Beberapa orang rakan dari MPK memaklumkan bahawa lawatan Ronnie Liu ke Xiamen, China pada 24 April lalu adalah untuk melihat lori compacter sampah yang akan dibeli bagi kegunaan MPK dan beberapa PBT lain di Selangor.
Mereka mendakwa pembelian tersebut dibuat menerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri melalui salah satu anak syarikat sampah mereka iaitu HEBAT ABADI.
Adalah difahamkan sebanyak 50 buah lori akan dibeli dari China secara Completely Knocked Down (CKD) dengan anggaran kos RM10 juta. Pembelian tersebut diselaraskan oleh KDEB dengan bantuan Acmar Holdings Sdn. Bhd. (diterajui oleh Dato Stephen Tee) yang berpangkalan di Bandar Baru Kelang.
Read more...
No comments:
Post a Comment