Ok tadi bila aku tengok Stadium Bukit Jaliil dilimpahi dengan Gelombang Merah yang begitu banyak, aku cukup bersemangat beb. Gila wei, ratusan ribu yang hadir mengalahkan RUSUHAN twenty-eight MEI la!
Aku cukup teruja, aku nampak malam ini bahawa UMNO memang parti keramat yang masih relevan dan disukai ramai. Orang yakin dengan perjuangan UMNO bukan macam parti lain, tak abis-abis nak jaga bontot bos mereka hingga mereka lupa tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
Tahniah UMNO, walau dah 66 tahun tapi masih energy dan gah lagi. Malam ini juga aku dapat rasa balik kekuatan UMNO yang dah hilang tak berapa lama dulu. Argghh, malas aku nak sebut pasal tu lagi. Aku nak tengok ke hadapan, apa yang pasti Najib memang energy dan ianya terbukti malam ni.
Kena akui, UMNO sedang sakit bila najib terima, tapi dengan berkat kesabaran dan ketabahan anak Tun Razak ni maka dia dapat atasi segala rintangan. Anda memang hebat wahai Dato Seri Najib. Aku tahu betapa sukarnya anda kena perbetulkan kesilapan lalu yang dibuat orang lain.
Namun Allah sentiasa bersama dengan orang yang tabah, walau pelbagai tohmahan dan dugaan yang anda hadapi, semuanya anda dapat atasi dan malam ini anda sudah dapat melihat hasilnya sendiri. Tahniah sekali lagi Dato Seri Najib!
Aku tak pernah tengok sebegini ramai orang UMNO dalam majlis wei, walau orang kata apa sekalipun yang pasti semangat ahli UMNO malam ni memang memuncak! Aku percaya Anwar dan rakan-rakan dia dari pakatan haram sudah goyang malam ni.
Tahniah UMNO! Semoga Allah berkati UMNO selamanya!
HIDUP UMNO!
No comments:
Post a Comment