Sasterawan Usman Awang dalam kenangan

July 16, 2012

Sasterawan Usman Awang dalam kenangan

oleh Uthaya Sankar SB@www.themalaysianinsider.com

Sasterawan Negara Dato' Usman Awang meninggal dunia pada twenty-nine November 2001. Hampir sebelas tahun kemudian, apakah segala sumbangan bakti Allahyarham dalam bidang bahasa, sastera, seni dan budaya Malaysia masih dikenang?

Demikian persoalan yang timbul dalam minda saya pada eleven Julai 2012 apabila berpeluang bertemu dan berbual panjang bersama-sama Haslina Usman (anak sulung Allahyarham) dan suaminya, Abdul Rahim Affandi.

Usman Awang yang antara lain menggunakan nama pena Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini dilahirkan pada twelve Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Bagaimanapun, pada tahun ini, tiada apa-apa majlis untuk mengenang tarikh lahir beliau memandangkan pelbagai masalah besar menyelubungi UA Enterprises Sdn Bhd selaku pemegang amanah dan hak cipta karya-karya Usman Awang.

Hasil penelitian saya, masalah itu muncul susulan pementasan "Muzikal Uda & Dara" (MUDD) di Istana Budaya pada Julai 2010. Selepas dua tahun, khabarnya UA Enterprises berdepan kemungkinan diisytiharkan bankrap dan hak cipta muzikal berkenaan pula diambil pihak bank.

Saya dimaklumkan bahawa UA Enterprises dipelawa mementaskan "Muzikal Uda & Dara" untuk mengisi "Slot Sasterawan Negara" yang diwujudkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

"Kami hanya setuju mementaskan apabila ada pihak yang bersetuju menjadi penaja utama. Persetujuan itu dibuat secara lisan. Kerana percaya akan penajaan ini, kami teruskan kerja-kerja produksi untuk mement! askan MU DD.

"Malangnya, penaja tidak meneruskan hajat itu beberapa bulan sebelum tarikh pementasan. Sewaktu itu, kami telah menggadaikan rumah, mula bayar produksi dan separuh jalan dalam produksi. Maka, pementasan terpaksa diteruskan," kata Haslina yang merupakan Pengarah Eksekutif UA Enterprises.

Saya sedia maklum bahawa beliau memohon Pinjaman Dana Industri Kreatif iaitu satu gabungan pinjaman antara KPKK dan sebuah bank ke arah membantu produksi seni persembahan dan pelbagai kesenian. Syaratnya melalui dua proses kelulusan iaitu kelulusan KPKK dan kelulusan bank berkenaan.

Antologi 'Keranda 152' (1968) diterbitkan semula pada 2002."Kami mendapat kelulusan pinjaman RM1.5 juta, iaitu bajet minimum; cukup-cukup sahaja untuk mementaskan MUDD. Jumlahnya besar kerana kebanyakan kemudahan di Istana Budaya telah rosak dan kami terpaksa menyewa berbagai peralatan yang memang mahal dari luar untuk pementasan tersebut," kata Rahim yang menganggur sejak seminggu lalu.

Rahim sebelum ini bekerja secara kontrak di sebuah stesen televisyen dengan gaji sekitar RM1,000 sebulan, manakala Haslina membuat kek untuk menyara keluarga. Anak-anak mereka pula terpaksa berhenti belajar dan bekerja akibat kesempitan kewangan yang sedang dialami.

Amat sukar untuk saya membayangkan bahawa waris yang sedang berusaha bersungguh-sungguh memelihara pusaka peninggalan seorang Sasterawan Negara berhadapan segala masalah seperti ini! Namun, berat mata memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul.

Saya ada menulis mengenai legasi karya Usman Awang di akhbar Sinar Harian pada twenty-nine June 2009. Saya turut menyampaikan kertas kerja bertajuk "Antara KeMelayuan dan Kemanusiaan Sejagat: Sorotan Karya Usman Awang" sempena Simposium Lim Lian Geok dan Usman Awang: Nasionalis Malaysia yang Tulen anju! ran LLG Cultural Development Centre pada 19 June 2010 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Usman Awang mula berkhidmat sebagai sidang pengarang majalah Dewan Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1962 sebelum dilantik menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.

Harus dinyatakan juga bahawa Allahyarham adalah individu pertama yang menerajui kepimpinan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) iaitu pada 1962-65. Saya tidak pasti jika mana-mana persatuan penulis masih mengadakan majlis bagi mengenang tarikh kelahiran/pemergian Usman Awang.

"Pada tahun 1991-2001, ayah dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan; suatu pelantikan yang disifatkan oleh arwah sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan Bangsa Malaysia," Haslina pernah menceritakan kepada saya sambil menambah bahawa Usman Awang juga dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank dari 1991 hingga 2001.

Pada tahun 1991, Usman Awang dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Sultan Perak, yang membawa gelaran Datuk.

Terdahulu, pada twenty-nine Mei 1976, Usman Awang dianugerahkan gelaran "Pejuang Sastera"; SEA Write Award pada tahun 1982; Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya pada eleven Ogos 1983; Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran "Sasterawan Negara" pada tahun 1983; dan "Zamalah Sastera" daripada akhbar Berita Harian pada tahun 1985.

Usman Awang juga terlibat dalam penerbitan antologi sajak "Keranda 152" (1968) yang merakamkan penentangan kaum Melayu terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Antologi berkenaan diterbitkan semula ("cetakan kedua") pada 2002 sebagai merakamkan penentangan kaum Melayu terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingge! ris (PPS MI).

Namun, apalah gunanya segala sumbangan Usman Awang terhadap bahasa pada saat kita dikejutkan dengan berita bahawa UA Enterprises mungkin terpaksa "dibungkus" dan hak cipta "Muzikal Uda & Dara" bakal tergadai!

Hasil risikan, saya mendapat maklumat bahawa walaupun pinjaman bank yang diluluskan adalah RM1.5 juta, namun pada twenty Julai 2010 tarikh akhir pementasan MUDD di Istana Budaya bank terbabit hanya memberi RM900 ribu.

"Bayangkan, betapa peritnya kami terpaksa meminjam sana sini untuk menampung kos produksi dan membayar segala macam kos," kata Haslina sambil menahan air mata apabila saya ajukan soalan berkaitan perkara itu kepada beliau.

UA Enterprises sebenarnya mahu mementaskan muzikal tersebut sekali lagi supaya mampu membayar balik pinjaman bank.

"Bank minta tunjuk pelan cadangan untuk pementasan kedua itu. Setelah kami tunjuk cadangan kami, mereka membuat keputusan menarik balik pinjaman RM900 ribu kerana pihak Istana Budaya belum memberi tarikh untuk pementasan," kata Rahim pula yang ternyata agak emosional mengenangkan segala apa yang berlaku.

Khabarnya Haslina juga mengirim surat kepada Ketua Setiausaha KPKK untuk meminta bantuan. Adakah surat rayuan itu menerima apa-apa balasan atau reaksi? Pasangan suami-isteri itu tidak mahu memberi komen apabila saya ajukan pertanyaan itu.

"Apabila semua jalan buntu, saya menulis kepada Menteri KPKK, Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2 Februari 2012. Saya mendapat jawapan segera! Beliau sangat prihatin tentang nasib karya tersebut dan memberitahu bahawa tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak KPKK," Haslina memberikan jawapan alternatif.

KPKK khabarnya memanggil beliau untuk bermesyuarat dan Haslina diberi jaminan bahawa MUDD akan dipent! askan se mula di Istana Budaya dengan kerjasama KPKK.

Saya masih tidak mampu menarik nafas lega kerana pada realiti, hasil maklumat dari sumber dalaman, belum ada sebarang tarikh ditetapkan oleh Istana Budaya bagi pementasan semula yang dimaksudkan.

Pada masa sama, pihak bank sebenarnya sudah memberi notis twenty-one hari untuk UA Enterprises menjelaskan hutang RM900 ribu. Hak cipta karya "Muzikal Uda & Dara" yang dicagarkan itu kini berdepan dengan kemungkinan besar diambil alih oleh pihak bank.

Sementara itu, tidaklah menghairankan jika pelbagai pihak (individu, persatuan, agensi) yang kononnya berjuang demi maruah, hak, karya, bahasa, sastera, seni, kaum dan sebagainya, terus berdiam diri dan memberikan alasan "tidak tahu" mengenai perkara ini. Saya teringat akan kata-kata Usman Awang: "Musuh orang-orang Melayu bukanlah orang-orang Cina, dan musuh orang-orang Cina bukanlah orang-orang Melayu, tetapi musuh kita bersama ialah kemiskinan, ketidakadilan "

* Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya serta presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).


Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bon ology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: