PANAS BERAPI! UNDURLAH WAHAI NIK AZIZ OII!

BARU-BARU ini Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdullah Ya'kub marah-marah pada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapah Mohamad kerana membezakan bantuan Kerajaan Pusat dengan bantuan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya tak adil kerana Kerajaan Pusat adalah "bapa" dan Kerajaan Negeri adalah "anak". Menurutnya, "Bapa" banyak duit dan kuasa, manakala "anak" berpendapatan rendah dan tiada kedudukan.

Pada saya, memang benar tidak adil sekiranya dibandingkan begitu. Tapi, rasanya Abdullah tidak memahami maksud kenyataan Tok Pa kerana dia memiliki tahap pemikiran dan IQ yang agak rendah

Tok Pa mengatakan bahawa Kerajaan Pusat menyalurkan sebanyak RM84.5 juta kepada rakyat miskin Kelantan dan Kerajaan Negeri pula hanya memberikan RM7.4 juta sahaja kepada rakyatnya.

Memang kantung perbendaharaan Kerajaan Pusat jauh lebih besar dari Kerajaan Kelantan. Tapi, lebih besar kantungnya, lebih besarlah kawasan yang perlu diberikan perhatian.

Kerajaan Pusat yang besar kantungnya bertanggungjawab kepada rakyat miskin di fourteen buah negeri di seluruh negara. Tapi Kerajaan Kelantan hanya perlu mengambil kira satu negeri saja. Adilla begitu! Di mana pula yang tidak adilnya? Lainlah kalau Kerajaan Pusat hanya kena jaga satu negeri saja

Setiap tahun, Kerajaan Pusat memperuntukan sejumlah RM ratusan juta bagi setiap negeri tanpa mengira parti kerajaan tersebut sama ada BN atau Pakatan Haram. Malah, adakalanya peruntukan tersebut ditambah dari masa ke semasa dan dilaporkan Kerajaan Kelantan sering dapat lebih dari Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh BN.

Persoalannya, mengapa Kerajaan Kelantan masih ditakuk lama dan tiada peningkatan ekonomi yang setanding dengan negeri-negeri lain di bawah BN?

Rakyat Kelantan memang terkenal bijak berniaga dan perniagaan merupakan sumber rezeki pale mewah yang mampu membawa pulangan besar. Persoalannya, mengapa para peniaga dari Kelantan keluar dari negeri itu untuk mencari peluang ekonomi di! negeri- negeri lain?

Sepatutnya, Kelantan lebih hebat ekonominya berbanding Selangor kerana kajian menunjukkan bahawa rakyat Kelantan lebih ramai berniaga berbanding rakyat Selangor. Tapi, mengapa pula rakyat Kelantan memilih untuk berniaga di Selangor dan tidak di Kelantan sendiri?

Sebab ekonomi di Kelantan lembab dan Kerajaan Negeri tidak bijak menyusun serta mengambil kesempatan terhadap kebijaksanaan rakyatnya yang pandai berniaga. Tiada kuasa membeli di sana juga menyebabkan rakyatnya memilih negeri lain untuk berniaga.

Ini bukan hujah saya, tapi saya diberitahu begini oleh ramai rakan-rakan dari Kelantan yang enggan pulang ke negeri mereka dan membuka perniagaan di sana. Mereka tidak mengutuk Kelantan, tapi mereka kesal dengan Kerajaan Negeri yang merencatkan pertumbuhan sosio-ekonomi negeri itu. Lagi pun, mereka memang ahli PAS pun

Sebab itulah Kerajaan Kelantan dilihat Tok Pa sebagai gagal membantu ekonomi rakyatnya sehingga Kerajaan Pusat terpaksa berbelanja besar bagi membantu rakan-rakan di Kelantan sana untuk memajukan ekonomi dan kehidupan mereka.

Sebenarnya pada saya, Tok Pa hanya bersinis terhadap Kerajaan Negeri yang sememangnya gagal dalam serba-serbi tentang hal pembangunan ekonomi dan membantu rakyat miskin. Salahkah Tok Pa menyindir pemimpin di negeri yang menjadi tanah tumpah darahnya?

Lebih twenty tahun memerintah Kelantan, tapi negeri pimpinan Nik Aziz itu hanya "champion" sebagai negeri pale banyak penghidap AIDS sahaja. Tak malukah sebuah negeri serambi Mekah yang kononnya dipimpin oleh seorang "Tok Guru" menjadi juara penghidap AIDS pale ramai. Itu pun Nik Aziz nak salahkan UMNO jugak?

Pada saya, kepimpinan Nik Aziz di Kelantan tidak memberikan kesan positif kepada rakyat. Nik Aziz tidak wajar menjadi MB. Dia sangat molek jika diberikan jawatan Tok Guru Pondok saja yang menguruskan tentang kelas tajwid dan bacaan Al-Quran. Itu saja layaknya.

Bukan mahu menghina, tapi tugas sebagai MB adalah membangunkan sesebuah negeri dan bukannya bersand! ar di di nding membaca kitab semata-mata. Itu tugas muallim atau ustaz. Seorang MB perlu tahu serba serbi mengenai cara-cara membangunkan negeri, khususnya ekonomi rakyat dan kerajaan negeri.

Misalnya, pemimpin yang punya kebolehan sebegitu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau boleh suruh jurukamera mengambil gambarnya masuk ke dalam masjid dan bersolat sunat, berdoa sambil bercucuran airmata dan menghirup kuah di pinggan nasi. Tapi itu bukan cara Tun M.

Tun M sembunyikan ibadahnya pada Allah SWT kerana takutkan sikap riak atau ujub. Dan beliau begitu hebat menguruskan pembangunan negara dengan belajar serba serbi mengenai cara-cara mentadbir. Begitu juga dengan MB-MB BN yang lain seperti Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain.

Harap, Abdullah Ya'kub dapat pencerahan sewajarnya mengenai maksud tersirat Tok Pa dan menasihati MB Kelantan yang mahu pegang jawatan sampai ke akhir hayat itu. Kalau rasa tak mampu tadbir Kelantan, serahlah pada BN kembali yang terbukti lebih berpengalaman dan mementingkan kepentingan rakyatnya.

Sumber: www.peraktoday.com


Sent from my iPhone

No comments: