CILI KASI TARUK! APA KENA DENGAN BEKAS TENTERA SORANG NI?

My name is Ali.. Ali Boxing. To ladies... I'll punch
you slowly and gently..
Sejak akhir-akhir ini, laman Facebook Presiden Prebet Ali Tinju tidak henti-henti menyiarkan kenyataan-kenyataan pedas mengkritik Menteri Pertahanan dengan pelbagai gaya bahasa dan cemuhan. Walhal sebelum ini, Presiden Prebet Ali Tinju rajin melaung-laungkan perjuangan persatuan, pembelaan kepada bekas tentera, kebajikan bekas tentera dan tuntutan-tuntutan yang tidak masuk dek akal.

Prebet Ali Tinju dan proksinya iaitu Malaysiakini


Sebelum ini menyatakan dana bantuan MESTI diserahkan kepada Presiden persatuan. Ok..I'll give we RM100k to Ali Tinju. Ahli PVTM lain boleh lihat sahaja ok

Kini jelas bahawa Presiden Prebet Ali Tinju dengan tidak sedar menunjukkan kepada masyarakat bahawa perjuangannya bukanlah untuk membela bekas tentera yang tidak berpencen kerana serangan-serangan keatas Menteri Pertahanan dilihat bersifat peribadi dan 'permusuhan lama' yang kini membara semula. Selain itu,

Presiden Prebet Ali Tinju dilihat amat terdesak kerana TERPAKSA menggunakan saluran Malaysiakini yang jelas telah memutar-belit fakta mengenai situasi sebenar tuntutan-tuntutan PVTM. Laman web tunggangan pembangkang itu tidak menyiarkan cerita penuh mengenai tuntutan pembelaan kepada bekas tentera tidak berpencen teta! pi hanya mengambil cerita SMS Datin Seri Hamidah (isteri Menteri Pertahanan) sahaja.

Itu bukan perkara pokok kerana perjuangan kebajikan bekas tentera harus dilihat secara menyeluruh dengan menggunakan pedekatan yang lebih rasional dan bukannya dengan melakukan tohmahan berunsur peribadi yang tidak akan memberi apa-apa makna kepada bekas tentera.

Pembaca-pembaca setia. Golongan bekas tentera yang tidak berpencen ini adalah anggota (Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat) adalah tergolong daripada mereka-mereka yang menamatkan perkhidmatan awal (secara sukarela)/tidak menyambung/kurang dari twenty-one tahun berkhidmat dan DIBERHENTIKAN dari perkhidmatan kerana masalah disiplin. (Yang ni cuba tanya mengapa Presiden Prebet Ali Tinju berkhidmat tidak sampai 8 tahun...Sila baca artikel-artikel Askar Setia sebelum ini)

Kementerian Pertahanan dan JHEV tidak tidur kerana terlalu banyak kemudahan, faedah dan bantuan yang diberikan kepada golongan berhenti awal ini. Kemudahan dan faedah ini amat besar dan jelas lebih baik dari pesara-pasara pasukan keselamatan yang lain.

Read more...

HOUSE PK: Siapa dianya Ali Tinju ni? Apa dia dok bising sangat ni? Wahai saudara, janganlah mengkufuri nikmat!

No comments: