PANAS BERAPI! MARI LIHAT MB SELANGOR YANG GAGAP TAPI BERLIDAH BIAWAK!

Khalid Ibrahim seperti biasa, apabila membabitkan salah laku dan buruk laku Faekah Husin, akan cepat-cepat mengeluarkan penafian. Apabila pendedahan dibuat berhubung perangai Faekah yang memberikan sokongan kepada syarikat guaman anak saudaranya untuk mendapat projek, Khalid merupakan orang pertama selepas Faekah sendiri yang membuat penafian.

Kata Khalid, Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong.

Namun Khalid Ibrahim seperti orang tua nyanyuk yang terlupa akan kata-katanya sendiri.

Pada twenty-eight Julai 2010 jam, 4:47 petang, Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan yang kedengaran sangat mulus:

ELAK KELUAR SURAT SOKONGAN BERUNSUR PERNIAGAAN (SUMBER)

Dalam kenyataannya, Khalid Ibrahim menyatakan surat sokongan hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan kebajikan sahaja. Jadi, secara tidak langsung, pembelaan Khalid Ibrahim ke atas Faekah Husin dalam kes ini, tentulah mempunyai kaitan dengan kebajikan. Faekah Husin cuba membuat kebajikan terhadap syarikat guaman anak saudaranya. Justeru pada pandangan Khalid Ibrahim, Faekah tidak menyalahgunakan kuasanya dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beberapa kes sebelum ini melibatkan Exco, pembantu Exco, bahkan ADUN yang kononnya menyalahgunakan kepala surat rasmi telah didedahkan, sehingga menyebabkan wujudnya kekecohan, terutama yang membabitkan pembantu Ronnie Liu yang berlakon tercedera dan patah kaki dengan kaki seluar panjang di dalam balutan simen!

Faekah bukannya satu-satunya orang besar Pakatan Rakyat Selangor yang melakukan ! kesalaha n salahguna kuasa sebaliknya sekadar sebahagian daripada pasukan penyalahguna kuasa di Selangor.

Anehnya, golongan ini jugalah yang berkokok deras tentang penyelewengan orang lain, walaupun hakikatnya merekalah yang melakukan kesalahan berkenaan.

Sudah semakin jelas, Pakatan Rakyat Selangor terutama sekali Faekah Husin yang sentiasa gatal mulut hendak membasuh orang, perlu membasuh punggung sendiri terlebih dahulu. Berbanding kerajaan terdahulu yang sentiasa menjadi umpat keji Pakatan Rakyat, khususnya Faekah Husin, ternyata, walau hanya memegang kekuasaan selama hampir empat tahun sahaja, sudah terlalu banyak penyelewengan dan skandal yang berlaku di Selangor!

Sumber: Sel13.com

No comments: