PANAS BERAPI! MARI KITA LIHAT BETAPA MUNAFIKNYA SEORANG DAYUS YANG BERNAMA AZMIN ALI!
MARILAH kita berfikir sejenak, adakah masuk dek akal dapatan review kerajaan negeri pada 2010 dan segala maklumat yang berkaitan dengannya hanya diketahui pada 2012?
Dahlah tahun 2012, bulan 3 pula baru nak didedahkan, itupun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas yang menuduh kerana dilindungi imuniti? Apa jadi sepanjang masa dari Oktober 2010 (Laporan Audit Negara didedahkan) sehingga sekarang?
Situasi inilah yang berlaku dalam sidang DUN Selangor semalam, bila Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendedahkan bahawa Hasan Ali (Bebas-Gombak Setia) melakukan penyelewengan dalam soal pemberian kontarak penyelenggaraan jalan kepada 83 kontraktor secara runding terus, bukan tender terbuka pada 2009 berdasarkan maklumat review 2010.
2009 ya tuan-tuan, masa itu Hasan Ali masih lagi Exco Selangor, 2010 Hasan Ali masih lagi Exco Selangor, 2011 joke Hasan Ali masih lagi Exco Selangor dan Azmin pilih untuk dedahkan kepincangan ini pada 2012 bulan 3 ketika Hasan Ali sudah dipecat dari jawatan Exco dan ahli PAS.
Meneruskan dasar pengecut madunya di Parlimen, Azmin Ali membuat pendedahan itu ketika Hasan Ali tidak berada di dalam Dewan untuk mempertahankan dirinya, disamping seperti disebut di atas, dilindungi imuniti.
Tapi, itu tidak penting. Yang penting ialah, pendedahan Azmin ini menunjukkan bahawa Selangor juga tidak terlepas dari salahguna kuasa dan penyelewengan, berlawanan apa yang banyak disebut sebelum ini bahawa kerajaan Selangor bersih lagi suci, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan apa segala yang buruk.
Maksudnya disini, Azmin tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang mengatakan kerajaan Selangor itu korup!!!
Maklumat seumpama itu yang didedahkan semalam, boleh didedahkan oleh sesiapa juga dari kalangan YB Pakatan harami yang lain, kenapa mesti Azmin? Itu kalau betul niatnya nak dedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh anggota pentadbiran kerajaan negeri sendiri?
Masa yang dip! ilih jug a tidak perlu menunggu sehingga sidang DUN diadakan atau laporan review dikeluarkan sebab maklumat itu memang sentiasa berada dalam pengetahuan kerajaan negeri. Janganlah temberang kata selama hari ini kerajaan negeri tidak tahu berapa ramai dan siapa kontraktor yang dianugerahkan untuk mendapat kontrak menyelenggara jalan?
Come onitu sama ada Khalid gagap tidur atau seluruh barisan Exco Selangor juga ikut tidur.
Belum joke kita mendengar jawapan balas Hasan Ali, rakyat keseluruhannya sudah menilai jenis politik apa yang diamalkan pakatan harami ini. Sementara berkawan, semua joke wangi semua joke baik, kalau ada salah tu sapu bawah karpet. Tapi bila dah berpisah, semua yang wangi dan cantik dulu, dah jadi buruk dan busuk.
Penulis berharap Datuk Satim Diman, selaku Ketua Pembangkang di DUN Selangor dapatlah kiranya memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada Hasan Ali untuk berbahas mempertahankan dirinya minggu depan.
ADUN-ADUN BN yang lain boleh tumpang mencelah bagi perhangat keadaan.
Dalam apa-apa keadaan pun, tidak ada apa yang lebih baik melainkan maklumat first hand dari dalam. Penulis yakin, Azmin buat gempak saja, dia joke tau cerita sebenar. Satu hal yang tidak kurang penting, kalau sahihlah maklumat dan dokumennya, kenapa Azmin tak dedah saja pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment