CEO MBI KEDAH ANIAYA MENTERI BESAR KEDAH DALAM ISU BALAK!

SPRM telah masuk ke pejabat penting di Kedah yang mempunyai kaitan dengan pembalakan. Tiga kawasan pembalakan terbesar iaitu Gunung Perak, Gunung Inas dan Pedu telah diarahkan agar diberhentikan operasi. Semua mesin-mesin dan jentera diarahkan keluar dari kawasan pembalakan. Manakala balak-balak yang telah ditebang juga tidak dibenarkan keluar.

Ada pihak yang cuba menyalahkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam masalah ini. Bagaimanapun, daripada maklumat yang diperolehi, Azizan Abdul Razak benar-benar tidak tahu tentang operasi pembalakan berkenaan. Sebaliknya dia telah diperdayakan oleh CEO Menteri Besar Incorporated, Dato' Hishamuddin. Sehinggakan ketika dia terkedang di atas katil pun, ada juga borang yang diminta Azizan tenyeh dan tandatangan.

Pembalakan di Kedah dijalankan secara penjarahan dan perompakan. Ia melibatkan pemimpin-pemimpin kecil PAS yang melihat dan menganggap kemenangan PAS menguasai Kedah pada PRU12 yang lalu sebagai peluang terbaik untuk menyakau dan menyamun semahu-mahunya.

Itulah yang berlaku apabila kawasan hutan simpan kekal seperti di Pedu, ditukar status kepada tanah kerajaan. Bermodalkan Ladang Sejahtera, kawasan hutan ditebang dan diterangkan untuk mendapatkan hasil balak. Pada masa yang sama, empat prosedur biasa yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini, diketepikan begitu sahaja. PARASIT dan IBLIS PAS Kedah yang diberi kuasa, bertindak sewenang-wenang dan seenak-enaknya.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah duit komisyen yang telah diterima oleh orang-orang seperti Hishamuddin untuk projek-projek pembalakan haram di seluruh Kedah? Dengan modus operandi Husam Musa digunapakai di Kedah yang menyaksikan pokok-pokok sebesar lengan joke disapu bersih dan di! istilahk an sebagai balak, berapa banyak pula yang sebenarnya masuk ke dalam kocek Kerajaan Negeri?... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

No comments: