Entah dimana silapnya Anwar Ibrahim ataupun pihak peguam yang mewakili beliau tidak langsung kelihatan di Mahkamah Jalan Duta hari ini bagi menfailkan saman keatas Dato Eskay. Sms yang dihantara sebelum ini yang menyatakan "Anwar Ibrahim akan menfailkan saman keatas Dato Eskay" tidak berlaku dan ianya amat mengecewakan bukan sahaja para wartawan yang menunggu sejak awal pagi malah rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan video seks Anwar juga hampa dan kecewa.
Apa yang cuba dimainkan oleh Anwar Ibrahim ini? Jika benar hendak menyaman Dato Eskay mengapa menangguhkannya? Apakah masa untuk menyaman Eskay belum sesuai kerana Najib Razak Perdana Menteri belum mengumumkan tarikh bubar parlimen?
Jika bukan Anwar Ibrahim pelaku dalam video seks China Doll mengapa tidak saman Eskay? mengapa perlu menunggu satu tempoh waktu yang panjang? Apakah saman keatas Eskay hanya akan dilakukan apabila menjelang pilihanraya bagi memberikan satu lagi sandiwara politik dalam menipu rakyat Malaysia?
Rakyat Malaysia akan melihat apa yang berlaku hari ini dimana Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyatakan akan menfailkan saman keatas Eskay berhubung video Seks tidak dilakukan beliau. Satu pembohongan ataupun satu sandiwara dalam terus terusan Anwar Ibrahim dan PKR memperbodohkan rakyat Malaysia.
Sumber: Papa Gomo the Dajjal Slayer!
No comments:
Post a Comment