BELIAIKU BELIAMU JUA! TERENGGANU DAH BERSEDIA

Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Kemaman telah menganjurkan
Karnival Pendidikan dan Kerjaya Belia Negeri Terengganu bermula twenty-nine Mac hingga 1 Apr 2012.

Karnival yang bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman Terengganu ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu pada twenty-nine Mac 2012.

Sebanyak 44 ruang pameran telah disediakan oleh pihak penganjur untuk agensi kerajaan, swasta, IPTA, IPTS dan Sekretariat Hari Belia Negara 2012 telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut.

Karnival yang berlangsung selama 4 hari itu telah diisi dengan program-program seperti Forum Mahasiswa, Seminar Kerjaya, Seminar MUET, Seminar U-Matching, Khidmat Nasihat UPU Online dan Pameran Pendidikan & Kerjaya.

Gerai Pameran Hari Belia Negara telah mendapat kunjungan yang sangat menggalakkan daripada peserta-peserta karnival yang majoriti terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4, 5, pelajar pra-universiti dan juga belia-belia yang sedang mencari kerjaya setelah tamat belajar.

Maklum balas yang diterima daripada belia-belia Kemaman untuk turut hadir memeriahkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Mei ini ternyata memberangsangkan. Mereka juga menunjukkan tanda sokongan dengan megisi borang pada poskad yang disediakan serta meluangkan sedikit masa untuk melike Facebook Hari Belia Negara 2012.

Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)

No comments: