Dari zaman ke zaman, terdapat segelintir manusia yang sebenarnya sangat dangkal tentang agama yang mereka anuti tetapi dek kerana kepetahan dan kefasihan mereka bertutur, maka mereka joke diangkat sebagai pengajar, penceramah, bahkan mursyid biarpun gelaran-gelaran berkenaan langsung tidak bertepatan dengan apa yang terdapat pada diri mereka sendiri.
Itulah yang berlaku kepada Ketua AMK Sik yang berceramah di Padang Awam Taman Cempaka, Selama Kedah pada twenty-three Mei lalu apabila dia cuba berijtihad kononnya, amalan solat dan mengerjakan segala titah perintah Allah Taala yang lain, tidak menjamin masuk syurga. Sebaliknya jalan pintas untuk ke syurga adalah MATI SYAHID. Dan untuk menyedapkan ceritanya dia joke memetik kata-kata yang kononnya bersanadkan kepada Ibrahim Libya, salah seorang pengikut PAS tegar yang sangat meyakini bahawa Kerajaan UMNO-BN pada waktu itu adalah kafir dan akhirnya dia terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis di Memali, Baling.
Kebanyakan pengikut PAS sehingga ke hari ini meyakini Ibrahim Libya dan kawan-kawannya mati syahid kerana mempertahankan diri. Dan pasukan polis yang datang ke Kampung Memali adalah tentera-tentera kufar yang harus ditentang termasuklah dibunuh.
Pengakhiran daripada cerita tersebut, wujudlah Tabung Memali yang akhirnya digelapkan oleh pimpinan PAS manakala anak-anak, balu serta ahli keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi tersebut, terkontang-kanting walaupun mereka telah dijaja bagi mendapatkan derma yang jumlahnya berjuta-juta ringgit.
Tiada sebarang bantuan dihulurkan kepada mereka yang dijaja-jaja oleh PAS selama ini untuk tabung berkenaan.
Ketua AMK Sik yang berfikiran dangkal dan jelas jahil tentang agama yang dianutinya itu bernama Habib Ahmad Muhaiyudin garbage bin Habib Danial.
Yang dikatakan dangkal ialah, amalan tidak membawa ke syurga. Bahkan jihad! dan mat i syahid yang difahaminya juga tidak boleh menjamin syurga. Sebaliknya yang menjamin syurga adalah RAHMAT ALLAH TAALA. Dan untuk mendapatkan rahmat Allah Taala, tidak hanya melakukan amalan soleh, bahkan hidup dan mati adalah kerana-Nya. Setiap destinasi adalah kerana kasihkan Allah Taala, kasihkan Rasul-Nya.
Ketua AMK Sik itu jelas tidak faham antara kewajipan hamba menjalankan perintah Khaliq tanpa mengharapkan balasan syurga dengan 'bonus' kerana kepatuhan dan ketaqaruban hamba tersebut.
Begitulah jadinya apabila seseorang yang tidak faham agama, cuba menunjuk pandai sepertimana seekor keldai yang berlagak sebagai orang yang faham agama, kemudian memberitahu kepada pihak awam tentang JALAN PINTAS KE SYURGA iaitu dengan mati syahid.
Maka timbullah persoalan, apakah tujuan sebenar Ketua AMK Sik itu memperdengarkan kisah JALAN PINTAS KE SYURGA dengan menyebut nama Ibrahim Libya dan MATI SYAHID? Adakah dia yang lebih dikenali sebagai Angah Habib cuba mengajar penduduk Selama Kedah agar bangkit memberontak menentang kerajaan dan jikalau mati terbunuh, maka mereka akan mati syahid lantas akan masuk syurga?
Adakah itu pegangan serta fahaman JIHAD yang ada dalam otak Angah Habib?
Adakah kerana itu juga, intipati ceramahnya kepada penduduk Selama ialah tentang RAKYAT YANG TIDAK TAKUTKAN UGUTAN walaupun dia sebenarnya yang mengugut penduduk Selama yang mereka tidak akan masuk syurga kerana tidak mati syahid?
Satu persoalan yang sangat wajar, adakah MENTERI BESAR KEDAH tidak akan mendapat jaminan masuk syurga sekiranya DIA TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA ketika SEDANG BERUSAHA memastikan rakyat Kedah mendapat kerja, menarik pelaburan ke Kedah untuk meningkatkan sosio ekonomi, bekerjasama rapat dengan pihak polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan rakyat Kedah hidup dengan aman sejahtera, merapatkan ukhwah umat tanpa mengindahkan fahaman politik dan memastikan umat Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu di Kedah?
Adakah Azizan Abdul Razak akan dikira sebagai sebagai SYAHID! atau ma ti biasa-biasa sahaja tanpa jaminan akan masuk syurga walaupun telah berusaha menunaikan tanggungjawab sepenuhnya?
Namun persoalan besar yang perlu dijawab oleh Angah Habib dan manusia sepertinya ialah, HAK SIAPAKAH YANG MENENTUKAN LABEL SYAHID ATAU SEBALIKNYA?
Sumber: Kedahan69ers.comSent from my iPhone
No comments:
Post a Comment