CILI KASI TARUK! SUSAHNYA PARASIT PAS NAK JATUHKAN AZIZAN DI KEDAH!

PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar dengan diperkuatkan oleh kehadiran Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, terus pening dengan gelagat dan ketegasan yang dipertontonkan oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Dalam pada mereka sangat berharap, Azizan akan tunduk dengan tekanan daripada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, Azizan dengan tegas memberikan isyarat kepada ketua mereka itu bahawa Pakatan tidak perlu memandai-mandai di Kedah.

Itu yang berlaku apabila Azizan dengan tegas menolak cadangan PKR dan DAP untuk menambah kerusi yang bakal mereka tandingi pada PRU akan datang. Tidak sahaja cadangan tersebut ditolak mentah-mentah, malahan Jawatankuasa Pemandu yang seharusnya memulakan tugas mereka sebagai Residen Inggeris di bumi Kedah, turut tidak dihiraukan oleh Azizan.

Sebenarnya, serba-salah kumpulan Anwarinas mudah difahami. Sokongan Melayu sebagai majoriti di Kedah adalah penentu segala-galanya. Politik di Kedah tidak boleh mengimport politik MENGHALALKAN SEGALANYA seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan anggota-anggota PARASIT PAS.

Amat mustahil kumpulan Anwarinas dan PARASIT berani bercakap tentang kelancangan Nik Abdul Aziz yang menyamakan Nabi Muhammad s.a.w dengan BUDAK KAMPUNG ARAB BIASA kecuali kerana wahyu dan kerasulan baginda. Mereka tidak akan berani memberitahu rakyat dan pengundi-pengundi di Kedah bahawa Nik Abdul Aziz tersalah cakap tentang perkara itu.

Anwarinas dan PARASIT tidak akan berani membuka mulut tentang Anwar Ibrahim dengan LIBERALISME dan PLURALISME. Beranikah PARASIT-PARASIT PAS Kedah untuk memberitahu setiap pengundi di Kedah, terutama sekali dari kalangan masyarakat Melayu-Bumiputera-Islam bahawa kalimah ALLAH boleh di! kongsi d engan penganut-penganut agama lain?

Tentunya Anwarinas dan PARASIT tidak akan mampu untuk memberitahu para pengundi mereka, terutama dari kalangan orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung dan menjadi pengikut totok PAS bahawa PAS dan Pakatan Rakyat membenarkan BIBLE diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan setiap naskhah BIBLE dihantar ke kampung-kampung untuk diperhatikan, dibaca dan dikaji oleh orang-orang kampung berkenaan.


No comments: