Pemberi rasuah sama berat tanggungjawab dengan penerima

Azmi Anuar

ekonomiSeorang awam telah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan dilema sama ada hendak memberi rasuah atau tidak kerana kesalahan yang dilakukannya.

Dalam surat kepada pengarang sebuah akhbar Inggeris tempatan, pembaca tersebut mengisahkan bagaimana dia diberi pilihan sama ada membayar denda sebanyak RM300 atau mendapat pelepasan serta merta dengan menghulur imbuhan sebanyak RM50 untuk pihak berkuasa yang menahannya.

Setelah bergelut beberapa ketika dengan naluri hati dan apa yang terlintas di benak kepalanya, dia memberitahu pihak berkuasa tadi bahawa dia sanggup dikenakan hukuman. Samanlah dia!

Pegawai itu terkejut dan bertanya sekali lagi. Jawapannya tetap sama dan diberi dengan senyuman, "Tulislah saman itu. Saya bersalah". Pegawaiitu juga kaget sebentar dan kemudian dengan tenang memulangkan kad pengenalan dan lesen memandu si pesalah, menasihatinya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan dan menambah tidak ada saman yang akan dikeluarkan dan pemandu itu bebas beredar dari situ.

RM50 sebagai imbuhan bolehlah dianggap rasuah kecil tetapi apakah jumlah maksimum supaya layak dikategorikan ke dalam kumpulan ini atau perlukah regulation lain untuk menakrif apakah rasuah kecil. Walhal mengikut penguatkuasa tersebut saman sebenar ialah RM300 dan imbuhan yang diminta adalah seperenam jumlah tersebut.

Bagaimana pula kalau pegawai tadi meminta separuh atau lebih daripada jumlah saman yang sebenar. Pasti berlaku tawar-menawar di antara pesalah dan pegawai yang berkuatkuasa. Memang apa yang diminta menjadi subjektif kerana RM50 pada sesetengah orang tidak be! rmakna a pa-apa tetapi ada yang menganggap jumlah itu boleh menyara seisi keluarganya untuk sehari dua.

Kesalahan trafik yang tidak melibatkan orang lain mungkin boleh dimaafkan tetapi jika kelalaian si pemandu membawa musibah, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan?

Apa guna undang-undang jika tidak dipatuhi?

Kadang-kadang kelalaian tersebut berpunca daripada jentera kenderaan yang tidak menepati piawaian, tidak diselenggara dengan baik atau sikap pemandu yang lebih suka mengambil jalan pintas untuk tiba ke destinasinya dengan lebih cepat.

Jika salah satu kesalahan itu tidak dihukum mengikut undang-undang yang sedia ada, apalah gunanya undang-undang yang meliputi kesalahan-kesalahan tersebut. Apabila seorang pegawai penguatkuasa menahan seseorang pemandu kerana kesalahan trafik, tentulah kesalahan yang dilakukan boleh membahayakan si pemandu atau pengguna jalan raya yang lain.

Mungkin ada kesalahan yang kelihatan begitu remeh pada pandangan ramai, seperti lampu brek yang tidak menyala. Ia masih satu kesalahan dan boleh membahayakan, mungkin tidak ketika itu tetapi jika tidak ditegur, akan diabaikan begitu sahaja.

Teguran boleh diambilpakai sebagai langkah pertama yang mesti diutamakan oleh semua pegawai penguatkuasa jika kesalahan yang dilakukan merupakan jenayah-jenayah kecil dan dendanya pun tidaklah sehingga beribu-ribu ringgit.

Kalau tidak ada denda untuk kesalahan lampu brek yang tidak menyala misalnya, tentulah tidak ada peluang untuk pegawai yang berkuasa meminta imbuhan sebagai pelepasan daripada didenda. Selain daripada teguran untuk pesalah-pesalah sebegini, mereka harus dibimbing dan digalakkan mematuhi undang-undang yang sedia ada kerana apa yang termaktub itu untuk manfaat semua.

Pesalah itu juga boleh menjadi orang perantara di antara pihak berkuasa dan masyarakat. Mereka boleh menjadi jurucakap tentang bagaimana teguran pertama telah menginsafkan diri dan menjadi titik tolak perubahan dalam cara mereka menghayati undang-und! ang. Sen ario utopia!

Rasuah dikira kos penyelenggaraan 'bisnes'

Pucuk pangkal perkara terletak pada kedua-dua pihak yang terlibat. Ada juga pihak yang sengaja cuba melakukan sesuatu tanpa menghiraukan undang-undang yang sedia ada. Mungkin kesalahan yang dilakukannya bukanlah jenayah berat mengikut takrifnya sendiri. Dia hanya cuba menyenangkan hidupnya dan secara tidak langsung menyenangkan hidup orang lain juga.

Contohnya, proses mengubahsuai rumah kediaman memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan yang tertakluk kepada undang-undang seperti menetapkan jarak minimum di antara dinding rumah ke pagar.

Kalau pemilik kediaman degil dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan, pasti dia akan didenda oleh pihak yang berkuasa. Sesetengah pihak sanggup memberi imbuhan dari ratusan hingga ribuan ringgit supaya dia tidak dikenakan hukuman.

Alasannya, imbuhan yang diberi telah diambilkira sebagai kos keseluruhan pengubahsuaian rumah.

Dia juga sanggup memberi imbuhan sebanyak itu setiap kali pihak yang berkuasa bertukar dan ada muka baru pula yang mesti dilayan. Pihak yang mempunyai pandangan sebegini menyatakan adalah lebih mudah memberi imbuhan seperti itu daripada melalui kerenah birokrasi semata-mata untuk mendapatkan kelulusan berkaitan perkara yang begitu remeh.

Remeh di mata mereka yang menghulur imbuhan itu tetapi satu petanda bahawa perkara sedemikian boleh menjadi lubuk emas bagi yang sehaluan.

Mencedok pengalaman Hong Kong menangani rasuah

Mengambil contoh pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC).

Apabila diperhatikan, laman web ICAC sahajapun sudah mengagumkan berbanding organisasi seumpamanya di Malaysia, SPRM. Menurut laman webnya, ICAC berusaha membanteras gejala rasuah melalui pelaksanaan und! ang-unda ng, pendidikan dan pencegahan yang berkesan.

Rekod keberkesanan ICAC sejak mula ditubuhkan pada tahun 1974 memang membanggakan.Pada awal penubuhannya, banyak pertelagahan berlaku di antara pegawai penyiasat dan pegawai polis yang disyaki terlibat dalam gejala rasuah sehinggalah pengumuman tentang pengampunan separa untuk kes-kes rasuah kecil yang berlaku sebelum 1977. Lama-kelamaan ICAC diyakini mampu menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pada awal penubuhannya di tahun-tahun 1970an, lapan daripada 10 aduan tentang rasuah berkaitan dengan kakitangan awam. Pada masa ini hanya tiga sahaja daripada 10 aduan melibatkan kakitangan awam manakala kes-kes yang melibatkan sektor swasta pula semakin bertambah.

ICAC telah meningkatkan usaha membantu sektor swasta mengurangkan risiko rasuah melalui kawalan sistem dan latihan kakitangan. Walaupun Hong Kong belum boleh dikatakan bersih sepenuhnya daripada gejala rasuah, sekurang-kurangnya negara itu boleh berbangga tersenarai dalam kumpulan teratas negara-negara yang mempunyai kawalan terbaik menangani rasuah (kedudukan ke-12 daripada 213 negara dan daerah) menurut Penunjuk Urus Tadbir 2011 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia dan Brookings Institution.

Siakap sinohong, gelama ikan duri

Berbalik kepada soal RM50 yang dituntut supaya pemandu boleh dilepaskan daripada kesalahan trafik atau ratusan ringgit yang disogok supaya pihak berkuasa akan menutup sebelah mata kepada kerja-kerja mengubahsuai rumah kediaman tanpa kelulusan, adakah kecil rasuah itu?

Parameter, metodologi, takrif dan pelbagai aspek lain tentang rasuah kecil mesti dipertimbangkan sebelum sesuatu yang konkrit terjana.

Bekas presiden Majlis Peguam S. Ambiga pernah mencadangka! n supaya pembangkang mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah jika berjaya membentuk kerajaan pada piliharanraya akan datang.

Katanya, Pakatan mesti menghukum perasuah besar dan memaafkan perasuah kecil supaya pembangkang boleh melangkah ke depan tanpa halangan. Ambiga mengemukakan cadangan itu dengan mengambil contoh pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan ICAC.

Pemansuhan rasuah kecil tidak semestinya sesuatu yang tidak masuk akal dan perlu dibakulsampahkan, tetapi memerlukan anjakan pradigma daripada semua pihak supaya hasilnya boleh membantu dalam usaha berterusan membanteras jenayah rasuah.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: