CILI KASI TARUK! SUHAIMI RAJA PASIR NAMPAK MACAM BERSALAH JE....

Nafi kering macam tu je dah cukup ke Suhaimi? We wish more..PEMBUNUHAN ataupun kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong Kie Yik yang dikatakan orang yang banyak mengetahui dan mengenali dalang-dalang di sebalik aktiviti perlombongan pasir di Negeri Selangor serta penyelewengannya mula membuka banyak lagi rahsia-rahsia di sebalik kegiatan tersebut dan pale pasti orang yang terlibat sepenuhnya mula panas punggung bila polis pula menjelaskan kes pembunuhan itu belum lagi ditutup.

Dalang yang `mengorek kembali pasir-pasir yang tertimbus sebelum ini adalah Raja Petra Kamaruddin (RPK) bila beliau mendakwa mempunyai bukti penglibatan ADUN-ADUN dari Selangor hingga mengheret dua wakil rakyat tampil untuk memperjelaskan mereka tidak terlibat walaupun mereka adalah Lembaga Pengarah syarikat yang disebut dan kegiatan syarikat-syarikat ini sudah mula bertebaran di internet secara lengkap serta tersusun.

Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, dan mendakwa ahli pernigaaan tersebut mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.Tuduhan RPK ini serius dan polis juga harus menyiasatnya bagi mendapatkan petunjuk walaupun polis kata siasatan kematian Patrick itu tidak menjurus kepada isu pasir.

Suhaimi ADUN Seri Muda dan Amiruddin ADUN Batu Caves diserang oleh RPK dan RPK mendakwa beliau mempunyai bukti lengkap termasuklah rakaman perbualan telefon antara mereka namun semua ini disanggah oleh dua ADUN PKR ini dan menuduh RPK memfitnah serta berniat jahat walaupun RPK adalah sebahagian daripada mereka yang diperalatkan untuk menyerang kerajaan,UMNO serta pemimpin Barisan Nasional.

Isu Pasir dikaitkan dengan pembunuhan Patrick ! dan kala u benar,siapa pula yang merancang?Adakah Suhaimi,Amiruddin ataupun Azmin Ali,nama Azmin juga disebut kerana RPK dedahkan perbualan Suhaimi itu mengaitkan dengan nama Azmin Ali yang dikatakan sedang mengumpul wang untuk PRU dan perlu duit termasuklah upah melobi bagi mendapatkan kontrak pasir di Selangor.

Read more...

No comments: