CILI KASI TARUK! APA KATA PAS BILA 'KHALIFAH RAINBOW' MEREKA KANTOI MENIPU?

ISU penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang atau Penang Port mula hangat apabila pelabuhan di bawah Kementerian Kewangan itu dikatakan bakal diswastakan dan akan diambil alih oleh Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Dan sebagaimana maklum, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sememangnya tidak senang duduk melihat perniagaan anak Melayu berkembang lebih maju sudah tentu akan mencari jalan untuk mengagalkan penswastaan tersebut.

Lagipun, rakyat di Pulau Pinang sememangnya sudah arif dengan sikap semulajadi Khalifah Guan Eng yang sememangnya tebal dengan sifat chauvinis ultra kiasu yang hanya memberikan sokongan kepada kaumnya yang menyokong perjuangan DAP.

Justeru itu, dikhabarkan bahawa Guan Eng telah menyusun satu tipu muslihat untuk menggagalkan rancangan penswastaan tersebut.

Apatah lagi dikatakan bahawa sekiranya Syed Mokhtar mengambil alih Penang Port, dijangka hasil aktiviti haram yang dikhabarkan sedang rancak berlaku di perlabuhan itu akan tergendala dan Guan Eng akan kehilangan punca dana politik DAP menjelang PRU ke-13 nanti.

Maka dengan wajah yakin, Guan Eng memanggil para media menghadiri sidang akhbarnya dan menyatakan bahawa bahawa dia dan para pemegang saham Penang Port telah bermesyuarat dan memutuskan untuk menolak pengambil alihan Penang Port oleh Syed Mokhtar.

Dia juga menjelaskan bahawa mesyuarat itu memutuskan lima resolusi membantah penswastaan yang akan diserahkan kepada Syed Mokhtar atas alasan bahawa ahli perniagaan berprofil tinggi itu bukan anak Pulau Pinang.

Read more...

No comments: