CILI KASI TARUK! BERANIKAH BADRUL BURIT DAN ZATI BERSUMPAH?


BADRUL Amin cuba mengheret nama Tengko Mahkota Pahang,Tengku Abdullah bagi menyelamatkan dirinya daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan baru-baru ini dan tindakan terbaru Badrul Amin ini cukup membuktikan beliau tersepit dengan tuduhan tersebut.

Tindakan mengaitkan Tengku Mahkota ini merupakan satu lagi tindakan yang paling tidak bermoral oleh Ustaz Celup ini selain mengambil kesempatan memprorak perandakan rumahtangga orang lain dengan memancing isteri orang untuk berkhalwat dengannya di road house tersebut.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," katanya.

Sebagai orang yang dilihat kononnya beragama, kita cabar Badrul Amin dan pasangannya melakukan sumpah mubahalah bahawa mereka tidak melakukan khalwat dan jauh sekali antara mereka terlibat dengan zina.

Read more...

No comments: