CILI KASI TARUK! SAMPAI KE SUMPAH LAKNAT - PAS MENGAKU KALAH DENGAN AHMAD SAID

Tunggu dia buatlah, dulu....Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula. Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun, - Ahmad Said

Mudah saja bagi Ahmad Said (Datuk Seri Ahmad Said) iaitu pemimpin PAS bersumpah laknat terlebih dahulu bahawa mereka bukan pemimpin yang menyesat dan PAS pula bukan Parti Ajaran Sesat.

Jangan suruh orang sumpah tetapi sendiri enggan bersumpah bahawa selama ini merekalah yang menyesatkan orang Islam, bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di negeri-negeri lain hingga ke Johor dan Kedah/Perlis.

Dalam kes dengan beliau, Ahmad Said menegaskan PAS sanggup meminta bersumpah laknat tetapi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka PAS tidak joke menyuruh Anwar bersumpah mengenai pelbagai tuduhan termasuk biseksual.

Dengan menimbulkan isu sumpah laknat yang dikaitkan dengan Pas Ajaran Sesat ini nampak sangat PAS kini kehabisan modal untuk menentang UMNO, khususnya Ahmad Said.

Baca seterusnya disini...

HOUSE PK: Aku tengok dalam banyak-banyak MB, PAS pale pening kepala nak lawan dengan si Mat Said ni, sebab dia cukup kenal dengan perangai lahanat PAS ni. Mana tidaknya, Ahmad Said boleh panggil PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT dan juga juga Parti Tin Sekut (Tin Biskut - logo bulan PAS tu).

House PK tabik sama MB Ganu ni!

No comments: