FUYOH! ADA JUGAK ORANG JUAL NAMA RAJA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI EK?



Kerajaan negeri menggesa agar mangsa sindiket penipuan menjual lencana kereta dengan lambang negeri Perak serta keahlian Ahli Diraja tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata, laporan itu diperlukan pihak polis untuk menangkap individu yang terlibat dalam sindiket penipuan yang menawarkan watikah keahlian palsu kepada orang awam.

Kerajaan negeri menasihatkan orang awam yang telah terpedaya atau didampingi oleh mana-mana pihak yang menawarkan keahlian tersebut tampil membuat laporan kepada pihak polis, jelasnya.

Beliau berkata, di bawah Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966, secara jelas menggariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, top mohor rasmi sultan, top mohor kerajaan negeri, jata kerajaan dan darjah-darjah kebesaran, lambang-lambang, pingat-pingat serta lencana yang diperkenankan sultan adalah tidak dibenarkan kecuali diberi kebenaran secara bertulis.

Saya ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa negeri tidak pernah memberi sebarang kebenaran bertulis kepada mana-mana individu untuk mengeluarkan sijil keahlian Ahli Diraja, katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, sebentar tadi.

Read more...

No comments: