"DATUK S" COVERTS ILLICIT MONIES ? ('DATUK S' GUBAH WANG HARAM?) in Malay




Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

MUNGKINKAH 'Datuk S' atau nama sebenarnya, Datuk Samsuddin Yahya terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram melalui pendapatan gelapnya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan berjaya mempergunakan seorang jutawan terkenal Law Hon Sun @ Liew Pin Cheong sebagai salah seorang proksi atau nomineenya?

Jika tidak benar, mustahil Ninja SAA43L yang dihadiahkan oleh Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony sering keluar masuk daripada perkarangan sebuah rumah Bungalow di Batu 7, Sandakan?
Persoalannya, desas-desus bahawa rumah berkenaan yang sebelum ini milik menantu Mantan Speaker Negeri Sabah, Datuk Seri Hassan Alban Sandukong telah dibeli 'Datuk S' dengan harga RM1.5 juta, tetapi hanya mengisytiharkan harga RM600,000 bagi mengelak cukai hartanah.

Bungalow berkenaan belum didiami sejak dibeli beberapa tahun lalu kerana 'Datuk S' masih tinggal di 'Istana' lamanya di Sri Taman; malah tidak pernah mengisytiharkan Bungalow berkenaan sebagai hartanya.

Bagaimanapun, 'Datuk S' telah menjadi David Cooperfields kerana berjaya melakukan embargo semua dokumen yang menjurus kepada one-story dwelling berkenaan termasuk cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya bagi mengelakkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memburu beliau kerana penglibatan beliau dengan Skandal Penggubahan Wang Haram?

Bagaimanapun, Paparazzi telah berjaya menghidu kepintaran 'Datuk S' yang menggunakan nama ! jutawan hartanah, Law Hon Sun @ Liew Pin Cheong sebagai pemilik berdaftar one-story dwelling tersebut; apatah lagi sebelum ini 'Datuk S' telah menjual konsesi pembalakan kepada Law Hon Sun.

Tidak ada seorangpun rakyat Sabah yang menyangka bahawa 'Datuk S' boleh hidup mewah dengan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan Pengerusi Ko-Nelayan.

Namun 'Datuk S' yang sebelum ini dikaitkan dengan jenayah mencederakan Mantan Calon Bebas, bijak menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan untuk mendapatkan komisyen 10 sen seliter daripada minyak motor fuel bersubsidi yang sepatutnya diagehkan kepada nelayan yang mempunyai Fleet-Card.
Malangnya, kuota 5 juta liter minyak bersubsidi berkenaan telah diselewengkan kepada pemilik kapal tunda yang menjualkannya semula di pasaran gelap dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Kegiatan memerah keringat nelayan ini telah menyebabkan 'Datuk S' memperolehi 'Wang Kopi' yang tidak pernah diisytiharkan iaitu RM500,000 sebulan atau RM24 juta sepanjang empat tahun beliau menjadi Pengerusi Ko-Nelayan menggantikan Datuk Jasa Haji Rauddah.

Selain membeli one-story dwelling berkenaan atas nama proksinya, 'Datuk S' turut dikesan mempunyai tabungan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejumlah RM1 juta atas nama isteri pertamanya, Datin Junaidah Aji dan empat anak mereka Dewi, Rais, Ewat dan Arif.

'Datuk S' juga dikesan memiliki hartanah dan kereta mewah atas nama tiga wanita iaitu isteri rasminya, Datin Junaidah Aji; isteri yang tidak berdaftar Datin Nooraini Othman (Bekas Isteri Datuk Yahaya Lampong) dan gundiknya, Pia Binti Dahlan (PATI yang mendapat kad pengenalan yang didakwa keluarga terdekat TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin)

Semua kehebatan 'Datuk S' boleh disemak dengan menaip 'Datuk S' di ruangan cari Sabahkini.net.
!

Mungkin menarik untuk diketahui umum, apakah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman masih memberi kepercayaan kepada 'Datuk S' menerajui Ko-Nelayan setelah kontraknya tamat beberapa hari lalu atau menamatkan penindasan yang dilakukan terhadap nelayan selama ini.

Paparazzi tidak dapat mengenalpasti apakah Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Salleh turut bersubahat dengan 'Datuk S' kerana meluluskan semua tuntutan elaun dan bil Hotel Hyyatt sekalipun melebihi kuota yang ditetapkan. Namun percubaan Paparazzi untuk menghubungi Masood tidak berjaya. - Sabahkini
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: