CILI KASI TARUK! EH! EH! RAZALI DAH BERSUARA LA!
KUALA LUMPUR Timbalan Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim melihat ungkapan kalau yang seringkali digunapakai oleh pembangkang termasuklah dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah perkataan yang mengandungi penyakit.
Menurut beliau pembangkang yang seringkali melaungkan kalau kami memerintah negara akan lebih makmur dan sebagainya hanyalah sekadar ungkapan untuk menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan yang ada hari ini.
Kita menerusi kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak gunapakai perkataan kalau ini kerana jika merasakan kita mampu beri kerajaan akan beri seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Perkataan kalau ini cukup menarik dan enak didengar tetapi apakah penghujungnya. Kerajaan BN tidak guna perkataan ini. Jika boleh bagi, kita bagi, dan kalau kita tidak boleh kita akan cakap tidak boleh, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Meja Bulat PTPTN anjuran Biro IPT Pemuda dan UMNO Malaysia di Vistana Hotel, di sini, hari ini.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah isu PTPTN bukanlah satu perkara baru yang dibangkitkan malah ianya cukup dekat dengan mereka termasuklah dalam soal Akta Universti dan Kolej Universiti sebelum ini.
PTPTN bukan perkara baru. Isu ini sentiasa menjadi pertimbangan kita walaupun ianya tidak dihebohkan. Terima kasih juga kepada pembangkang kerana menjadikan ianya satu isu yang yang telah memberi satu kelebihan kepada kita untuk dikethaui umum.
Macam subsidi telah banyak kerajaan berikan tetapi orang ramai tidak tahu dan apabila dijadikan isu oleh pembangkang, hari ini kita telah nampak dengan begitu banyak subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan.
Cuma masalahnya hanya kerana pertimbangan politik, kalau kita tidak perjelaskan maka ia akan jadi satu perkara yang diputuskan atas kepentingan politi dan ianya tidak menguntungkan, katanya.
Justeru beliau memberikan jaminan meja bulat be! rkenaan tidak melibatkan kepentingan politik tetapi sebagai satu kaedah dan jalan keluar dalam mencari mekanisme yang terbaik.
Read more...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment