WEI KHALID GAGAP! KENAPA DISKAUN DIBERI SETELAH PERJANJIAN TAMAT DALAM ISU TALAM NI?

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong menggesa kerajaan Selangor agar menjelaskan rasional di sebalik persetujuan kepimpinan negeri untuk mengurangkan hutang anak syarikat Maxisegar iaitu Talam Corporation Bhd.

Menurut beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini memberi insentif sebanyak RM36 juta kepada Talam untuk dibayar kepada Unisel walaupun perjanjian antara kedua-duanya telah tamat setahun selepas perjanjian itu dibuat.

Apabila Talam gagal mematuhi perjanjian ini, mereka sepatutnya tidak berhak mendapat diskaun namun mengapakah kerajaan Selangor memberi layanan istimewa kepada syarikat ini.

Persetujuan kerajaan negeri yang memberi insentif kepada Talam telah menimbulkan persoalan apatah lagi kepimpinan negeri seolah-olah cuba menyorokkan perkara yang sebenar daripada pengetahuan rakyat Selangor, katanya.



Malah katanya, perkara itu tidak pernah sekali joke didedahkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri terutama berkaitan rasional di sebalik keputusan kepimpinan Selangor untuk mengurangkan atau memberi diskaun bagi pembayaran hutang Talam.

Berdasarkan kepada Perjanjian Penyelesaian Tambahan pada 8 Mac 2007, jumah hutang yang patut dibayar syarikat ini kepada Unisel adalah sebanyak RM 284 juta namun sejumlah RM 36 juta diskaun telah diberikan bagi penyelesaian hutang lebih awal.

Walaubagaimanapun, mengapa kerajaan Selangor masih bersetuju untuk memberikan insentif kepada Talam sedangkan perjanjian itu telah tamat tempoh pada 8 Mac 2008, tambahnya.

Tee Yong berkata, di bawah klausa 5 dalam perjanjian itu, Talam telah memberi jaminan bahawa hutang tersebut akan diselesaikan oleh syarikat berkenaan sekiranya anak syarikat Talam gagal memenuhi perjanjia! n terseb ut.

Beliau menambah, berdasarkan perjanjian itu juga, kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat boleh mengambil tindakan terhadap Talam di atas kegagalan syarikat berkenaan membayar semula hutang kepada pihak Unisel.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Talam malah syarikat itu seolah-olah menerima layanan istimewa daripada kerajaan Selangor.

Tee Yong berkata demikian pada sidang media berkaitan Isu Hutang Talam di Wisma MCA, Kuala Lumpur pagi tadi.

Sebelum ini, kerajaan Selangor didakwa cuba memutarbelitkan fakta sebenar berhubung isu hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) dengan kerajaan negeri itu apabila membuat beberapa kenyataan tidak tepat mengenai perkara berkenaan.

Malah kepimpinan negeri cuba memutarbelit kan isu itu kononnya kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional (BN) tidak berusaha untuk mengutip hutang-hutang daripada Talam.

Pemimpin kerajaan Selangor sekarang juga cuba memutarbelit perkara ini dengan mendakwa kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menyelesaikan hutang daripada Talam pada tahun 2005, 2006 dan 2007 menyebabkan kerajaan Selangor kini terikat dengan perjanjian penyelesaian hutang itu.

Salah satu perjanjian penyelesaian hutang yang bertarikh 8 Mac 2007, tempoh sah lakunya adalah selama setahun iaitu sehingga 8 Mac 2008.

Justeru, apabila kerajaan PR Selangor menandatangani perjanjian baru dengan Talam pada twelve Mac 2010 membuktikan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini telah tamat tempoh sah laku.

Berdasarkan kepada hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2011, tiada pendedahan oleh kerajaan Selangor bahawa ia masih terikat dengan perjanjian kutipan hutang Talam yang ditandatangani kerajaan BN terdahulu.

Sumber: Perak Today

No comments: