RM567 juta diambil tapi 77 sekolah tiada air

Kementerian Pelajaran mengesan sebanyak 77 daripada 585 buah sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air awam yang diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada kesemua sekolah yang tidak mendapat bekalan air awam itu, sebanyak 39 sekolah berada dalam kedudukan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya.

No comments: