ISU PANAS! SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA DI PUSAT ASUHAN ATAU TADIKA YANG KITA HANTAR?

Ini ada satu kisah menarik yang telah aku ambil dari blog Zamzarina pasal kecedaraan dan kematian kanak-kanak di pusat asuhan atau tadika. Benda ni harus menjadi iktibar untuk kita semua mak bapak. Kita kena tahu dengan siapa kita hantar dan adakah mereka terlatih untuk hadapi keadaan kecemasan?

Selepas membaca berita mengenai kematian cucu AU seperti yang dilaporkan Bernama, ZZ teringat ada menemubual Datin Seri Rosmah Mansor tahun lepas.

Pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak perlu memahirkan diri dengan aspek bantuan kecemasan agar mampu menjaga keselamatan golongan yang dijaga dan mengelak berlakunya kecelakaan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah bantuan pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) kerana ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

"Baru-baru ini saya terbaca di akhbar mengenai kejadian kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik susu. Kita tidak mahu ia berlaku lagi," katanya ketika ditemubual dalam module Apa Kata Wanita terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri hari ini.

Katanya, selain pengasuh di pusat jagaan, ibu bapa dan guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran berkenaan untuk keselamatan orang di sekeliling mereka.

Sementara itu beliau berkata, kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana peringkat umur tersebut penting dalam membentuk minda anak-anak.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana kita bukan sahaja mahu menumpukan kepada pembangunan negara malah kepada pembangunan modal insan.

Menurut Rosmah, ibu bapa perlu memberi perhatian yang sewa! jarnya k epada anak-anak supaya nasib mereka tidak terabai.

"Terdapat kes di luar negara di mana kanak-kanak mengalami tekanan perasaan dan membunuh diri kerana ibu bapa terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa kepada anak-anak. Kita perlu pandang serius isu ini kerana tidak mahu ia berlaku di negara ini," katanya.

Read more...

No comments: