Saudara PK,
Mohon disedarkan kepada pihak kerajaan Malaysia supaya segala apa saja keputusan yang dibuat haruslah menyenangkan rakyat bukan makin menyusahkan rakyat.Keputusan Kerajaan bersetuju melaksanakan pengambilan pembantu rumah Indonesia dengan gaji RM700 dan hanya boleh melakukan hanya 1 pekerjaan saja amat memberatkan bagi golongan pertengahan yang suami isteri bekerja.Selama twenty-four jam amah bekerja dirumah, berapa jam sangatkah ianya mengambil masa untuk memasak, berapa jamkah dia mengemas rumah? Paling lama 2 - 3 jam dan selebihnya apakah dia hanya duduk dan tidur?
Ini hanya memberi kelebihan kepada pendatang dan menekan rakyat sendiri.Kenapa Indonesia hanya menekan hal-hal yang berhubungan dengan amah dan bukan sektor lain? Ini kerana Indonesia tahu rakyat Malaysia amat memerlukan pembantu rumah kerana sibuk bekerja.Dan Indonesia juga tahu Kerajaan Malaysia akan tunduk atas permintaan mereka.Kenapa sektor perkilangan tidak pernah dipertikaikan oleh mereka? Kerana mereka amat memerlukan sektor tersebut yang memberi pulangan yang tinggi dari pengiriman wang dari sini kesana disamping akan mendapat tenaga mahir apabila pulang kesana nanti.
Seharusnya apabila pembantu rumah dibekukan oleh Indonesia, sektor perkilangan juga perlu dibekukan untuk sementara waktu. Amat sedih bila rakyat negara ini terpaksa tunduk kepada negara luar hanya kerana mempunyai Kerajaan yang amat prihatin terhadap nasib pendatang tanpa berfikir kepada nasib rakyatnya sendiri.Gaji RM700 bersamaan Rp2 juta adalah tinggi berbanding golongan yang bekerja di jabatan-jabatan awam di Indonesia.
Mohon saudara PK dapat membawa isu ini agar segala keputusan yang telah dibuat dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bukan kepada orang asing.Jangan rakyat sendiri ditekan t! api pend atang diangkat.Kerajaan juga harus ingat terdapat hampir 330,000 orang pembantu rumah Indonesia bekerja disini dimana disetiap rumah terdapat minimal 2 orang yang boleh mengundi jadi jumlahnya 660,000 orang.
House PK: Aku rasa ini sudah lebih, banyak songel la pulak orang gaji Indon ni, kerja tak la seberapa tapi gaji nak direct lebih-lebih. Sbelum aku nak cerita banyak lagi, aku nak input dari korang pasal isu ini. Sila berikan pendapat anda dulu.
No comments:
Post a Comment