10 APRIL Demikian pertanyaan nakal yang timbul walaupun saya hanya berada di Kota Baru, Kelantan pada 11-14 Mac 2012 untuk meninjau serta melihat sendiri keadan sebenar di sana. Secara kebetulan, tahun ini adalah Tahun Melawat Kelantan.
Saya berpeluang bertemu beberapa individu penulis dan bukan penulis yang sudi berkongsi pelbagai kisah dan maklumat yang tentu sahaja sukar dan sedikit mustahil dapat diperoleh jika saya tidak datang sendiri ke "bandar raya Islam" ini.
Malah, saya juga amat bertuah kerana mendapat rezeki untuk bertemu dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) di kediaman rasmi beliau.
Kedai-kedai Cina menghidangkan makanan halal dan menjadi tumpuan ramai.
Selain itu, saya bersama-sama Rohani Deraman dari Johor Baru, Zainab Ngah (Kuala Terengganu) serta Roshidayu Che Mat dan suaminya (Shah Alam) turut dibawa oleh Nur Hidayah dah Abdul Mutalib Awang ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk taklimat khas berhubung pelbagai perkara yang membantu menjernihkan pemahaman mengenai negeri itu.
Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Penolong Pengarah (Penerbitan), Rosidi Semail (Rossem) meluangkan masa bersama-sama kami untuk menjawab pelbagai pertanyaan yang timbul.
Segala penerangan dan penjelasan yang diberikan itu amat penting dan bermanfaat, khususnya untuk saya, kerana saya memang mahu menulis siri makalah hasil kunjungan ke Kota Baru.
Salah satu topik yang menarik perhatian saya adalah berkaitan keharmonian kaum dan agama di negeri itu yang diterajui ulamak sejak 1990.
Selain daripada maklumat yang saya peroleh hasil berbualan secara santai bersama-sama sekian ramai individu yang saya temui selama empat hari di Kota Baru, maklumat bercetak yang diberikan oleh urus setia peneran! gan juga sangat membantu.Read more
Abdul Rahman mengakui bahawa salah satu aspek penting dalam kalangan masyarakat majmuk adalah kehidupan harmoni walaupun wujud perbezaan kaum, agama, budaya dan tradisi.
"Orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di Kelantan sebenarnya hidup aman damai bersama-sama masyarakat Cina, India dan Siam. Malah, kesemua mereka saling bantu-membantu ke arah memajukan negeri ini.
Nur Hidayah bersama pemilik ML Chicken, restoran yang digemari penduduk pelbagai kaum.
"Konsep 'Membangun Bersama Islam' yang diamalkan oleh pemimpin negeri ini turut diterima dan disokong oleh penduduk pelbagai kaum dan agama kerana apa yang dilaksanakan memang sesuai bagi semua," katanya.
Buku "Kelantan Ikon Keharmonian Kaum" (2011) yang diberikan oleh Rosidi pula membantu menghuraikan realiti keharmonian kaum dan agama di Kelantan sejak 1990.
Semasa saya meneliti buku itu, memang terasa betapa realiti di Kelantan kurang ditonjolkan serta dipaparkan kepada masyarakat umum di seluruh negara. Saya semakin yakin bahawa selain Sabah dan Sarawak, keharmonian sebenar masyarakat majmuk memang hidup subur di Negeri Serambi Mekah.
Walaupun kerajaan negeri tidak menggunakan sebarang aphorism seperti "1 Kelantan" tetapi suasana harmoni, perpaduan dan saling menghormati wujud secara amat nyata di sini. Bandingkan pula dengan gagasan "1 Malaysia" yang masih kabur dari segi makna, pengisian dan pelaksanaan.
Saya perhatikan sendiri bagaimana kedai makanan Cina di Kelantan dikunjungi kaum Melayu kerana yakin dan percaya bahawa makanan yang disajikan adalah halal. Keadaan seperti ini sukar dilihat di Kuala Lumpur (misalnya) kerana prasangka, was-was dan perasaan ragu-ragu amat menebal.
Rupa-rupanya terdapat juga "China Town" iaitu di Jalan Kebun Sultan. Deretan rumah-rumah kedai milik orang Cina terdapat di sepanjang jalan berkenaan. Pada waktu malam, kawasan itu bertukar! menjadi tapak pasar malam yang diusahakan peniaga Cina.
Dari aspek kebebasan beragama, terdapat tokong yang dibina oleh/untuk penduduk kaum Cina di Kelantan. Walaupun mereka fasih bercakap loghat Kelantan dan berpakaian seperti orang Melayu, pegangan agama bawaan nenek-moyang masih dikekalkan.
Terdapat Tokong Mek berusia lebih 200 tahun di Kampung Cina. Dua lagi tokong di kawasan berkenaan ialah Tokong Na Eng Kong dan Tokong Leng Eng Tian. Tokong Tau Mu Kong pula terdapat di Jalan Hamzah.
Taklimat khas diberikan di pejabat Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.
Bangunan Dewan Perniagaan Cina di Jalan Kebun Sultan menampilkan konsep seni bina tradisional Cina. Pengubahsuaian seni bina itu hanya berjaya dilakukan selepas Nik Abdul Aziz menjadi MB pada 1990.
"Tidak menjadi kesalahan jika kaum Cina menggunakan rekabentuk dan senibina tradisional dalam budaya mereka. Lagi pun, masjid-masjid di negara China sendiri dibina menggunakan konsep senibina Cina. Maka tidak ada sebab kerajaan negeri mahu menghalang permohonan mereka, walaupun pernah ditolak kerajaan terdahulu sebelum 1990," kata Tok Guru.
Pada masa sama, agak menarik juga untuk diperhatikan bahawa sebuah masjid di Rantau Panjang dibina menggunakan konsep reka bentuk Cina. Malah, masjid itu dikenali sebagai Masjid Beijing. Khabarnya arkitek dan pekerja mahir dibawa khas dari China dan Uzbekistan, manakala imam didatangkan dari Yunan, China.
Mungkin hanya di Kelantan kita dapat melihat masyarakat pelbagai kaum dan agama sama-sama terlibat dalam pelbagai acara yang biasanya dikaitkan dengan kaum/agama tertentu. Dan tidak perlu diraikan atau dipromosikan dengan aphorism "1 Kelantan" misalnya.
(Tentu sahaja kita tidak boleh mengambil kira "penampilan istimewa" tokoh politik tertentu di kuil atau tokong atau masjid atau wat atau gereja, lalu mencium/dicium tangan si polan dan si polan sambil meminta penganut agama berkenaan meletakkan keyakinan 100 peratus pada kehebatan parti politik tertentu supaya kaum itu te! rus menj adi "pendatang" di negara bertuah ini. )
Hasil perbualan bersama beberapa orang, saya mendapat tahu bahawa pada setiap tahun, kaum Cina di Kelantan turut terlibat secara langsung dalam membuat bubur asyura yang diberikan pula kepada jiran-tetangga beragama Islam. Tidak timbul sebarang masalah atau prasangka.
Bagi penganut agama Buddha khususnya masyarakat Siam terdapat twenty wat ("ketik") di seluruh Kelantan. Komuniti itu tertumpu khususnya di beberapa kampung di Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh dan Machang.
Dalam pada patung Dewa Muruhan di Batu Caves sering ditonjolkan sebagai tarikan pelancong, kita jangan lupa bahawa patung "Sleeping Buddha" terbesar di Middle East Tenggara terdapat di Kampung Jambu, Tumpat.
Wat Machimmaran berusia lebih 500 tahun di Kampung Jubakar, Tumpat pula menempatkan patung "Sitting Buddha" terbesar di Middle East Tenggara. Patung berketinggian thirty meter, 47 scale panjang dan keluasan dalaman 22.25 scale persegi itu siap dibina pada 2001.
Satu lagi tarikan pelancong (selain tempat beribadat) adalah patung "Standing Buddha" setinggi 36 scale di Wat Buddhathaksin Ming Mogol, Kampung Balai, Bachok.
Zulkifli Mamat, ADUN Pulai Chondong yang saya temui di kediaman rasmi MB Kelantan pada thirteen Mac lalu menghuraikan bahawa patung-patung berkenaan menjadi ikon yang dikenali di seluruh dunia dan menjadi tarikan pelancong.
"Akan tetapi, bukti kebebasan beragama serta bukti perpaduan sejati antara penduduk pelbagai kaum dan agama kelihatan di mana-mana tempat di seluruh Kelantan. Sikap bertolak ansur dan saling menghormati sedia wujud dan menjadi budaya masyarakat di negeri ini," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.
Penulis bersama pemilik Kedai Kopi White House yang dikunjungi ramai orang Melayu-Islam.
Dalam pada itu, kaum India yang merupakan masyarakat minoriti di Kelantan lebih tertumpu di kawasan perladangan di Kuala Krai, Machang, Tanah Merah! , Tumpat , Gua Musang dan Kota Baru.
Kebebasan beragama bagi penduduk beragama Hindu juga tidak diabaikan. Hal ini nyata menerusi beberapa kuil yang terdapat di tempat-tempat tumpuan masyarakat India/Hindu.
Antara kuil utama adalah Kuil Kerila Karu Mariammah di Ladang Kerila, Tanah Merah; Kuil Muthu Mariamman di Tumpat; dan Kuil Siva Subramaniyar di Jalan Hamzah, Kota Baru.
Saya pernah menghadiri beberapa sesi dialog antara agama di Kuala Lumpur. Malangnya, ada wakil agama tertentu yang sentiasa tidak hadir dengan alasan bahawa agamanya tidak membenarkan dialog seumpama itu.
Agak menarik bahawa perjumpaan ketua-ketua agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh berlangsung di Kota Baru pada Januari 2010. Namun tentulah tidak dilaporkan secara meluas ke seluruh negara.
Pertemuan dan majlis makan tengah hari itu berjaya diadakan berikutan inisiatif Tok Guru yang memahami secara mendalam ajaran Islam yang sebenar.
"Islam mengajar bahawa hubungan sesama manusia atas apa ikatan sekalipun mesti mengutamakan perdamaian, persefahaman, berbaik sangka dan perbincangan, demi mewujudkan persetujuan sesama kita ke arah mencapai budaya hidup yang harmoni di kalangan sesama manusia," katanya semasa merasmikan majlis itu.
Maka, bukanlah suatu hakikat yang menghairankan apabila saya diberitahu bahawa penduduk Bukan Islam turut tampil membantu usaha-usaha "Membangun Bersama Islam" yang diterajui Kerajaan Negeri Kelantan.
Tiada sebarang sogokan wang, motif politik atau pulangan material. Sebaliknya, keikhlasan menjadi tunjang segala kehebatan yang saya perhatikan sendiri di Kelantan.
* Uthaya Sankar SB akan mengendalikan Bengkel Penulisan Makalah Budaya pada nineteen Mei 2012. Maklumat di www.kavyan.blogspot.com.
Like this:
Be the initial to like this post.
If You're A MALAYS! IAN, PLE ASE Watch..!!
"DON'T HATE THE COUNTRY BECAUSE OF THE GOVERNMENT..!! this is NOT just hitch POLITICS... it's NOT hitch COLOUR & RACE... NOT hitch who's here 1st who's here 2nd.... BUT NOW, it's hitch ECONOMY... i urge ALL BUSINESSMEN, INVESTORS, ENTREPRENEURS & TRADERS to deeply understand as well as support the project of SAVING OUR MALAYSIA for OUR CHILDRENS..." ~ The Economist,SAVING OUR MALAYSIA for OUR CHILDRENS. Message from The Creator ; Do you believe which an Amah vital in 70's consequence some-more income than the University connoisseur nowadays 70Amah? KakakMade in Malaysia Dear associate Malaysians, do you really think governing body is none of your business? It has already been predicted which if this trend continues, by 2020, Malaysia would be exporting labours as well as maids. When which happens, daughters of poor family groups will have to go abroad as well as apropos 'Kakak' in Indonesia. ========================== 201179BersihVideo Malaysia is in low difficulty now..!! usually us, the people can save the own nation. With each as well as each vote in the hands, you can have the improved future. UMNO ... Video Rating: 5 / 5More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
No comments:
Post a Comment