GEMPAR! TALIBARUT ANWAR NAK BUNUH SAIFUL BUKHARI AZLAN!
Persoalan yang dibangkitkan oleh THE FLYING KICK, sememangnya perlu diperhalusi dan dilihat dari sudut yang lebih serius. PKR dan konco-konco Anwar Ibrahim mempunyai satu perangai yang sangat merbahaya kepada rakyat Malaysia, khususnya yang memusuhi Anwar Ibrahim.
Pengerusi PKR Pahang, Fauzi Abdul Rahman telah membayangkan sesuatu yang dahsyat akan dilakukan oleh PKR dan konco-konco Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, mangsa yang tidak mendapat keadilan dalam perbicaraan liwat yang berkeputusan Anwar dibebaskan.
Bukan sesuatu yang menghairankan bila PKR terutama sekali Anwar Ibrahim menyalahkan orang lain atas perbuatan yang dilakukannya. Paling jelas apabila Anwar Ibrahim cuba menjadikan Altantuya Shiiribu sebagai modal untuk menyalahkan Najib Abdul Razak. Kematian indication berbangsa Mongolia itu telah dimanipulasi demi keuntungan politik Anwar Ibrahim dan PKR.
Begitu juga dengan National Feedlot Corporation atau NFC dalam usaha PKR untuk menutup kegagalan projek mega Fruits Valley yang kerugian beratus juta dengan tanah yang digunakan untuk ladang tersebut, 'hilang' begitu sahaja. Nama-nama seperti Yaakob Sapari, Khalid Gagap, Suhaimi Shafie dan beberapa nama lain dalam projek berkenaan, tidak langsung disebut, sebaliknya yang mereka tekankan adalah Shahrizat Jalil dan keluarganya dalam isu NFC.
Anwar juga dalam setiap ceramahnya seringkali menceritakan tentang rasuah yang ditentangnya. Tetapi semua orang tahu, bahawa pada zaman Anwar lah masalah rasuah dan pink-form menjadi begitu meluas dan berleluasa.
Jadi bila Fauzi Abdul Rahman cuba membayangkan pihak UMNO akan membalas dendam terha! dap Saif ul kerana gagal mensabitkan Anwar Ibrahim dalam jenayah seksual, sebenarnya yang pale geram dan takut sekiranya Saiful membuat rayuan dan perbicaraan kali kedua yang memaksa Anwar menyerahkan DNAnya, adalah konco-konco Anwar Ibrahim sendiri.
Itulah sebabnya, awal-awal lagi Fauzi Abdul Rahman cuba menyalahkan UMNO kerana pihaknya telah merancang untuk melakukan sesuatu terhadap Saiful Bukhari Azlan kerana terlalu berani mendedahkan perangai Anwar Ibrahim. Cuma Fauzi Abdul Rahman cuba berselindung dan memberi alasan, kononnya UMNO yang akan melakukannya.
Sedangkan inilah taktik biasa yang dilakukan oleh PKR. Mereka merancang dan membuat rusuhan, tetapi mereka kemudiannya menyalak dan melolong menyalahkan pihak polis dan UMNO.
Nyawa Saiful Bukhari Azlan dalam bahaya sekarang ini. Bukan daripada UMNO tetapi konco-konco Anwar dan PKR!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment