July 8, 2012
Isu Perempuan Nan Bercinta: Medan Baharu Persuratan Melayu
Pada 2 Oktober 1960, dalam ucapannya di pembukaan Kongres Ahli-Ahli Tarikat As-Sufiah Seluruh Malaya, bertempat di Dewan Bandaran Kuala Lumpur, ahli politik dan agamawan terkenal tanahair yang dikenali sebagai Dr Burhanuddin al-Helmi telah memetik pandangan Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang tokoh besar Islam.
Al-Afghani telah ditanyakan apakah makna kepada 'benih pembaharuan Islam' yang beliau gagaskan; al-Afghani dikatakan membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang panjang, sebahagiannya berbunyi:
"Hendaklah kita pulihkan kembali kepada kebenaran perbalahan antara ahli sunnah dan ahli syiah. Sesungguhnya perpecahan itu ialah rekaan raja-raja yang tamak" (Burhanuddin al-Helmi, 2005: 39).
Ketika al Marhum Dr Burhanuddin al-Helmi (kanan) menghimbau kembali alam remajanya, dalam ucapan di kongres tersebut, beliau menjelaskan betapa beliau asalnya "memusuhi jumud dan kolot, pada saya tasauf dan tarikat itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur aduk dengan bid'ah" (Burhanuddin al-Helmi, 2005: 34).
Beliau kemudian menyambung, "kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk Islam yang hanif ini terutamanya dan kesan-kesannya ialah daripada ulama syiah dan ulama tasauf samada ulama-ulama itu datang secara saudagar atau secara mubaligh, bukan masuk melalui ulama-ulama fekah, Islam masuk di Nusantara kita ini " (Burhanuddin al-Helmi, 2005: 35).
"Perlawanan di dalam Diri Saya sendiri"
Perubahan set minda beliau itu ! dirujuk oleh Dr Burhanuddin al-Helmi sendiri sebagai "perlawanan di dalam diri saya sendiri" (Burhanuddin al-Helmi, 2005: 36). Kenyataan-kenyataan Dr Burhanuddin al-Helmi di atas mengandungi makna tersendiri tentunya. Dalam kajiannya mengenai sistem pendidikan Islam di Malaysia, Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2010) memaparkan bagaimana keluasan ilmu telah disingkatkan dan dikotakkan oleh sistem pendidikan Islam tempatan, pengkaji ini seterusnya mengulas pendapat Dr Burhanuddin al-Helmi itu seperti berikut:
"By stripping Islamic preparation of a pristine ideals, noble purposes as well as praiseworthy practices, a Malay-Muslim statute investiture has transformed it in to yet an additional area vulnerably firm to a largesse as well as patronage, that would in conclusion be translated in to political change as well as await for UMNO as well as BN. Political considerations insist a demonstrate prohibition of pluralisme inside of Malaysian Islam. Any sign of gainsay from official Islamic habit is frowned upon as reflective of deviance that is probable to prosecution in eremite courts. Yet, this homogenization of Islam runs opposite a grain of Islamic history, that is abounding with contestations between sects, school of suspicion as well as factions. The sufi as well as Shi'a provenances of Malaysian Islam, as recognized by distinguished Malay nationalist Dr Burhanuddin Al-Helmy, have not been fully acknowledge in Malaysia's official Islamic sermon as it does not total with a statute elites' hegemonic agenda formed upon delicately constricted chronicle of Malay-Muslim unity. Thus, Malay Shi'as as well as sufis have been foremost during a reception end of supervision heavy-handedness ostensibly formed upon a regard to maintain a purity of Islamic faith". (Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2010: 76-77).
Sebahagian besar objektif kajian Ahmad Fauzi Abdul Hamid adalah untuk menunjukkan betapa sistem pendidikan Islam Malaysia telah ! dibeleng gu oleh satu faham, satu sekte atau satu sekolah pemikiran yang statik. Pilihan sekte ini dilakukan oleh state atau negara dan dipaksakan kepada setiap individu Islam. Adalah penting supaya gejala minda tertawan ini dibebaskan dari kekangan mazhab dan putus-tentu sebuah majlis agama yang hari ini telah menetapkan supaya Islam yang dipraktikkan di muka bumi Malaysia haruslah dari satu acuan, satu sekte, dan kita penganut Islam hanya boleh memuaskan diri semata-mata dengan satu mazhab yang telah ada. Alasan pihak majlis agama ialah kepelbagaian boleh mengakibatkan perpecahan. Gejala puas dengan satu sekte atau mazhab ini saya namakan sebagai homosektual. Lawannya adalah heterosektual.
Beberapa tahun setelah Dr Burhanuddin al-Helmi bersuara, iaitu pada tahun 1973, dalam sebuah seminar bernama 'Simposium Sastera dan Agama', penerbit, sasterawan, penterjemah, dan penerbit yang terkenal al-Marhum Ustaz Yusoff Zaki Yaacob (1986) mengkritik gejala homosektual ini:
"Di Malaysia, kurang terdapat kebebasan berfikir dalam persoalan-persoalan agama. Pemikiran yang menyimpang dari mazhab Syafie akan terdedah kepada tindakan Majlis-majlis Agama di setengah-setengah negeri di Malaysia. Misalnya, baru-baru ini Majlis Agama Perak telah mengharamkan pengedaran sebuah buku mengenai perancangan keluarga, yang dikarang oleh dua ulama besar Mesir dan diterjemahkan ke bahasa Malaysia oleh Jabatan Perancang Keluarga, kerana buku itu dalam penilaian Majlis Agama Islam Perak adalah bertentangan dengan pendapat kitab Al-Mahalli, sebuah kitab aliran mazhab al-Syafie yang amat dipegangi oleh pengikut-pengikut mazhab Syafie.
Seandainya buku-buku Islamiah yang kontroversial seperti itu didedahkan kepada perdebatan-perdebatan yang terbuka dan bebas dari tembok-temboj mazhab, tentulah kita akan melihat satu polemik yang akan menghasilkan pemikiran-pemikiran Islamiah yang baru, kerana tidak ada pendapat ya! ng mutla k dalam masalah-masalah ijtihad seperti itu.
Pada hemat saya, adalah lebih membina dan berkesan jika suatu pendapat dalam masalah-masalah ijtihadiah yang kontroversial itu ditumpaskan dengan kekuatan hujah-hujah dari ditumpaskan dengan kekuatan undang-undang kerana cara yang demikian menyegarkan iklim berfikir.
Di suatu masa yang lampau, karya-karya A. Hassan Bandung dan karya-karya Abu Bakar Asyari dan karya Tuan Guru Haji Muhammad Noor Ibrahim, Mufti Kelantan telah diharamkan di Johor Baharu. Malah lebih jauh dari itu dia setengah-setengah negeri di Malaysia, semua kitab-kitab agama harus lebih dahulu disahkan oleh Majlis Agama sebelum diterbit dan diedarkan.
Inilah saki baki undang-undang penjajah yang digunakan untuk membunuh perkembangan pemikiran-pemikiran Islamis yang dinamis. Undang-undang yang merugikan itu merupakan satu undang-undang agama tahun 1904 yang diperbaiki dalam tahun 1925. Menurut undang-undang ini, sesiapa yang mengecap buku agama tanpa izin dari Majlis Agama akan didenda dua ratus ringgit atau dihukum penjara." (Yusoff Zaki Yaacob, 1986: 9-10)
Kecaman al Marhum Yusoff Zaki di atas bukanlah sesuatu yang asing, Abdullah Taib (1985) seorang antropologis terkenal tanahair dalam bukunya yang berjudul Asas-Asas Antropologi menulis:
"Sejak tahun 1920-an beberapa buah negeri di Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Hingga ke hari ini sudah hampir 60 tahun majlis itu berjalan atas nama seperti itu. Penubuhan majlis agama ini ialah hasil 'kebijaksanaan' penjajah Inggeris" (Abdullah Taib, 1985: 226).
Harus diingatkan buku beliau ini telah menjadi teks subjek antropologi di kebanyakan universiti-universiti tempatan untuk satu tempoh yang agak lama. Untuk merungkai kekangan dan warisan penjajah ini dari terus membarah, al Marhum Yusoff Zaki (1986: 10) mencadangkan satu rumus iaitu supaya faham heterosektual menjadi pegangan:
"Kini di saat kita mengkehendaki satu bentuk ! pemikira n Islam yang dinamis, sesuai untuk menjiwai pembangunan kita, maka undang-undang yang cuba menahan perkembangan pemikiran Islam dalam tembok-tembok mazhab yang sempit itu perlu dihapuskan.
Masanya telah tiba untuk kita memulakan perkembangan pemikiran Islamiah yang tidak tertakluk kepada satu mazhab, kerana persoalan-persoalan yang timbul di zaman moden ini tidak mampu diatasi dengan pemikiran mazhab Syafie sahaja.
Inilah beberapa faktor yang mendinginkan suasana penulisan Islamiah yang serius di negeri ini. Masalah-masalah ini perlu dihadapi dan diatasi dengan tegas. Jika tidak, masa depan perkembangan karya-karya Islamiah akan lebih gelap dan terus menerus miskin."
Sergahan minda yang segar dari ustaz Yusoff tersebut disambut beberapa tahun kemudian oleh al-marhum Profesor Dr Syed Hussein al-Atas (1979) dalam satu acara untuk Hari Sastera yang berlangsung pada 24-27 Julai 1978 di Kuala Trengganu. Profesor Syed Hussein menyebut:
"Harus menghidupkan semangat bebas berfikir, bebas dari belenggu feudalisme"-Syed Hussein al-Atas
"Bagi para penulis dan penyair kita di Malaysia dan Asia Tenggara seluruhnya, apakah ertinya soal pembukaan kembali pintu ijtihad ini? Ertinya mereka harus menghidupkan semangat bebas berfikir, bebas dari belenggu feudalisme; dari belenggu faham-faham yang sudah usang; dari belenggu faham taklid yang negatif. Mereka mesti menghidupkan semangat ini hingga ada nanti yang terpengaruh dan tampil ke muka, di kalangan generasi yang akan datang, bagi mendirikan sistem-sistem pemikiran yang dapat menggerakkan jiwa masyarakat ke arah kemajuan dan keadilan.
Sebagai penulis-penulis Islam mereka mesti mengetahui dasar-dasar agama Islam; mesti mengetahui tentang ilmu-ilmu zaman sekarang; mesti mengetahui tema-tema yang penting dan yang belum cukup diperhatikan; mesti pandai mengolah unsur-unsur Islam, ilmu pengetahuan, tema, jalan cerita dan keadaan sekeliling, ! dalam sa tu hidangan yang akan berhasil meninggikan darjat kesedaran, pemikiran dan perjuangan ke arah yang murni" (Syed Hussein al-Atas, 1979: 91-92).
Sesungguhnya belenggu feudalisme yang disebutkan oleh Syed Hussein al-Atas ini merujuk kepada feudalisme dalam bidang ilmu itu sendiri. Adalah sangat menarik, saudara kepada al-Marhum Syed Hussein al-Atas iaitu sarjana besar tanahair, Profesor Syed Naguib al-Attas (1979: 1-5), hampir setahun sebelumnya telah joke mengusulkan hal yang hampir sama di pentas antarabangsa.
