Gambaran palsu kepada dunia luar

Azmi Anuar

dictatorsDua orang ternama meninggal dunia pada awal minggu ini. Pemimpin Korea Utara, meninggal dunia pada seventeen Disember 2011 dan bekas presiden Republik Czech,Vaclav Havel pula meninggal dunia pada 18 Disember 2011.

Vaclav Havel mungkin tidak begitu terkenal berbanding Kim Jong-Il dalam senario berita dunia akhir-akhir ini.

Penglibatan Havel mengubah perjalanan politik di negaranya bermula dengan penulisannya. Apa yang dilakukan oleh beliau dalam memperjuangkan kebebasan negaranya menerusi penulisannya membuktikan bagaimana tajamnya mata pena seseorang penulis.

Apa yang digarap dan terpapar untuk khalayak pembaca dan penonton, merangsang pemikiran kita. Status quo yang sedia ada mula disoal, sama ada masih diperlukan dalam bentuk asal atau diubahsuai mengikut kehendak ramai.

Apa yang tertulis menyentuh perasaan pembaca dan mereka yang menonton play hasil karya Vaclav Havel. Itulah permulaan bibit-bibit revolusi di negaranya. Rakyat yang hidup di bawah pemerintahan komunis semenjak akhir Perang Dunia II memperolehi semangat baru dengan hasil tulisan karyawan yang memahami perasaan rakan senegara yang tertindas.

Pemerintah terpisah daripada realiti

Walaupun tulisan yang tidak dipersetujui pemerintah tidak mudah diperolehi menerusi saluran yang sah, penyebaran hasil nukilan karyawan secara gelap berleluasa dan bercambah ke seluruh negara.

Kata-kata punya kuasa tersendiri; menjangkit, menular, merangsang, mempengaruhi dan mengubah persepsi seseorang. Kata-kata dari pihak pemerintah tentu enak-enak belaka dan jarang sekali mempamerkan kelemahan. Realiti yang perit dan tidak memberangsangkan mungkin tidak didedahkan malah disembunyikan.

Pada hal orang ramai! sedar d an arif tentang hakikat sebenar kerana merekalah yang mengalami dan merasai apa juga hasil tindakan pihak pemerintah.

Pihak pemerintah kian lama kian terpisah daripada rakyat jelata, duduk penuh selesa di atas singgahsana yang empuk hinggakan terlupa apa yang terjadi pada mereka yang hanya inginkan kehidupan yang lebih baik. Bukan kemewahan yang melampau tetapi memadai sekurang-kurangnya kehidupan yang selesa.

Vaclav Havel dan Kim Jong-Il sepintas lalu mungkin kelihatan sebagai dua personaliti yang amat berbeza tetapi mungkinkah minat Kim Jong-Il pada filem mencerminkan bagaimana penulisan boleh dianggap satu talian persamaan di antara kedua-duanya. Kuasa mata pena yang diolah dalam bentuk media lain juga boleh mempengaruhi seseorang.

Cerita Potemkin Village

Kim-Jong-Il, menurut satu kajian, mempunyai satu koleksi lebih kurang 20,000 pita video termasuk kumpulan cerita James Bond dan Rambo. Cerita-cerita yang bertemakanaksi lasak menarik perhatiannya dan mungkin pula salah satu sebab dia sentiasa degil mempertahankan penglibatan negaranya dalam pembuatan senjata nuklear.

Korea Utara merupakan satu-satunya negara di dunia yang amat berahsia tentang apa yang berlaku di dalam negaranya. Maklumat yang sahih, yang tidak disiarkan oleh lidah rasmi pihak pemerintah memang sukar diperolehi.

Rakyat Korea Utara yang berjaya melarikan diri ke luar negara amat kurang dan berita yang disampaikan amat menyedihkan. Walaupun berita rasmi menggambarkan sebuah negara yang aman makmur dengan penduduk yang bahagia di bawah satu pemerintahan yang adil dan saksama, keadaan sebenar jauh berbeza.

Kebuluran yang menimpa Korea Utara pada 1995-1998 adalah satu contoh bagaimana kata-kata boleh diputarbelitkan. Ibu negara Korea Utara, Pyongyang kelihatan ! seperti biasa sehinggakan pasukan bantuan antarabangsa yang tiba di situ tidak mengesyaki apa-apa.

Walhal, kawasan bandar telah dibersihkan daripada orang yang kebuluran dan yang tinggal hanyalah mereka yang beruntung, bernasib baik mendapat makanan secukupnya. Tidak ada sesiapa yang tahu jumlah sebenar mangsa kebuluran ketika itu kerana kata-kata yang dilaungkan tidak langsung menerima hakikat bahawa ada malapetaka yang sedang menimpa rakyat negara tersebut.

Dunia hanya diberitahu bahawa keadaan terkawal dan mereka berupaya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pena membawa perubahan

Kata-kata memang mudah diungkap dan dijalin menjadi sesuatu yang cantik dan indah. Adakah kata-kata itu membayangkan apa yang tersurat dan tersirat.

Vaclav Havel menggunakan dramanya sebagai alat memperlihatkan keadaan sebenar yang berlaku di negaranya. Drama yang dilulus untuk pementasan pasti menepati terma dan syarat pihak berkuasa. Tidakkah pihak berkuasa sedar merekatelah meluluskan rangkaian kata-kata yang mungkin menggoncang kedudukan mereka sendiri?

Atau mungkinkah ada di antara pegawai atasan yang sengaja meluluskan drama-drama Vaclav Havel kerana sedar bahawa sudah tiba masanya kata-kata mencerminkan realiti bukan hanya mimpi-mimpi yang indah?

Korea Utara sebaliknya menggunakan kata-kata untuk meneruskan gambaran indah tentang negara itu. Setakat ini pihak pemerintah negara tersebut berjaya dalam misinya dengan bantuan para petugas yang memastikan seluruh rakyat akur dengan versi yang disampaikan.

Penulis sebagai perintis

Seorang Vaclav Havel versi Korea Utara belum kelihatan ataupun mungkin telah dihapuskan. Dunia luar masih terpinggir daripada mengenali hati budi Korea Utara yang sebenarnya. Memang keadaan dan waktu juga banyak mempengaruhi kemunculan seseorang yang boleh menjadi perintis untuk sesu! atu peru bahan. Havel bermula dengan dramanya. Penulisan. Kata-kata.

Kalau kata-kata dapat diungkap dan disebar kepada semua, walaupun sedikit, tindakan itu pun sudah membuka satu pintu ke arah yang lebih membina dan memberi harapan.

Harapan memang diperlukan oleh mereka yang dahagakan kebebasan, sebagai azimat menghadapi cabaran. Kata-kata yang memberangsangkan menjadi pengubat kepada segala penderitaan yang dilalui. Perjalanan yang dilalui dan mesti ditempuhi oleh seseorang penulis pasti penuh liku dan lencongan.

Walaupun arah yang dituju kelihatan begitu jelas tetapi rintagan dan halangan menuju ke penghujung tidak semudah yang dijangka. Pengorbanan demi pengorbanan, masa beredar dan hasilnya mungkin tidak kelihatan pada masa penulis masih hidup. Penulis yang beriltizam akan tetap menulis kerana khalayak pembaca memerlukannya.

Korea Utara dan Czechoslovakia, sama-sama di bawah pemerintahan komunis pada abad ke-20 tetapi sedikit sebanyak dengan bantuan kata-kata, rakyat Czech pada masa ini sedang menikmati kebebasan manakala yang di Korea Utara masih dibuai dengan kata-kata yang indah.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: