CILI KASI TARUK! SYED MOKHTAR AL-BUKHARI JADI MANGSA RASIS DAP!


Diakui atau sebaliknya, sebahagian daripada pembangunan di Kedah disumbangkan oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari. Dan mungkin kerana itulah, Syed Mokhtar menjadi musuh utama DAP terutama selepas dia menjadi salah seorang daripada 10 orang terkaya di Malaysia dan merupakan satu-satunya Melayu yang berjaya mencapai ke tahap itu.
Sedikit latar belakang Syed Mokhtar Al-Bukhari yang masih menggunakan kereta PROTON PERDANA V6 sebagai kereta rasminya dan seringkali cuba digambarkan secara negatif oleh Pakatan Rakyat.
Berasal dari Alor Star, Syed Mokhtar memulakan perniagaannya sebagai pengusaha daging pada tahun 1970. Bagi mereka yang mengenalinya, Syed Mokhtar cukup dihormati kerana sikapnya yang merendah diri. Syed Mokhtar beralih ke bidang pengangkutan yang membawa tuah kepadanya. Namanya mula menjadi sebutan pada awal 1990-an di Johor sewaktu Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar negeri berkenaan.
Sebabnya, Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Johor terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat.
Namanya kembali disebut apabila wujud persaingan sengit mengambilalih syarikat pengeluar kereta nasional, Proton. Dan dari situlah bermulanya pelbagai cerita-cerita negatif tentang Putera Kedah yang telah menapak dari bawah menuju ke puncak.
DAP dari awal-awal lagi telah melakukan serangan terhadap Syed Mokhtar Al-Bukhari. Syed Mokhtar adalah lambang kejayaan Bumiputera yang perlu disekat dari awal lagi.
Maka, muncullah kempen membenci KRONI UMNO atau UMNOPUTRA. Syed Mokhtar Al-Bukhari digambarkan sebagai penerima segala projek kerajaan kerana dia adalah seorang UMNOPUTRA. Kejayaannya adalah diseba! bkan ban tuan daripada projek-projek kerajaan. Syed Mokhtar juga dipotretkan sebagai kebenaran, kekayaan besar diraih hanya sebilangan KRONI UMNO.
Benarkah tohmahan berkenaan?
Dari Top Terkaya Di Malaysia sehinggalah kepada Orang Ketujuh, nama Syed Mokhtar Al-Bukhari hanya berkedudukan pada nombor lapan. Dari nombor satu sehingga ke nombor tujuh, tidak ada nama Melayu atau Bumiputera. Bahkan dari nombor satu sehingga ke nombor tujuh, kebanyakan daripada mereka juga terlibat dengan projek-projek kerajaan walaupun mereka bukanlah orang UMNO mahupun penyokong Barisan Nasional. Bahkan difahamkan juga, mereka tidak pernah pergi mengundi pun, walaupun mereka membekalkan dana yang sangat banyak kepada parti-parti politik yang bertanding... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

No comments: