Beberapa parasit dalam telah memberi kata dua kepada Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib supaya menghentikan kritikan terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim atau menghadapi nasib yang sama seperti Dr Hasan Ali.
Sebelum ini Harun Taib tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.
Terbaru Harun Taib secara terang mendesak agar Presiden Pas Haji Hadi agar kembali bertanding dimana-mana Parlimen supaya dapat memastikan Haji Hadi dapat menjadi Perdana Menteri jika pakatan menang.
Kedua-dua kritikan terhadap Anwar telah mengundang kemarahan kepada parasit dalam Pas yang berkiblatkan Anwar Ibrahim.
Antara kenyataan yang mengundang kemarahan Anwar adalah:
''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.
''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya
Harun Taib memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersepakat dalam isu Palestin.
''Mereka pernah bersama-sama berpidato di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat yang disepakati oleh semua pihak di negara ini.
''Kerana apa? Kerana ia melibatkan soal asas dan soal prinsip,'' ujarnya lagi.
Kini Harun Taib dalam bahaya kerana gerak gerinya akan sentiasa diperhatikan ole! h parasi t dalam Pas.
Sumber: Sg Rapat Online
House PK: Dalam PAS sekarang, tak boleh langsung sentuh IMAM MAHDI bernama Anwar Sivaji Pandikutty, sebab ianya akan menimbulkan kemaran ANIUGERAH TUHAN tu. Tak lama la ni, endorse Harun Taib kena pecat lepas ni.
No comments:
Post a Comment