Akademi Undang-undang sabotaj demokrasi

Harakahdaily, 16 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Cadangan Kerajaan menghidupkan kembali Malaysian Academy of Law Bill sebagai organisasi baru selain Majlis Peguam untuk mewakili golongan itu dilihat cubaan mensabotaj demokrasi.

Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), beliau melihat cadangan itu tidak ubah seperti penubuhan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) oleh pusat, di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 lalu.

Menurut Dzulkefly, biarpun diperingkat negeri sudah ada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), namun kerajaan tetap juga mewujudkan JKKKP yang dilihat cuba 'mengambil kuasa' JKKK yang dilantik kerajaan negeri.

"Begitulah cara Umno, bila ada benda yang dikeluarkan tak sebulu dengan dia, dia buat yang lain. Ia sama dengan tindakan tubuh JKKKP bila BN kalah di negeri ditawan Pakatan.

"Ini ialah tabiat jelek untuk lakukan 'subversion' atau 'sabotaj' demokrasi dan institusinya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin yang bersetuju jika agensi baru seperti Akademi Undang-undang ditubuhkan selain Majlis Peguam sedia ada.

Cadanagn Nazri itu dipercayai dibuat ekoran 12 usul tergempar yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada eleven Mei lalu berhubung himpunan "Zaid Ibrahim" 3.0.

Antara lain, usul itu mengutuk tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih terhadap peserta.

Selain itu mereka juga menyalahkan polis kerana tidak memberikan masa yang secukup untuk perserta bersurai secara teratur dan selamat dengan mendakwa ia kemudian mendo! rong kep ada penahanan yang tidak wajar.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, cadangan Nazri itu berbaur politik dan cuba untuk 'undermine' wibawa Majlis Peguam.

Sedangkan katanya Majlis Peguam ditubuhkan secara sah di bawah Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengawal amalan, standard, etika dan lesen amalan peguam.

"Usaha ini telah dua kali mereka lakukan dahulu tetapi terpaksa dihentikan.

"Tindakan kerajaan untuk menghidupkan kembali cadangan akademi ini dilihat umum sebagai langkah memadamkan suara perbezaan 'legitimate dissent' yang menyemak imbang suara eksekutif," katanya.

Like this:

Be the initial to like this post.

Read More @ Source

Edisi Bongkar BERSH 3.0 Tanah Haram

abuaqifstudio.blogspot.com penaminang.blogspot.com Komen Abu Aqif: Sila kuatkan speaker anda untuk kepuasan yang lebih maksimum ^__^ Ya.. Kita akan sebarkan.. Kita akan sebarkan butir individu yg terlibat dengan demo BERSIH 3.0 di Tanah Haram, dan butir ini akan dipanjangkan kepada kedutaan arab saudi utk tindakan lanjut. Nantikan kemunculannya... Tunggu..... Link: - www.youtube.com Link Gambar 1: goo.gl Link Gambar 2: goo.gl Sebagai Permulaan, kita sebarkan butir individu pertama SUSPEK PERTAMA TELAH DIKENAL PASTI : NAMA (DALAM AKAUN FB) : FALAHYANA AL-FANDANI PENDIDIKAN : MAHASISWA UNIVERSITI UMMUL QURA, MAKKAH AL-MUKKARAMAH - PELAJAR JURUSAN BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN INFORMASI (SECARA KASAR) : -AKTIF DENGAN PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA MAKKAH -TERLIBAT SECARA LANSUNG DENGAN PEMUDAPANDAN.NET, ORGANISASI NAUGAN PAS -DIKESAN AKTIF BERHUBUNG DENGAN KETUA PEMUDA PAS, NASARUDDIN TANTAWI MELALUI FB. - PELAJAR YANG MENDAPAT TAJAAN BIASISWA DARI KERAJAAN ARAB SAUDI. - TELAH BERKAHWIN. A! LAMAT AK AUN FB : www.facebook.com AKAUN TWITTER : twitter.com MAKLUMAT TERBARU YANG KAMI DAPAT DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI : POLIS ARAB SAUDI KINI MELANCARKAN GERAKAN BAGI MENGESAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN YANG TERLIBAT MEMBAWA DAN MELANCARKAN KEMPEN 'BERSIH 3.0' DI MAKKAH DAN MADINAH. UNTUK ITU KAMI MENYERU KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DI RUANGAN MAYA INI UNTUK MENYALURKAN SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INDIVIDU / KUMPULAN BERKENAAN BAGI MEMBANTU KERAJAAN ARAB SAUDI MENCANTAS 'BENIH-BENIH ...

Video Rating: 3 / 5

More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: