Peti undi di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
HAK memilih pemimpin dan kerajaan ialah hak asasi setiap rakyat.Tiada siapa boleh memaksa dan mengugut sama ada melalui kekerasan fizikal atau kekerasan mental, emosional atau dengan menggunakan agama.Terpulanglah dia nak pangkah lambang yang mana, walau yang berlogo Doraemon atau selipar Jepun, asalkan parti atau calon itu telah berdaftar secara sah.
Sepertimana memilih kekasih, sememangnya kita tahu dia tidak sempurna. Memang kita tahu benar cacat celanya di mana, tapi kita pilih dia juga kerana ada sesetengah keperibadian dirinya yang kita suka. Pada yang lain, walau wajahnya bercahaya bak bulan purnama, walau kata-kata yang keluar dari mulutnya indah bak puisi, namun mungkin ada sikap dan sifat mereka yang kita tidak suka.
Jadi, ada yang akan pilih Barisan Nasional (BN) dan ada yang akan pilih Pakatan Rakyat (PR).
Ditelan mati emak, diluah mati bapa
Ada kalanya memilih pemimpin dan kerajaan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Bagi yang memilih PR, mungkin kerana dia marah dan bosan dengan rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang berleluasa, keangkuhan dan kebodohan sesetengah pemimpin BN,termasuklah yang suka meremehkan perempuan dan mengeluarkan komen-komen yang memualkan di Parlimen dan di media.
Ada juga yang memilih BN.Mungkin ramai yang memilih ialah kerana sepertimana dia beragama mengikut agama ibubapanya, begitulah juga sejak lahir, dia telah hidup dan membesar menurut pegangan parti politik ibubapanya.Sebenarnya anak-anak penyokong PAS dan DAP mungkin begitu juga. Parti politik telah menjadi sebahagian dari budaya hidupnya.
Anwar
Namun, ramai juga yang memilih BN dengan mata terbuka, bukan secara membabi buta. Mungkin mereka tahu benar s! egala ke burukan BN itu.Akan tetapi pada yang sama mungkin mereka lebih tidak suka pada sesetengah keburukan yang ada pada PR secara umumnya atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP secara khususnya. Mungkin mereka tidak yakin dan tidak suka dengan 'track record', sikap atau tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau beberapa pemimpinPR yang lain.Mungkin juga kerana mereka tetap tidak bersetuju dengan ideologi dasar parti PAS, contohnya.
Hudud dan demokrasi
Dalam banyak jenis penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan kuasa dalam hal agama lebih menakutkan.Amat menakutkan kerana orang-orang yang membuat tindakan atau kekerasan dalam hal agama itu melakukannya atas nama yang Tertinggi, iaitu Tuhan.
Aduhai, betapa angkuhnya sikap sedemikian. Mendapat mandat rakyat dan dilantik oleh rakyat biasa joke belum tentu lagi, berani pula menganggap diri telah mendapat mandat dari Tuhan dan telah dilantik menjadi wakil Tuhan di muka bumi.
Pada September 2011, mungkin untuk pertama kalinya, Anwar menyatakan sokongan terbukanya terhadap pelaksanaan hudud. Sokongannya berdasarkan alasan bahawa jika itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat, maka beliau setuju laksanakan kerana menurutnya itulah demokrasi.
Namun, bukankah harus dibezakan juga antara demokrasi dan tirani kuasa majoriti? Apakah atas nama demokrasi, maka golongan majoriti boleh berbuat sesuka hatinya? Apakakah hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara kemudian menjadi tidak bererti lagi?
Tambahan pula, bagi orang bukan Islam,jika ada anak remaja nakal jiran beragama Islamnya yang berumur fourteen tahun misalnya dipotong tangan kerana 'shoplifting' di supermarket dan teman perempuan sepejabatanya disebat kerana telah berdua-duaan di pondok bas, apakah dia harus menutup mata saja, membuang jauh perasaan empati, dan menanam sikap bahawa yang penting dirinya tidak kena? Bukankah itu memecah-belahkan rakyat Malaysia, namanya?
!Oleh kerana lebih 50 peratus rakyat Malaysia beragama Islam, maka tentunya apa-apa tindakan yang dilakukan oleh masyarakat dan penguasa Islam memberi kesan pada masyarakat bukan Islam.Masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup bercampur dan tinggal bersama di dalam satu pekan atau di satu kawasan perumahan, menjadi jiran tetangga antara satu sama lain.
Jadi tidak mungkin apa yang berlaku pada orang-orang Islam tidak akan memberi kesan pada orang-orang bukan Islam.
Oleh kerana itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila bukan sahaja PAS, malah Anwar juga mengatakan bahawa orang-orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana jika PAS melaksanakan hudud nanti, hak orang-orang bukan Islam tidak akan dilanggar walau sedikit pun.
Hakikatnya juga, jangankan pelaksanaan hudud yang mana kuasanya lebih luas dan hukumannya jauh lebih berat, malah dengan sistem Shariah di bawah kerajaan BN sekarang ini joke telah timbul banyak masalah dalam menangani kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam.
Lihat saja kes-kes 'perampasan mayat' seperti kes M Moorthy, kes-kes perceraian dan perebutan anak apabila suami isteri yang asalnya bukan Islam kemudian salah seorang pasangannya memeluk Islam seperti kes Shamala Sathiyaseelan. Juga kes-kes permohonan untuk keluar Islam termasuk oleh orang-orang yang dulunya masuk Islam hanya untuk berkahwin.
Apabila penguasa agama mengharamkan konsert, buku, perayaan dan keraian dan malah sesetengah persembahan budaya tradisional, bukankah orang-orang bukan Islam juga turut tidak dapat melihat konsert, membaca buku atau menghadiri perayaan atau persembahan kebudayaan tersebut?
Yang pasti, PAS telah menyatak! an denga n jelas bahawa orang bukan Islam tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Apakah dasar itu tidak melanggar hak orang bukan Islam yang sekitar 40 peratus di Malaysia ini?
Hadi Awang
Mengambil contoh dari organisasi Islam Indonesia
Di Indonesia, kedua-dua organisasi Islam terbesarnya iaiatu Nahdhlatul Ulama (NU) dan Muhamadiyyah tidak mendukung pelaksanaan hudud dan pembentukan 'Negara Islam'. Mereka berpendirian ia tidak sesuai untuk masyarakat Indonesia yang terdiri dari pelbagai etnik, kebudayaan dan agama. Ia juga bertentangan dengan Pancasila yang telah lama dipersetujui dan dihayati oleh warga Indonesia.
Pastinya kedua-dua organisasi Islam itu juga tidak senang dengan kepincangan pemerintahan negara terutamanya dalam isu rasuah berleluasa. Namun, mereka tidak 'endorse' atau berkempen untuk mendukung atau menolak mana-mana parti politik. Malahan, walau NU mempunyai parti politiknya sediri iaitu Partai Kebangsaan Bangsa (PKB), namun pengikut-pengikut NU tidak dipaksa untuk mendukung parti itu dan lembaga NU berlapang dada untuk ahli-ahlinya menyokong parti mana yang mereka mahu.
Organisasi-organisasi Islam itu jelas sangat menghormati hak setiap rakyat untuk memilih parti politik dan calon pilihannya.
Kedaulatan Rakyat
Rakyat berhak untuk memilih parti dan calon yang disokongnya. Itu hak asas yang tidak boleh dirampas. Baik yang menyokong PR mahupun yang menyokong BN, kedua-duanya pasti telah membuat pilihan atas pertimbangan masing-masing.
Teman akrab saya yang sangat dikasihi, Allahyarhamah Zaiton Kasim, seorang aktivis hak asasi manusia serta aktivis wanita yang gigih pernah berkata pada seorang pemimpin yang mendukung hudud dan yang turut bersama dengannya memperjuangkan reformasi, "Kamu termasuk di dalam Malaysia yang saya perjuangkan, sedangkan Malaysia yang kamu perjuangkan mungkin akan membuang saya."
Allahyarhamah Zaiton Kasim (gambar oleh Ezrena Marwan)
Parti dan pemimpin politik boleh berubah dan kadangkala tidak konsisten dalam perjuangan. Namun sebagai rakyat, yang harus kita perjuangkan dengan jelas ialah nilai-nilai yang baik seperti keadilan, kebebasan kesetaraan dan kedaulatan hak-hak asasi manusia.
Norhayati Kaprawiadalah seorang aktivis wanita dan juga pembuat filem.
UMNO Terus Kukuh Selama 66 Tahun Kerana Prinsip Perjuangan Membela Rakyat
Menurut Yang diPertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Negeri Perak, Datuk Shahrudin Abd Jaabar, sejak UMNO dipimpin oleh kepimpinan yang pertama iaitu Allahyarham Datuk Onn sehinggalah kini di bawah pucuk pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO telah berjaya memerdeka dan membangunkan negara ini menjadi sebuah negara yang maju dan terkenal. "Pucuk pimpina! n telah berjaya mewujudkan satu perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk. Kita mampu hidup berbilang kaum dengan rukun dan damai. Sekiranya di negara luar masih terdapat perbezaan warna kulit, namun di negara ini, semuanya sama. Lagi umno-online.com Video Rating: 3 / 5More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
No comments:
Post a Comment