Dalam tulisannya yang bernas, Profesor Syed Naguib al-Attas (1980) menyatakan pengajian fardu ain yang diterapkan dalam pendidikan Islam sebagai contoh haruslah membawa sama sentuhan Syiah (dan tentu sahaja Sunni). Beliau menyatakan pendidikan yang beliau maksudkan itu bukan sahaja di peringkat tinggi, iaitu universiti, tetapi juga mencakupi dunia pendidikan anak-anak di peringkat sekolah rendah. Sebagai bukti, tulisan beliau dirujuk di sini:
"The core knowledge representing a fardu 'ayn, integrated as well as composed as a harmonius unity during a university level as a model make up for a lower levels, as well as that must constantly be reflected in constantly easier forms during a pre-university, secondary, as well as first levels of a tutorial complement thoughout a Muslim world, must simulate not only a Sunni bargain of it, though additionally accomodate a Shi'i understand (Syed Naguib al-Attas, 1980: 42)."
Pandangan (mungkin kata yang lebih tepat ialah impian) beliau di atas membawa kesan positif yang besar tentunya jika dipraktikkan untuk generasi Muslim yang ada. Malangnya, menurut kajian Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2010) gagasan murni Profesor Syed Naguib (kanan) itu diketepikan malah tidak joke diperhitungkan sama sekali oleh pihak berkuasa negara ini demi menjaga status-quo p! emerinta h:
"The ideal form as well as use of an Islamic curriculum, as conceived for example by Syed Naguib Al-Attas, remains far-fetched in state-sanctioned Islamic preparation in Malaysia. The outcome in terms of coercion of narrowly interpreted eremite law opposite Muslim non-conformists is all as well obvious in Malaysia. Whereas Al-Attas' scheme was broad sufficient to accommodate even Shi'a interpretations of a suggested sciences, Malaysia has been fastidious in instituting pre-emptive movement opposite as well as low mark of Malay-Muslims who confess a Shi'a variant of Islamic conviction deemed to have deviated from a path of Sunni orthodoxy". (Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2010: 52).
Pendita Za'ba jauh terdahulu dari tokoh-tokoh yang telah saya sebutkan tadi telah mencadangkan rumus supra mazhab atau heterosektual ini, iaitu dengan menggunakan akal fikiran yang sihat, dan tidak bertaklid buta. Dalam tulisan beliau di Qalam bilangan 31 bulan Februari 1953, Pendita Za'ba menolak sama sekali apa yang beliau namakan sebagai 'taklid buta':
"Demikian lagi pada pihak usul (akidah) dan tasawuf: Kita lihat Hasan al Basri, Abu Hassan al-Asyaari, Imam al Harmin, al Ghazali dan lain-lain, semuanya itu daripada orang yang bebas dan merdeka memakai fikiran dan timbangan mereka sendiri pada masing-masing cawangannya, di bawah suluhan ilmu dan akal mereka sendiri masing-masing.
Tiap-tiap seseorangnya itu bersendiri memahamkan dan menguji segala pegangan-pegangan agama yang diterima atau ditolaknya. Mana-mana masalah yang telah sedia diputuskan oleh orang lain dahulu daripadanya maka diperiksanya dan ditimbangkannya semula. Kalau munasabah pada pendapatnya sendiri maka diterimanya, kalau tidak maka ia sendiri ada jalan lain memahamkannya dengan fahaman yang lain pula.
Maka dengan demikianlah telah terjadi pada bahagian usul bermacam-macam mazhab dan pembawaan pula seperti mazhab Jabariah, mazhab Qadariah, mazhab Muktaz! ilah, ma zhab Ahli al Sunnah, Mazhab Kharajiah, Mazhab Zaidiah, Mazhab Amamiah, Mazhab Abadiyah dan lain-lain lagi. Dan pada bahagian tasawuf kita dapati berbagai-bagai cara tarekat seperti Qadariah, Naksyibandiah, Satariah, Samaniah, Muhammadiah, Ahmadiah dan lain-lain pula.
"Akan sebabnya terjadi sekalian itu, baik pada usul atau pada fikah atau pada tasawuf, ialah oleh kerana pendeta-pendeta agama kita pada masing-masing zamannya dahulu itu tidak hanya bertaklid kepada pendapat orang lain sahaja, melainkan masing-masing tahu mengambil fahaman bersendiri dan menerbitkan pendapat sendiri daripada punca-punca yang diberi di dalam Quran dan sunah itu" (Za'ba, 2009: 138)
Za'ba seterusnya menegaskan bahawa satu sekte atau mazhab tidak dapat memberi kepuasan kepada seseorang Muslim kerana sebagai umat Islam kita harus dilatih melihat keluasan, bukan kesempitan ruang:
"Maka hanyalah orang-orang kemudian yang kurang pengenalan sahaja telah menyempitkan kawasan ini dengan menghukumkan tidak boleh berpindah-pindah dari satu mazhab kepada lain mazhab jika tidak diketahui semuanya kaedah-kaedah tiap-tiap mazhab itu sebagaiamana ahli-ahlinya sendiri. Padahal kita dan kebanyakan orang alim kita pun, pengajian atau mazhab Shafi'i atau Hanafi sahaja joke tidak boleh terhabiskan seumur hidup. Sesungguhnya inilah pemandangan orang yang sempit hatinya, sempit fikirannya dan sempit kira-kira orang yang tiada harapan boleh maju dan bersendiri dalam hal ehwal pengajian agamanya" (Za'ba, 2009: 147).
Pendita Za'ba selaku tokoh yang disebut-sebut oleh Mohd Affandi Hassan (2008: 103) sebagai 'panduan lama' dalam hal menjadikan 'seni untuk ilmu sebagai asas penulisan kreatif' para sasterawan. Za'ba sebagai 'panduan lama' ini tidak terlepas dari tag yang bertujuan untuk memencilkannya. Za'ba dituduh sebagai 'berfaham muktazilah' dan karya-karyanya telah diharamkan di Perak dalam tahun 1930an (Mohd Asr! i Zainul Abidin, 2010: 290).
"Kira-kira pada pertengahan tahun 1930, maka kita dapati pula kitab Rahasia Ejaan Jawi yang diterbitkan oleh Malayan Publishing House, Singapura. Malangnya buku ini hanya tercetak baru separuh sahaja oleh kerana mendapat halangan dan tentangan dari Tuan O.T Dussek yang pada waktu itu menjadi Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Kira-kira pada waktu yang sama, maka terbitlah karya beliau yang berjudul Falsafah Takdir (Syaukat al Azali dalam Islam). Kitab ini terdiri dari kira-kira 300 halaman tetapi apabila baru sahaja sepertiga tercetak, maka Pejabat Agama Perak telah melarang penerbitannya, kononnya bertentangan dengan ajaran agama di Perak pada waktu itu. Pada tahun 1927, maka terbit pula sebuah lagi buah tangan beliau yang diberi nama Pendapatan Perbahasaan Ulama Berkenaan Dengan Kada dan Kadar yang terdiri kira-kira 60 halaman.
Buku ini dicetak di Pulau Pinang tetapi dilarang keras di Perak kerana beliau kononnya telah dianggap membuat satu pembaharuan dalam ajaran Islam dan beliau telah dicap sebagai seorang kafir. Ini ialah semata-mata kerana beliau telah memasukkan aliran Muktazilah yang bertentangan dengan ajaran Mufti di negeri Perak pada masa itu" (Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain, 2000: 12).
Sebagai mangsa pelarangan karya, Za'ba tidak mengalah malah seperti yang disebut lebih awal, beliau menekankan; "orang-orang kemudian yang kurang pengenalan sahaja telah menyempitkan kawasan ini dengan menghukumkan tidak boleh berpindah-pindah dari satu mazhab kepada lain mazhab."
Hari ini, Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa mengambil kira tag kafir dan Muktazilah terhadap Za'ba telah menghargai karya-karya beliau kembali dan menerbitkannya semula dengan pakej baharu. Mohd Asri Zainul Abidin (2010: 387) menyatakan "Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya" kembali.
Saya percaya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku bekas Mufti Perlis konsisten dalam bersikap, meskipu! n beliau ketika masih memimpin pihak berkuasa agama negeri Perlis telah mengirimi surat rasmi bertarikh 6hb. Februari 2008 kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya karya saya Ketupat Cinta dilarang dengan alasan "menggunakan pegangan dan fahaman Syiah mengenai sambutan Asyura" (Jimadie Shah Othman, 2008).
Diwan oleh Hafiz Shirazi adalah antara karya persuratan Syiah yang hebat
Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang cuba menegakkan thought supra mazhab atau heterosektual dalam persuratan ini. Seorang pengarang muda, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (2012) dalam tulisannya berjudul 'Sastera Ilmi Sebagai Pemangkin Budaya Intelektualisme Dalam Peradaban Ummah: Satu renungan Awal' menyebutkan contoh-contoh 'sastera Ilmi' yang boleh dijadikan pedoman. Antara lain beliau merujuk Masnawi karya Jalaluddin Rumi, al-Jahiz dengan Kitab al Bukhala, Manteq-a-Tayr dan Tadhkirat al-Awliya oleh Farid al-Din Attar, Shah-namah oleh Firdwasi, dan Diwan oleh Hafiz Shirazi.
Wan Ahmad Fayshal turut menyatakan di bawah sub topik 'Sejarah dan Contoh Sastera Ilmi' bahawa pedoman 'sastera falsafi' yang tidak harus dilupakan ialah Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, dan paling menarik apabila beliau menyebutkan; "selain karya Ibn Tufayl, Rasa'il Ikhwan al-Safa turut memuatkan kisah falsafah dan sufi di dalamnya" (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, 2012:218-219).
Saya tidak percaya Wan Ahmad Fayhsal hanya pandai melakukan name droppings, sebagai intelek muda yang bercita-cita memperjuangkan kebaikan dan kebijaksanaan untuk ummah, mustahil beliau tidak mengetahui 'Diwan oleh Hafiz Shirazi' itu adalah antara karya persuratan Syiah yang hebat. Bahkan saya sendiri tidak sampai berani merujuk Shah-namah oleh Firdwasi kerana tepunya unsur-unsur Zoroastrianism dalam karya tersebut (Azar Nafisi, 2004: x! ix). Sel ain itu beliau turut menyebut Rasa'il Ikhwan al-Safa yang merupakan karya besar intelektual Syiah dari sekte Ismailiyyah.
Harus diingatkan Ibu Taimiyyah yang menjadi rujukan golongan salaf hari ini menolak Rasa'il Ikhwan al-Safa kerana dianggap 'doktrin yang menjadi sandaran Syiah Ismailiyyah ini bertentangan sama sekali dengan Islam' (Michot YJ, 2008). Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau atas keberanian di luar duga ini.
Beza besar saya dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ialah beliau sekadar mampu menyaran dan memetik karya-karya tersebut sebagai 'contoh sastera ilmi' atau 'sastera falsafi' (saya percaya beliau menulis contoh-contoh tersebut dalam keadaan tidak jahil dan sedar).
Sedangkan saya sebagai pengarang kreatif dan sarjana sastera bandingan berusaha keras untuk mempraktikkannya. Saya tidak puas sekadar bercontoh-contoh sahaja, saya juga tidak peduli dihunjam atas nama kebenaran; saya lebih suka mengamalkan sekelumit ilmu yang ada tersebut dan menerapkannya dalam karya-karya saya; jika tidak aphorism hanya tinggal aphorism retorik dan tentulah itu bukan jati diri seorang rausyanfikir yang genuine.
Adalah lebih mendukacitakan, lagi menyedihkan, seorang pengarang beragama Hindu boleh memahami, menghayati dan menghadami idea-idea supra mazhab dan rumus heterosektual ini berbanding pengarang-pengarang beragama Islam. Uthaya Sankar SB (2012) dalam tulisannya menyebutkan: "saya mengambil peluang mengenali ahlul attract yang sangat menarik dan amat sayang jika diabaikan semata-mata kerana perbezaan mazhab/politik."
Impian saya ialah untuk mendobrak tembok feudalisme dalam persuratan, satu dunia persuratan yang disarati ilmu; di mana pelbagai mazhab saling memanfaat dan menggembleng thought tokoh-tokoh mereka. Sebuah dunia 'bijak-membijaksanakan' yang digambarkan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud (2006: xvii) sebagai 'pohon meranti yang tegap-teguh' iaitu sebagai cerminan kepada sikap Presiden Republik ! Islam Ir an Mohammad Khatami yang menghargai pemikiran sarjana berbeza mazhab lantas mengatakan, "saya masih ingat kata-kata pertama yang diucapkan oleh bekas Presiden Iran, Mohamad Khatami kepada Professor al-Attas apabila bekas presiden itu menjemputnya ke biliknya di Hotel Shangri La Kuala Lumpur pada petang sabtu 11 February 2006: Prof Al-Attas, kebijaksanaan anda telah memberi manfaat kepada kami di Iran". Saya meyakini sepenuhnya 'bijak-membijaksanakan' dan 'manfaat memanfaatkan' yang dimaksudkan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud ini tidak berlaku satu pihak tetapi merupakan lalu lintas ilmu yang saling bertemu demi berdepan gejala yang membengkokkan Islam yang lurus.
Saya berpendapat Wan Mohd Nor Wan Daud sebagai ilmuan yang berketokohan menyatakan hal di atas dengan ikhlas dan jujur meskipun dalam karya beliau yang berjudul Ayatullah Ruhullah Khomeini beberapa tahun sebelum, Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) telah memperkecilkan sumbangan ulama besar Syiah dari Iran, iaitu Imam Khomeini.
Perluasan tasawur dalam bidang pendidikan yang dicadangkan oleh Syed Naguib al-Attas (1980: 42), bahawa "educational complement throughout a Muslim world, must simulate not only a Sunni bargain of it, though additionally accomodate a Shi'i interpretation" kini boleh dikemukakan pula dalam bidang persuratan. Hal ini dapat diakui, seperti yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika melancarkan thirty judul karya asli terbitan Institut Terjemahan dan Buku di Seri Perdana pada 3 Julai 2012 adalah sesuatu yang mesti kerana pemanfaatan ilmu dari pelbagai tamadun Islam akan membolehkan perluasan tasawur: "Penulis tempatan perlu memperluaskan tasawur dengan menerokai dunia untuk menimba ilmu yang boleh dikongsi bersama rakyat selain mencatat kesusasteraan dan perbukuan di luar sana" (Magendran Rajagopal, 2012).
Faham heterosektual atau thought supra mazhab ini tentu sahaja akan menjadikan ummah 'meranti yang tegap-teguh', dan seperti yang telah terlihat pada tulis! an Uthay a Sankar SB (2012) ia dapat mencerahkan saudara-saudara kaum bukan Islam juga.
Adalah suatu petaka apabila Dr Burhanuddin al Helmy, Ustaz Yusoff Zaki, Syed Hussein al-Atas, dan Pendita Za'ba tidak berkesempatan untuk memantap, mengukuh, merumus dan menggagaskan idea-idea di atas secara rapi, teratur, berkesan dan boleh diaplikasikan dalam gerakan persuratan. Maka, mengambil kira pandangan dan thought murni tokoh-tokoh besar di atas, saya berasa terpanggil selaku seorang sarjana untuk menyahut seruan dan cabaran yang dikemukakan. Sudah tentulah saya melakukannya dengan harapan, masyarakat sastera kita semakin bersedia kerana idea-idea tersebut telah joke berjalan selama beberapa dekad.
Demi memandangkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga telah dengan berani membuka gelanggang, maka saya kira elok satu penggemblengan tenaga dan fikiran dilakukan segera untuk merumus, membentuk dan menggubah sejenis persuratan supra mazhab yang boleh dimanfaatkan oleh penganut Islam dan bukan Islam. Saya percaya beberapa jurus pemikiran jika digerakkan kepada satu kesatuan akan menghasilkan kesepakatan dan manfaat yang lumayan.
Tentu sahaja acuan baharu ini akan menjadi satu natijah yang bermanfaat untuk masyarakat dan ummah, moga-moga gagasan tajam ini tidak ditumpulkan secara paksa oleh segelintir (meminjam ungkapan Za'ba) 'orang yang sempit hatinya, sempit fikirannya dan sempit kira-kira'.
Rujukan
Yusoff Zaki Yacob. 1986. 'Masalah Pengasingan Sasterawan Melayu Dari Intelektualisme Islam'. Dlm. Ismail Hussein & Hamzah Hamdani (penyt.). Sastera dan Agama. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Abdullah Taib. 1985. Asas-Asas Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Uthaya Sankar SB. 2012. 'Perempuan Nan Bercinta'. The Malaysian Insider. 25 Jun. http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/pe! rempuan- nan-bercinta/
Jimadie Shah Othman. 2008. 'Dr Asri Tuduh Faisal Berbohong'. Malaysiakini. 2 Jun. http://www.malaysiakini.com/news/83792
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. 2012. 'Sastera Ilmi Sebagai Pemangkin Budaya Intelektualisme Dalam Peradaban Ummah: Satu renungan Awal'. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad et.al (pnyt.). Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran. Persatuan Penulis Nasional Malaysia: Kuala Lumpur.
Azar Nafisi. 2004. 'Foreword'. Dlm. Abolqasem Ferdowsi. Shahnameh : The Persian Book of Kings. Terj. Davis D. Penguin Books: New York.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2006. 'Prakata'. Dlm. Khalif Muammar. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal. Akademi Kajian Ketamadunan: Sungai Ramal Dalam.
Michot YJ. 2008. 'Misled as well as Misleading Yet Central in Their Influence: Ibn Taymiyya's Views upon a Ikhwan al-Safa'. Dlm. El-Bizri N (ed.). The Ikhwan al-Safa as well as their Rasa'il. Oxford University Press in Association & The Institute of Ismaili Studies: New York. 139179.
Burhanuddin al-Helmi. 2005. Simposium Tasauf dan Tarikat Edisi Rumi. Pustaka Muda: Ipoh.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2010. Islamic Education in Malaysia. RSIS Monograph No 18. S. Rajaratnam School of International Studies: Singapore.
Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas. 1979. 'Preliminary Thoughts upon a Nature of Knowledge as well as a Definition as well as Aims of Education'. Dlm. Syed Muhammad al-Naquib Al-Attas. (ed). Aims as well as Objectives of Islamic Education. Hodder as well as Stoughton for King Abdul Aziz University. Jeddah.
Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas. 1980. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Muslim Youth Movement of Malaysia ABIM: Kuala Lumpur.
Syed Hussein al-Atas. 1979. Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Pustaka Nasional Pte Ltd: Sin! gapura.< /p>
Magendran Rajagopal. 2012. 'Perluas Tasawur: PM'. Berita Harian. 4 Julai. Hlm: 2.
Mohd Asri Zainul Abidin. 2010. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala lumpur.
Za'ba. 2009. Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain. 2000. Pendeta Za'ba Dalam Kenangan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Mohd Affandi Hassan. 2008. 'Gagasan Persuratan Baru dan Cabaran Intelektual'. Dlm. Mohd Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd Tahir, Mohd Zariat Rani. Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan. Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Mutiara Taman Adabi: Kumpulan Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat. Dian Darulnaim: Kota Bharu.
Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
No comments:
Post a Comment