Pas bukanlah parti yang mampu memberikan sepenuh komitmen terhadap perjuangan demi agama, bangsa dan negara sebaliknya mereka lebih akomodatif dengan pandangan, tuntutan dan pendapat rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya DAP.
Penganalisis piltik tempatan Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein melihat kemelut dalaman Pas yang semakin terserlah sejak kebelakangan ini bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah kesan daripada masalah peribadi dalam keanggotaan Pas sebagaimana yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
Apa yang dinyatakan oleh Hassan Ali adalah berkaitan masalah peribadinya sendiri yang tidak berpuas hati apatah lagi dengan kecenderungannya yang menggunakan politik sebagai tempat cari makan, katanya kepada UMNO-Online.
Ujar beliau, Pas sememangnya telah berubah apabila tidak lagi selantang dulu dalam hal-hal membabitkan pendirian dan idealoginya tentang Islam apatah lagi setelah membentuk perikatan dengan pakatan pembangkang.
Bukan hanya para pemerhati politik atau para pemimpin tetapi juga anggota-anggota Pas sendiri turut mempertikaikan berkaitan sejauhmana idealogi parti terbabit yang menggunakan Islam dalam pendekatannya berpolitik.
Ramai melihat Pas dan kepimpinan tertingginya seolah-olah takut dan tidak berpendirian kerana mereka hanya berani bersuara apabila tidak bersama dalam pakatan pembangkang sedangkan apabila mereka diberi kata dua atau ada pendapat yang tak selari dengan Islam maka tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan apatah lagi apabila berdepan dengan pemimpin DAP sebagaimana Karpal Singh maka tidak ada ketegasan tentang Islam dibuat.
Read more...
No comments:
Post a Comment