CILI KASI TARUK! MAT SABU MENGAMUK SEBAB RUMAH URUT BAKAL DITUTUP?

PENGUMUMAN yang dibuat oleh Jawatankuasa Bershit yang menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan menganjurkan himpunan Bershit 4.0 dijangka telah memberikan satu tamparan hebat kepada PAS, khususnya kepada Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Jawatankuasa berkenaan melalui Pengerusi Bersamanya, A Samad Said menjelaskan bahawa himpunan Bershit 4.0 tiada di dalam kalender perancangan mereka dan hanya mahukan dua perkara dilaksana pada pilihanraya umum (PRU) nanti.

Dua perkara tersebut ialah memastikan rakyat yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dan sama-sama memantau sekiranya terdapat sebarang bentuk penipuan ketika mengundi. Itu saja?

Beberapa hari sebelum Jawatankuasa Bershit mengeluarkan kenyataan tersebut, Nik Aziz dan Mat Sabu mendabik dada memberitahu bahawa mereka akan menganjurkan himpunan Bershit 4.0 dengan mensasarkan penyertaan seramai sejuta orang.

Apa cerita sekarang Mat Sabu? Beriya-iya benar mahu menganjurkan Bershit 4.0 sehingga terlebih sudu dari kuah?

Read more...

No comments: