Dalam usaha untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan krisis air yang melanda Selangor disebabkan ketidakbertanggungjawaban kepimpinan negeri, Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mengambil satu langkah proaktif dengan mengadakan Program Jelajah 1Selangor: Forum Isu Air.
Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, siri penjelajahan itu akan dilaksanakan ke seluruh pelusuk negeri itu bagi menerangkan perkara sebenar yang menyebabkan Selangor mengalami masalah kekurangan air.
Katanya, selama ini mungkin rakyat tidak faham dengan permainan politik yang dilakukan pentadbiran negeri dengan menuding jari terhadap SYABAS dan Puncak Niaga.
Justeru katanya, bagi mengelak rakyat terus percaya dengan dakyah songsang Pakatan Rakyat, satu siri penjelajahan akan dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh Selangor.
Tujuan kita adalah untuk memberi kefahaman dan penerangan kepada rakyat berkaitan isu air di Selangor kita nak rakyat tahu siapa yang bohong dan siapa yang benar-benar memperjuangkan kebajikan rakyat.
Berkaitan isu air di Selangor ini sebenarnya masih kurang difahami oleh sebilangan rakyat ada di antara mereka yang menyalahkan SYABAS dan Puncak Niaga kerana membuat catuan air tetapi hakikat sebenarnya masalah ini bermula dari kerajaan negeri itu sendiri.
Read more...
No comments:
Post a Comment