CILI BERAPI! PAS KINI SUDAH TIADA MARUAH!

Persoalan oral menjadi tandatanya terhadap PAS yang selama ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin tetapi sekutunya, PKR menunjukkan sikap bertentangan dengan menyokong tindakan Israel mengambil langkah keselamatan melindungi negara Rejim Zionis itu. Aktivis sosialis Dir Kheizwan Kamaruddin berkata pemimpin PAS dilihat tidak berani menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Ketua Pembangkan dan Penasihat PKR Anwar Ibrahim dalam menyokong langkah keselamatan Israel.

Sewajarnya, kata beliau, PAS harus menyatakan pendirian dengan lebih tegas dengan mengenakan syarat terhadap PKR. "Apakah PAS mengambil sikap membisu untuk menjaga hubungan politik dengan sekutunya," Penganalisa politik merasakan tindakan PAS berdiam diri itu akan memberikan impak negatif terhadap sokongan orang Melayu keatas parti itu.

"Dengan mendiamkan diri, PAS hanya membuktikan ia sebuah parti bukan sahaja sanggup berkompromi dalam agama malahan mengiktirafkan perlakuan Israel membunuh dan merampas tanah Palestin," katanya. PAS sebelum ini tunduk kepada PKR dan DAP setelah kedua-dua parti sekutunya membantah perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam, termasuk hudud dan menukar perjuangan partinya kepada negara berkebajikan.

Akibatnya pentokong PAS semankin beralih arah kerana nilan keislaman yang menjadi tonggak perjuangan dan tarikan parti telah digadaikan demi kerjasama dengan parti yang anti Islam DAP dan parti penyokong Israel PKR

by;
Mohd Noor

No comments: