Tidak ada pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang tidak kecut perut dengan perkembangan terkini di Selangor. Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia dan berada dalam genggaman Pakatan Rakyat selama empat tahun, kini tidak ubah seperti sebuah neraka yang membakar setiap telapak kaki sesiapa sahaja yang bergelar ahli, pemimpin mahupun peneraju Pakatan Rakyat.
Puncanya sangat mudah apa-apa sahaja yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, tidak ubah sebagai satu karangan mimpi yang tidak akan pernah menjadi realiti walaupun bumi ini telah tunggang terbalik. Jangkaan mereka bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak akan mampu merampas Selangor kerana mereka sangat kuat selain belanja yang sangat besar digunakan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR untuk memastikan semua berita yang tersiar di media sosial akan menjadikan Selangor sebagai sebuah kubu kebal Pakatan Rakyat selain Pulau Pinang.
Untuk seketika, Anwar Ibrahim terus mendabik dada dan berlagak kononnya dia adalah seorang Penasihat Ekonomi yang bijak meskipun perbelanjaan Anwar Ibrahim menggunakan wang rakyat Selangor, jauh lebih besar berbanding pendapatan dan hasil yang dibawanya ke Selangor.
Selangor berada di bawah pengawasan peribadi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Walaupun pada mulanya dahulu, Pakatan terutama sekali Anwar Ibrahim kerapkali memperlekehkan Najib Abdul Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, tetapi semenjak kebelakangan ini, nyata sekali Anwar Ibrahim begitu bimbang dengan kepesatan sokongan yang diterima olehh Najib dan UMNO serta Barisan Nasional Selangor.
Read more...
No comments:
Post a Comment