Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang terus memutar-belit dan mempolitikkan isu kandungan surat sokongan yang ditandatanganinya berkaitan projek Vale SA di Teluk Rubiah akan memberi imej negatif kepada pelabur antarabangsa untuk menanam modal di Perak.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu isu yang sengaja yang diputar-belitkan oleh wakil rakyat PAS itu dihentikan segera kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran rakyat jelata.
Beberapa wakil rakyat pembangkang juga katanya, turut menyuarakan rasa kecewa dengan isu projek Vale SA yang dimainkan oleh Nizar yang akhirnya boleh memberi imej negatif di mata pelabur.
Kerajaan negeri mahu terus mara ke hadapan dan berharap isu projek Vale SA yang dipolitikkan oleh Nizar ini dapat dihentikan dengan segera, kata kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Zambry berkata, selepas pendedahan surat sokongan yang ditandatangani sendiri oleh Nizar pada 17 Disember 2008, wakil rakyat PAS itu seolah-olah cuba melarikan diri daripada pembohongan yang diciptanya sendiri dengan memutar-belit isi kandungan surat itu.
Read more...
No comments:
Post a Comment