleseekers III dan Tengku Amran.
7.Dalam kenyataan yang diberikan oleh Tengku Amran seperti dalam blogentrySultan Azlan Shah Mystery (Part 6)berbunyi,
Dewan Negara Perak dianggotai oleh Sultan (kecuali bagi urusan lantikan Sultan yang baru apabila berlaku kemangkatan), Raja Muda, Raja Di Hilir, 4 orang Raja Bergelar, 4 Orang Besar Empat, 8 Orang Besar Delapan dan twelve orang tua-tua (seorang daripadanya dari bukan Melayu) berserta Menteri Besar dan Mufti sebagai ahli kerana jawatan.
Ini bermakna Dewan Negara Perak bukan hanya Menteri Besar semata-mata yang membuat keputusan bagi melantik seseorang Sultan. Jadi, tiada sebab untuk mempersalahkan Tan Sri Ramli Ngah Talib yang didakwa oleh Tengku Amran bersubahat dalam melantik Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak.Jauh sekali untuk mengaitkan Tun Dr. Mahathir kerana Perdana Menteri Malaysia bukan merupakan Ahli Dewan Negara Perak!
Ramli Ngah Ta! lib seba gai Orang Besar Delapan
Dakwaan yang mengatakan Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah sahabat rapat Raja Azlan Shah semasa menuntut di London juga tidak boleh masuk di akal.Sultan Azlan Shah menuntut di dalam jurusan undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan tamat pada tahun 1953. Seterusnya diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh Lincoln's Inn pada tahun 1954.Pada ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib baru berusia thirteen tahun!Bagaimana boleh dikatakan mereka berdua bersahabat semasa menuntut di London?Lagi joke Tan Sri Ramli Ngah Talib menuntut di Queen University, Belfast iaitu kira-kira 500km jauhnya dari London.
Sekali lagi nasihat kepada Tengku Amran, sebelum membuat dakwaan sila buat sedikithomeworkdahulu.
Tan Sri Ramli Ngah Talib juga adalah merupakan Orang Besar Delapandengan gelaran Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja. Jawatan ini bukan diberikan tetapi diwarisi dari satu generasi ke generasi berketurunan Dato' Sagor. Seterusnya gelaran ini akan diwarisi oleh Rizal Ashram (Jejai) yang kini adalah Toh Muda Orang Besar Delapan.
8.Salah satu blogentryUncleseekers III ada diambil dari blog Raja Ahmad Nasir. Uncleseekers III juga dinasihatkan untuk mengkaji terlebih dahulu dakwaan-dakwaan beliau sebelum mengambilnya sebagai fakta.Satu contoh yang nyata ialah persoalan anak siapakah Raja Azlan Shah ini?Raja Ahmad Nasir mendakwa Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah bercerai pada tahun 1925. Persoalan yang ditimbulkan ialah jika mereka bercerai pada tahun 1925, anak siapakah Raja Azlan Shah yang lahir pada tahun 1928? Dakwaan Raja Ahmad Nasir bahawa Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah bercerai pada tahun 1925 dan mempersoalkan anak siapakah Raja Azlan Shah yang lahir pada tahun 1928
Sebenarnya Raja Ahmad Nasir tidak faham apa maksud (ca. 1925; div) seperti yang dihighlightkan di atas. Sebenarnya"ca"itu merujuk kepadacircaiaitu bahasa Latin yang membawa maksud di sekitar tahun 1925.Maknanya di sini Sultan Yusuf Izuddin dan Toh Puan Dewangsa Khadijah berkahwin di sekitar tahun 1925 dan tidak diketahui tahun mereka bercerai. Bukannya mereka bercerai pada tahun 1925! Jadi, tidak timbul anak siapakah Raja Azlan Shah itu kecuali beliau mempunyai bukti yang nyata mengenai insan bernama Atan Bin Hashim itu.
Mohon dedahkan dan Malaysia in Crisis menyambut baik pendedahan beserta bukti dan fakta kerana pembaca-pembaca zaman sekarang tidak hanya mengambil sesuatu dakwaan tanpa asas dan bukti.
Jadi lah seperti Uncleseekers yang membuat pendedahan beserta bukti dan fakta, jangan merosakkan nama Uncleseekers dengan auta!
Kesimpulan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor January Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.
Ironinya, Raja Noor January seakan diterima oleh sebahagian rakyat dan mempunyai bilangan pengikut yang ramai. Sebagai contoh, Raja Noor January dijemput untuk merasmikan Wisma IPC Shopping (sila rujuk gambar di atas)dan menanugerahkan Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota kepada Pengarah syarikat berkenaan. Cukup hebat!
Bukan itu saja, Raja Noor January juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta.
Kesimpulannya, bukan mudah untuk menuntut takhta sesuatu Kesultanan pada zaman ini. Sejarah di Malaysia juga menunjukkan beberapa kes telah dibawa ke mahkamah, contohnya kes Tengku Ali Ibni Almarhum Sultan Sulaimanv. Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman [1996] 4 MLJ 374 dan kes Tengku Ibrahim Petra, putera kepada Tengku Indra Petra yang melepaskan takhta kepada adindanya Tengku Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan Kelantan.
- mediaperak Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
1 comment:
Terlalu banyak orang claim takhta sana sini. Daulat Tuanku Sultan Nazrin Shah. Patik rakyat Perak walaupun berada di Kuala Lumpur sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku.
Post a Comment